BUFFET SEMPENA KRISMAS DAN TAHUN BARU DI SWISS-GARDEN HOTEL

HIDANGAN ISTIMEWA SEMPENA KRISMAS DI SWISS-GARDEN HOTEL | Assalamualaikum semua.. Bila masuk bulan Disember, semua tahu bulan ni ada satu perayaan menanti sebelum kita melangkah ke tahun baru. Perayaan itu adalah hari Krismas. Biasa kita kalau hari raya, hidangan istimewa mesti ketupat, rendang, dan pelbagai jenis biskut raya. Untuk hari Krismas pun ada hidangan istimewa tau termasuk Roasted Turkey... yummy..

Buffet Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Swiss-Garden Hotel
Buffet Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Swiss-Garden Hotel

Sehubungan itu, pihak Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur ada menyediakan hidangan buffet istimewa sempena Krismas dan Tahun Baru. Sesiapa yang teringin untuk merasai hidangan enak sempena krismas dan tahun baru ni boleh datang ke Restoran Flavors dan Green Treats yang terletak di dalam bangunan Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur. 

Buffet Makan Malam Menjelang Krismas 2016


Untuk Buffet Makan Malam sempena menjelang hari Krismas, terdapat menu istimewa iaitu Oven Roasted Turkey dengan Chestnut Stuffing dihidang bersama giblet sauce, cranberry sauce dan mushroom sauce. Selain tu ada juga hidangan seperti Spanish Paella Valencia, Grilled Marinated Lamb Chops with Garlic & Rosemary dan banyak lagi. Bagi peminat dessert pulak, Menu untuk Krismas ni akan membuatkan korang teruja sebab pelbagai jenis dessert dihidangkan. Antaranya Christmas Yule Log Cake, Christmas pudding with cinnamon sauce, Christmas stollen dan Christmas cookies. 

Christmas Eve Buffet Dinner @ Flavors Restaurant
Tarikh : 24 Disember 2016
Masa : 6.30pm hingga 10.30pm
Harga : RM98 nett dewasa / RM45 nett kanak-kanak bawah 12 tahun
Promosi : Booking sebelum 15 Disember akan dapat 25% diskaun

Buffet Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Swiss-Garden Hotel
Buffet Makan Malam Menjelang Krismas 2016

Buffet Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Swiss-Garden Hotel
Pelbagai menu menyelerakan

Buffet Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Swiss-Garden Hotel
dessert

Buffet Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Swiss-Garden Hotel
Roast Beef Rib Eye & Roast Leg of Lamb

Buffet Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Swiss-Garden Hotel
Roast Tom Turkey

Buffet Hi-Tea Hari Krismas 2016


Pada Hari Krismas nanti juga akan ada buffet istimewa untuk Hi-tea. Ye la, time tu kan cuti. So, boleh la ajak kawan-kawan atau family untuk lepak santai sambil makan-makan kan. Antara menu istimewa sempena hari Krismas ni ada Lobster Bisque, Baked Lamb Cutlet dan Seafood On Ice. Oh maii, seafood on ice tu my favourite hokey... 😍

Christmas Day Buffet Hi-Tea @ Flavors Restaurant
Tarikh : 25 Disember 2016
Masa : 12.00noon hingga 4.00pm
Harga : RM88 nett dewasa / RM45 nett kanak-kanak bawah 12 tahun
Promosi : Booking sebelum 15 Disember akan dapat 25% diskaun

Buffet Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Swiss-Garden Hotel
Buffet Hi-Tea Hari Krismas 2016

Buffet Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Swiss-Garden Hotel
Seafood On Ice

Buffet Makan Malam Menjelang Tahun Baru 2017


Selepas perayaan Krismas, kita akan melangkah ke tahun 2017. Kat sini juga ada menyediakan buffet sempena ambang tahun 2017 iaitu New Year's Eve Buffet Dinner dan New Year's Day Buffet Hi-Tea yang akan menyajikan hidangan istimewa Lamb Shank Curry, Wok Fried Glass Noodle Thai Style, Baked Mussels with Cheese dan banyak lagi. ummm... terliur rasa... 😋

New Year's Eve Buffet Dinner @ Flavors Restaurant
Tarikh : 31 Disember 2016
Masa : 6.30pm hingga 10.30pm
Harga : RM98 nett dewasa / RM45 nett kanak-kanak bawah 12 tahun
Promosi : Booking sebelum 25 Disember akan dapat 25% diskaun

New Year's Day Buffet Hi-Tea @ Flavors Restaurant
Tarikh : 1 Januari 2017
Masa : 12.00noon hingga 4.00pm
Harga : RM88 nett dewasa / RM45 nett kanak-kanak bawah 12 tahun
Promosi : Booking sebelum 25 Disember akan dapat 25% diskaun

Buffet Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Swiss-Garden Hotel
Buffet Makan Malam Menjelang Tahun Baru 2017

Christmas Turkey & Goodies


Ha, berita baik untuk penggemar roasted turkey, sempena perayaan Krismas ni pihak Swiss-Garden Hotel & Residences ada menjual Christmas Turkey dan goodies untuk dia bawa pulang. Bagi yang meraikan Krismas, roasted turkey ni boleh menjadi santapan utama bersama keluarga. Christmas Turkey dan Goodies ni akan mendapat sekali chestnut stuffing, cranberry sauce dan mushroom pepper sauce, semua ni boleh dibeli di Green Treats Delicatessen.

Christmas Turkey & Goodies
Harga : Bermula dari RM200 nett
Masa jualan : 1 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016
Promosi : Booking sebelum 15 Disember akan dapat 20% diskaun

Buffet Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Swiss-Garden Hotel
Christmas Turkey dan goodies

Apa yang aku boleh katakan, memang sedap semua hidangan di Restoran Flavors, Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur ni. Sape yang mai aku sarankan korang kena cuba semua menu yang disediakan especially red velvet cake diorang. Terbayang-bayang kesedapan kek tu walaupun hakikat aku ni bukan la penggemar red velvet. So, untuk maklumat lanjut mengenai buffet sempena krismas dan tahun baru ni boleh la hubungi :

 Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur
Tel : 03-2785 1111



Post a Comment

1 Comments