PENGALAMAN MEMANDU KERETA HONDA CIVIC SERBA BAHARU | Assalamualaikum semua... Rasa macam tak percaya je aku berpeluang memandu kereta Honda Civic serba baharu (The All-New Civic) ni. Serius rasa macam dalam mimpi tau. Iye la, dalam family aku tak ada seorang pun yang menggunakan kereta dari Honda jadi ni memang satu pengalaman yang tak mungkin akan dilepaskan.
Pengalaman Memandu Kereta Honda Civic Serba Baharu
Pengalaman pertama aku memandu Honda Civic serba baru ni adalah sempena pelancaran Honda Civic Generasi ke-10 ni. Aku adalah antara blogger yang terpilih bersama-sama dengan blogger lain untuk merasai pengalaman memandu kereta yang hebat ni. Nak tahu kenapa aku kata kereta ni hebat ? Ha, nanti aku story kat bawah ye..
Barisan kereta Honda Civic serba Baharu untuk kami pilih.. yehaaa
Hari Pertama (9/11/2016)
Perjalanan kami bersama Honda mengambil masa 2 hari 1 malam. Pada pagi Rabu (9/11/2016) kami semua berkumpul di Le Gardenz Cafe untuk sessi briefing dan juga pembahagian kereta. Semasa sessi briefing, kami diperkenalkan dengan Honda Civic serba baharu dan juga ciri-ciri yang ada pada kereta ini.
Berkumpul di Le Gardenz Cafe untuk sessi briefing
Secara ringkasnya Honda Civic serba baharu ni didatangkan dengan 2 varian enjin iaitu 1.5L VTEC Turbocharged dan 1.8L i-VTEC. Kedua-dua enjin ni dipadankan dengan kotak gear “Continuously Variable Transmission” (CVT) untuk pengalaman pemanduan yang lancar dan menjimatkan bahan api. Kedua-dua varian Civic serba baharu ini diiktiraf sebagai “Kenderaan Cekap Tenaga” (EEV). Honda nyata selari dengan hala tuju kerajaan yang berhasrat untuk menawarkan kenderaan EEV kepada orang ramai.
Honda Civic serba baharu ni didatangkan dengan 2 varian enjin iaitu 1.5L VTEC Turbocharged dan 1.8L i-VTEC
Wow, ada enjin Turbocharged tu dengan 173PS (horsepower) bersamaan 2.4L engine tu.. dasattt. Ni yang makin buat kami teruja untuk merasai memandu kereta Honda Civic serba baharu ni. So, kami dibahagikan kepada 3 orang blogger untuk 1 kereta Honda Civic serba baharu dan kami akan bergilir-gilir memandu kereta tersebut. So, aku satu kumpulan dengan mekonie.com dan nisakay.com dan kami memilih untuk memandu Honda Civic serba baharu 1.8L i-VTEC berwarna Crystal Black Pearl. Selain itu, Honda Civic serba baharu ni turut ditawarkan dalam 4 warna lagi iaitu Merah (Dark Ruby Red Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic), Perak (Lunar Silver Metallic) dan Putih Mutiara (White Orchid Pearl).
Warna pilihan untuk Honda Civic serba baharu
Bismillahirahmanirahim... perjalanan kami yang pertama bermula. Untuk Route pertama ni kami akan konvoi menuju ke MAEPS Serdang untuk sesi Gymkhana Activity dan VSA Activity. Pemandu pertama group kami iaitu Mekonie akan memandu untuk Route 1 ni. Dalam konvoi ni kami akan didahului oleh Lead Car dan dibelakang sekali adalah Sweeper Car. Jadi sepanjang perjalanan kami akan sentiasa diguide agar tidak sesat dan juga tujuan keselamatan.
Perjalanan untuk Route 1 dimulakan oleh Mekonie
Setibanya di MAEPS, hujan turun dengan lebat namun ia tidak menghalang aktiviti kami pagi tu. Demo untuk VSA bagi kereta Honda Civic serba baharu ni tetap diteruskan. Menariknya, kami juga diberi peluang untuk berada di dalam kereta tersebut. Ya Allah, mengucap panjang masing-masing masa berada dalam kereta tapi bila dah merasai sendiri rasa kagum dengan salah satu ciri keselamatan yang ada pada kereta ni iaitu Vehicle Stability Assist (VSA). Kalau korang nak tau apa tu VSA, ia merupakan sistem untuk membantu menstabilkan kenderaan semasa membelok dan ia juga membantu untuk mengekalkan daya tarikan pada permukaan jalan yang longgar atau licin.
Selain dari tu, kami juga diajar mengenai 6 langkah penting yang perlu dilakukan oleh setiap pemandu untuk memastikan pemandu selesa dan selamat untuk memulakan perjalanan. 6 langkah tersebut adalah :
Demo untuk 6 langkah penting bila masuk kereta
1) Height - selaras tempat duduk ke atas atau ke bawah
2) Distance - selaras tempat duduk ke depan atau ke belakang
3) Backrest - naikkan atau turunkan penyadar kerusi
4) Stereng - selaras stereng ikut keselesaan pemandu
5) Headrest - selaras tempat letak kepala ikut keselesaan pemandu
6) Seatbelt - pakai tali pinggang kelendar untuk keselamatan pemandu
Kehebatan Honda Civic serba Baharu
Selesai aktiviti di MAEPS, kami bergerak pula ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang untuk makan tengah hari. Kali ni Nisa Kay pula yang memandu. Setakat ni kedua-dua mereka memuji kereta Honda Civic serba baharu ni. Diorang kata best. Ni yang buat aku tazzabar nak tunggu turn drive. Sabar-sabar, kita pi makan dulu. Perut pun dah berkeroncong ni. Kami makan di restoran Para Thai yang menghidangkan masakan dari Thailand. Seriusly makanan kat sini sedap-sedap belaka. Patut la restoran ni ramai orang masa kami makan aritu. So, kalau korang teringin nak makan makanan dari Thai, boleh datang ke sini.
Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
ParaThai Authentic Thai Cuisine
Menu di Restoran ParaThai Authentic Thai Cuisine
Alamat : ParaThai Authentic Thai Cuisine
Lot No: F56
Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
Persiaran Komersial,
64000 KLIA,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8660 2016 / 2015
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Sepang International Kart Circuit untuk bermain Go-kart. Ok, part ni aku surrender sebab ni pertama kali aku main go-kart. Untuk round 1 memang berpusing-pusing go-kart aku kat atas litar sebab hilang kawalan. Rupanya berbeza feel baawak go kart ni dengan kereta sebab stereng dia payah nak handle. Pastu round 2 dah ok sket tapi still tak berani bawak laju. Dah macam makcik nak pi pasar je tahap kelajuan aku. Then untuk Final round memang sah la aku kalah.. hahahaha. Tahniah kepada pemenang pertandingan Go-kart aritu. Lepas main Go-kart, ketaq abis kaki tapi demi Honda Civic serba baharu, aku still mampu bawak kereta. So, next destinasi kami akan ke tempat penginapan kami untuk malam ni iaitu di Amverton Cove Golf & Island Resort.
Sepang International Kart Circuit
Ready untuk berlumba
Are you ready ?? yeahhh
Bergambar kenangan di Sepang International Kart Circuit
Alamat :
Sepang International Kart Circuit
Jalan Pekeliling,
64000 KLIA,
Selangor, Malaysia
Tel : 017 500 1896 (Kaha)
Amverton Cove Golf & Island Resort merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Pulau Carey. Terkejut weii bila dapat tahu yang kami dapat bilik sorang satu. Selalu kalau aku dapat bilik, mesti berdua. Kali ni sorang, pastu bilik dia besaq pulak tu. Siap ada bathtub lagi. Bilik plak mengadap kolam renang dan padang golf. perghhhh... Ohsem view..
Bilik di Amverton Cove Golf & Island Resort
Luas kan bilik ni. Tidur sorang aje
Pemandangan dari balkoni
Malam tu dinner kami dijamu dengan makanan yang enak oleh pihak hotel. Siap ada BBQ lagi. Perut pulak dah lapaq apalagi, 3 round la aku makan. hahaha.. Lepas makan sekali lagi kami berkumpul untuk melihat salah satu ciri yang ada pada Honda Civic serba baharu ni. Kali ni kereta tersebut diletakkan bersebelahan dengan Honda Civic model lama untuk perbandingan dari segi lampu. Ternyata lampu depan dan lampu belakang Honda Civic serba baharu ni lebih cantik dan menggunakan Lampu jenis LED yang mampu bertahan sehingga 8 tahun. wow.. hebat.. Cahayanya pun lebih cerah tapi tidak menyakitkan mata.
Night drive : Perbandingan Lampu depan Honda Civic Baru dan Lama
Night drive : Perbandingan lampu belakang Honda Civic Baru dan Lama
Hari Kedua (10/11/2016)
Good morning.. kejap je rasa dah masuk hari kedua. Aktiviti pagi ni adalah Comparison Competitor Car Walkabout antara kereta Honda Civic serba baharu dengan kereta dari jenama M dan jenama T. Masa ni kami diberi briefing mengenai perbezaan interior, exterior dan accessories dalaman antara ketiga-tiga kereta ni. Selain tu, kami juga diberi penerangan mengenai ciri-ciri yang ada pada kereta Honda Civic serba baharu ni. Apa yang menarik pasal kereta ni ?? ha, baca kat bawah ni.
Comparison Competitor Car Walkabout
Honda Civic serba baharu ni menawarkan “Teknologi Maju Terhubung” (Advance Interface) menerusi Paparan Audio Terkini bersaiz 7” yang pasti menarik perhatian generasi muda. Ia telah direka semula sepenuhnya untuk menjadi Civic yang paling mudah dan terhubung. Antara ciri yang pertama kali ditawarkan pada Civic ialah :
Pemandangan depan kereta Honda Civic Serba Baharu
Bonet belakang Honda Civic serba baharu yang luas
Remote Engine Start
Walk Away Auto Lock
Electric Parking Brake
Auto Brake Hold
Rekabentuk bahagian dashboard Honda Civic Serba Baharu
Aspek keselamatan yang tidak dapat dilihat tetapi amat penting juga tidak dilupakan oleh Honda. Semua varian Civic serba baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya seperti :
6 Beg Udara (Dua Beg Udara Hadapan, Beg Udara jenis “Curtain” dan Beg Udara pada bahagian sisi)
Vehicle Stability Assist (VSA)
Anti-Lock Braking System (ABS)
Electronic Brake Distribution (EBD)
Brake Assist (BA)
Hill Start Assist (HSA)
Emergency Stop Signal (ESS)
ISOFIX
Bergambar dengan kereta idaman
Generasi Honda Civic lama dan baru
Lepas dah melihat-lihat segala luar dan dalam kereta Honda Civic serba baharu ni, kami meneruskan kepada aktiviti yang seterusnya iaitu Paintball dan ATV. Aku memilih untuk bermain paintball. Dah lama tak main, last rasanya tahun 2013. Berdebor jugak nak main balik ni sebab dah lama tak menembak. hehe... Tapi rezeki tak menyebelahi team kami iaitu team Biru sebab kalah dua kali dengan team Merah.. huhu... takpelah yang penting ejoy kan.. hehe. Dah belengas dah badan lepas main. So, nak balik berendam dalam bathtub sebelum check out.
Paintball
Tepat pukul 1 petang lepas check out, sekali lagi kami konvoi untuk makan tengah di restoran The Remin Main Kitchen yang terletak di Seri Kembangan. Restoran ini menyediakan malay cuisine dengan menghidangkan pelbagai jenis lauk untuk seorang makan. Pergh banyak giler menu yang dihidangkan. Kalau korang nak rasa makanan depa, boleh la ke restoran mereka di :
Restoran The Remin Main Kitchen
Menu di Restoran The Remin Main Kitchen
Alamat :
The Remin Main Kitchen (Malay Cuisine)
24, Jalan Indah 2/8,
Taman Universiti Indah,
43300 Seri Kembangan,
Selangor, Malaysia
Tel : +60 10-768 8198
Waktu Operasi :
Sabtu hingga Khamis (Jumaat tutup)
10AM–10PM
Lepas makan tengah hari, kami menuju ke lokasi akhir iaitu MIECC, Seri Kembangan untuk melihat Booth Honda sempena Malaysia Autoshow 2016. Wah, kat sini ada dipamerkan Honda Civic serba baharu yang kami naik dan juga beberapa model terkini Honda seperti BR-V dan satu prototaipSport Hybrid kereta terbaru Honda. Selain tu ada juga dipamerkan Honda UNI-CUB β yang sangat comel. Rupa dia macam kerusi tapi boleh bergerak. Nama UNI-CUB terbentuk daripada “UNI” dalam “unique”, “universal” dan “unicycle”. Manakala “CUB” pula ialah siri motosikal terkenal Honda Cub yang menunjukkan bahawa peranti ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
Booth Honda sempena Malaysia Autoshow 2016
Booth Honda sempena Malaysia Autoshow 2016
Booth Honda sempena Malaysia Autoshow 2016
Peranti itu menampilkan Sistem Roda Arah-Omni (Honda Omni Traction Drive System) yang pertama di dunia. UNI-CUB β memberi kebebasan pergerakan sama ada ke depan, belakang dan sisi dengan hanya mengalihkan berat badan. Sistem roda unik itu kemudian dipadankan dengan tempat duduk yang selesa dan kompak. Teknologi kawalan imbangan UNI-CUB β adalah sebahagian daripada teknologi Honda Robotics.
Honda UNI-CUB β
Setelah puas melihat pameran Honda di Malaysia Autoshow 2016, tepat pukul 5 petang kami pun menuju semula ke Le Gardenz Cafe untuk bersurai. Rasa sedih pulak bila perjalanan kami bersama Honda Civic serba baharu ni sudah berakhir. Tapi pengalaman yang berharga ni memang takkan dapat aku lupakan.
Pemandu berhemah.. hehe
Best giler pandu kereta Honda Civic serba Baharu ni
Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan kereta ni dari segi sistem keselamatannya terutama dari segi sistem VSA. Selain kereta ni juga menampilkan ciri-ciri keselamatan seperti penggunaan 6 airbag, Sistem lock yang canggih dan juga sistem audio yang boleh sync dengan telefon. Selain tu, dari segi performance, kereta Honda Civic serba baharu ni sangat stable walaupun pada kelajuan mencecah 160km/j. Tak terasa bumping pun. Tak sama macam bawak myvi.. hehe.
Terima kasih Honda Malaysia
Apa pun terima kasih kepada Honda Malaysia kerana memberi peluang kepada aku serta blogger-blogger lain untuk merasai sendiri pengalaman memandu kereta Honda Civic Serba Baharu ni. Meriah dan happening sepanjang program. Best dan seronok tau. Berikut senarai harga bagi kereta Honda Civic serba baharu. Mana la tau ampa nak beli kan...
Harga Kereta Honda Civic Serba Baharu :
RM113,800 untuk 1.8S (Di atas jalan termasuk insurans)
RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (Di atas jalan termasuk insurans)
RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (Di atas jalan termasuk insurans)
Maklumat lanjut pasal kereta ni boleh juga rujuk laman web kat bawah ni.. adios ...
7 Comments
perghhhhhhhh hondaaaaa civicccccc
ReplyDeleteperghhhh... best weiiiii
Deletesalam kenal sis... wow bestnye dpt drive honda ni...
ReplyDeletesalam kenal... mmg best. kalau la dapat beli satu... hehe
DeleteHonda ni memang best . smooth je kat jalan . dalam pun besar la... hehehe
ReplyDeletebetul tu lisa.. selesa sgt dok kat dalam...pastu kalau laju x terasa bumping sgt
DeleteJawatan yang hebat! ingin melihat lebih banyak lagi
ReplyDeletePemacu ujian Honda.Thanks!