PENGALAMAN DI GENTLEMEN'S TONIC SALON EKSKLUSIF UNTUK LELAKI | Assalamualaikum semua.. Pertama kali ke kedai dandanan rambut Gentlemen's Tonic Mayfair ni mata dah terpukau dengan dekorasi dalamannya. Mana taknya, selalunya yang aku tau orang lelaki ni pi potong rambut mesti kat kedai india je. Ni la kali pertama aku gi tempat gunting rambut lelaki yang mewah ala hotel 5 bintang.
kedai dandanan rambut Gentlemen's Tonic Mayfair |
Uiks, dah nama kedai gunting rambut lelaki, mesti la untuk lelaki kan. Haaa... takkan potong rambut aku plak.. hehe.. sebenarnya aku teman bos besar Projek Travel saudara Mawardi Yunus pi gunting rambut kat sini. Alang-alang dapat free bagi la hadiah kat bos. Kemaen happy lagi muka bos. Mana tau lepas ni murah rezeki nak pi travel.. ahakss.. nampak nau ayat bodeksss.... keh keh keh..
Sessi nak makeover boss Projek Travel.. hehe |
Gentlemen's Tonic yang terletak di Publika, Solaris Dutamas ni merupakan satu-satunya cawangan yang ada di Malaysia. Selain Malaysia cawangan lain adalah di Abu Dhabi, Dubai, Hong Kong, Mexico, New Delhi dan London. Patut salon ni nampak mewah dan eksklusif. Rupanya ia jenama antarabangsa. Tapi yang di Malaysia ni dikendalikan oleh orang tempatan kita iaitu En Fiqri Hylmanshah. Wahhhh... bangga tengok anak tempatan mengendalikan salon yang mewah macam ni.
Kat sini ada banyak khidmat dandanan yang boleh kaum Adam buat. Dari potong rambut sampai la ke massage. Semua ada. Tapi untuk hari ni, Mawardi akan melakukan Haircut & Finish dan Beard Design. Maklum la Mawardi ni sayang bebenor ngan jambang dia tu, so tak boleh la nak shave kasi licin. Jom tengok apa lagi khidmat yang ada kat sini :
Memandangkan salon dandanan kat sini ekslusif, dah tentu la sentuhan yang diberi ketika menggunting dan mendandan sangat kemas untuk menghasilkan kepuasan pelanggan. Menggunakan khidmat barber yang mahir dari luar negara sambil diiringi alunan muzik instrumental, memang tak terasa lama walaupun hakikat sebenar dekat satu jam setengah jugak la Mawardi duduk di kerusi tu. Mana taknya, setiap satu proses dilakukan dengan teliti tau. Tapi jangan risau, kerusi kat sini adalah jenis Takara Belmont Apollo 2 barberchair yang mana memang memberi keselesaan kepada pelanggan. Duk lama-lama pun best je. Ha, meh tengok proses mendandan Mawardi ni :
Sambil-sambil tunggu Mawardi tu, sempat jugak aku meround dalam kedai ni sebab teruja kan dengan dekorasi dalam ni yang ala-ala english style. Selain ruang gunting rambut yang terbuka, ada juga bilik gunting rambut khas bagi yang inginkan privasi. Biasanya bilik ni adalah untuk pelanggan VIP. Selain tu ada juga bilik khas untuk yang nak amik package massage. Bayangkan lepas gunting rambut, buat massage pulak...mesti feel relax dan segar lepas tu...
Fuh... boleh tahan lama gak menunggu Mawardi siap, nasib baik ruang menunggu kat sini selesa. Pastu yang bestnya kat sini diorang akan hidangkan coffee ataupun tea secara percuma. Jadi takde la bosan sangat menunggu. Tazabar nak tengok perubahan kat Mawardi, makin hensem ke idokkk... hehe
Tadaaaa... amacam hensem tak Mawardi ? Bertambah macho kan. Mawardi sendiri berpuas hati dengan hasil tangan barber kat sini. Kemas dan teliti. Walaupun masa yang diambil agak lama tapi pengalaman gunting rambut di sini of course berbeza dengan kedai gunting rambut biasa. Lagipun sekaki sekala memanjakan diri di tempat begini memang berbaloi. Ha, kalau nak tau best ke tidak, korang kena la rasa sendiri. Artis pun ramai dah pergi ke sini. Meh aku share lokasi kedai ni di mana :
Telefon :
Ruang tetamu |
Ruang untuk gunting rambut menggunakan Takara Belmont Apollo 2 barberchair |
Kat sini ada banyak khidmat dandanan yang boleh kaum Adam buat. Dari potong rambut sampai la ke massage. Semua ada. Tapi untuk hari ni, Mawardi akan melakukan Haircut & Finish dan Beard Design. Maklum la Mawardi ni sayang bebenor ngan jambang dia tu, so tak boleh la nak shave kasi licin. Jom tengok apa lagi khidmat yang ada kat sini :
Pakej yang ditawarkan |
Memandangkan salon dandanan kat sini ekslusif, dah tentu la sentuhan yang diberi ketika menggunting dan mendandan sangat kemas untuk menghasilkan kepuasan pelanggan. Menggunakan khidmat barber yang mahir dari luar negara sambil diiringi alunan muzik instrumental, memang tak terasa lama walaupun hakikat sebenar dekat satu jam setengah jugak la Mawardi duduk di kerusi tu. Mana taknya, setiap satu proses dilakukan dengan teliti tau. Tapi jangan risau, kerusi kat sini adalah jenis Takara Belmont Apollo 2 barberchair yang mana memang memberi keselesaan kepada pelanggan. Duk lama-lama pun best je. Ha, meh tengok proses mendandan Mawardi ni :
Rambut Mawardi dipotong pendek |
Rambut Mawardi dikemaskan dengan menggunakan gunting |
Jambang Mawardi dibentuk dan dikemaskan |
Wajah Mawardi dibersihkan dan dicuci menggunakan produk Gentlemen's tonic |
Wajah Mawardi dituam dengan tuala panas untuk memberi kesesgaran pada wajah |
Sekali lagi wajah Mawardi dicukur untuk memastikan tiada kesan tajam akibat shave |
Rambut Mawardi di shampoo |
Rambut Mawardi dicuci |
Rambut Mawardi dikeringkan |
Touch up terakhir untuk rambut Mawardi |
Produk Gentlement's Tonic yang tiada mengandungi bahan kimia |
Sambil-sambil tunggu Mawardi tu, sempat jugak aku meround dalam kedai ni sebab teruja kan dengan dekorasi dalam ni yang ala-ala english style. Selain ruang gunting rambut yang terbuka, ada juga bilik gunting rambut khas bagi yang inginkan privasi. Biasanya bilik ni adalah untuk pelanggan VIP. Selain tu ada juga bilik khas untuk yang nak amik package massage. Bayangkan lepas gunting rambut, buat massage pulak...mesti feel relax dan segar lepas tu...
Bilik gunting rambut khas untuk yang inginkan privasi |
Dekorasi dalam bilik privasi |
Bilik massage |
Fuh... boleh tahan lama gak menunggu Mawardi siap, nasib baik ruang menunggu kat sini selesa. Pastu yang bestnya kat sini diorang akan hidangkan coffee ataupun tea secara percuma. Jadi takde la bosan sangat menunggu. Tazabar nak tengok perubahan kat Mawardi, makin hensem ke idokkk... hehe
Rupa Mawardi selepas make over.. hensem tak?? hehe |
Tadaaaa... amacam hensem tak Mawardi ? Bertambah macho kan. Mawardi sendiri berpuas hati dengan hasil tangan barber kat sini. Kemas dan teliti. Walaupun masa yang diambil agak lama tapi pengalaman gunting rambut di sini of course berbeza dengan kedai gunting rambut biasa. Lagipun sekaki sekala memanjakan diri di tempat begini memang berbaloi. Ha, kalau nak tau best ke tidak, korang kena la rasa sendiri. Artis pun ramai dah pergi ke sini. Meh aku share lokasi kedai ni di mana :
Kedai dandanan lelaki Gentlemen's Tonic |
Alamat :
Gentlemen's Tonic
Gentlemen's Tonic
D5-G3-03 Publika, Solaris Dutamas,
No 1, Jalan Dutamas 1,
Kuala Lumpur
Telefon :
Tel: +603 6412 8660
Waktu operasi :
10 pagi - 9 malam setiap hari.
Website :
Email:
8 Comments
hahahaahah serabai, btw tq Dikbee
ReplyDeletesama2 mawardi.. hehe
Deleteexclusive! mengeletar kaki kalau masuk ni
ReplyDeletesekali sekala apa salahnya.. hehe
Deletemantap itu .
ReplyDeletereward untuk diri ok la kan
Deletewahhhhh.. ekslusifnyaaa.. dasyat betul.. boleh la masukkan dalam shopping impian.
ReplyDeleteExcellent post. I was checking constantly this blog and I am impressed!
ReplyDeleteExtremely useful info particularly the last part :) I care for such info a lot.
I was looking for this particular info for a very long
time. Thank you and good luck.