JATUH CINTA DENGAN PRODUK HIMALAYA HERBALS HEALTHCARE | Assalamualaikum semua... Baru-baru ni aku ada pergi ke satu event sempena pelancaran duta baru untuk Produk Himalaya Herbals Healthcare. Duta baru tersebut adalah diri sendiri.. eh... haha.. tak malunya mengaku duta.. hikkkkk.. xde la, sebenarnya Duta Produk Himalaya yang baru tu adalah Penyanyi Tasha Manshahar yang popular dengan lagu 'Oh No'..
Jatuh Cinta dengan Himalaya Herbals Healthcare |
Masa kat event tu la baru aku tau yang Himalaya ni ada banyak produk rupanya. Selama ni tau shampoo dengan ubat gigi je. Ok, sikit intro pasal produk Himalaya ni. Produk ni berasal dari negara India. Produk ni diasaskan dari bahan-bahan semulajadi dan bebas dari bahan kimia. Ha, tu yang buat aku jatuh cinta dengan produk Himalaya ni. Bila dah guna lagi la double jatuh cinta.. hehe.. Meh tengok apa produk yang ada di bawah jenama Himalaya Herbals Healthcare ni.
Purifying Neem Face Wash |
Purifying Neem Face Wash
Produk ni sangat bagus untuk sesiapa yang mempunyai masalah jerawat. Macam aku ni tiap kali datang bulan ha time tu la jerawat naik. Walaupun takde la masalah jerawat batu atau yang kronik tapi mengganggu la jugak. So, produk Purifying Neem Face Wash ni sangat membantu. Ia dirumus khas untuk mengatasi masalah jerawat pada wajah. Penggunaan setiap hari dapat membersihkan kulit wajah dengan mengeluarkan minyak berlebihan dan kotoran tanpa terlebih pengeringan. Maksudnya kulit muka kita takkan kering la. Kandungan Neem yang ada dalam produk ni memang terkenal sifatnya untuk membersihkan dan membunuh bakteria. Bila digabungkan dengan kunyit, ia membantu mengawal jerawat dan jerawat menjadikan kulit kita lembut, bersih, segar dan bebas masalah jerawat.
Bahan-bahan utama :
- Neem
- kunyit
Arahan penggunaan :
- Lembapkan muka dan urut seluruh, elakkan kawasan mata yang halus.
- Cuci dan keringkan. Untuk hasil yang terbaik, juga menggunakan Purifying Neem Scrub dan Purifying Neem Mask.
Saiz pek :
- 150 ml
Neem |
Neem
Biasa kalau ada masalah jerawat ni, orang akan fikirkan rawatan dari luaran je iaitu skincare. Tapi sebenarnya rawatan dari dalam pun penting jugak tau. So, Himalaya Herbals Healthcare juga menyediakan Neem yang berbentuk kapsul untuk dimakan. Neem merupakan ekstrak herba tulen yang membantu membersih darah, penyahtoksik dan menjaga kesihatan kulit serta untuk penyembuhan luka.
Bahan-bahan utama :
- Ekstrak herba tulen Neem
Arahan penggunaan :
- 1 kapsul dua kali sehari
Saiz pek :
- 60 kapsul per botol ; 250mg per kapsul (Pure Herb Extract)
Neem Face Pack |
Neem Face Pack
Lepas cuci muka, korang kena try pakai mask Himalaya Neem Face Pack ni. Best tau, bila pakai dia akan buat muka kita rasa tegang. Muka pun rasa sejuk je masa pakai tu. Bau dia pun wangi. Ok, Himalaya Neem Face Pack adalah satu formula Ayurveda herba. Kandungan utamanya adalah Neem, Kunyit dan Fuller's earth yang bersama-sama membantu untuk membersihkan kulit dan mencegah pertumbuhan jerawat. Tapi mask ni tak boleh pakai selalu la... hehe
Kebaikan :
- Himalaya Neem Face Pack hilang jerawat dan mencegah pertumbuhan jerawat akan datang
- Himalaya Neem Face Pack mengandungi neem bersama-sama dengan kunyit yang membantu untuk menghalang bakteria dari terkumpul
- Himalaya Neem Face Pack mengandungi semua bahan-bahan semula jadi yang membantu untuk menegangkan kulit
Bahan-bahan utama :
- Neem
- Fullers Earth
- Turmeric
Arahan penggunaan :
- Sapukan secara merata ke seluruh muka dan leher yang telah dibersihkan, elakkan kawasan di sekitar mata.
- Biarkan ia kering selama 10-15 minit.
- Buang dengan span basah dan basuh kulit dengan air sejuk.
- Gunakan sekali atau dua kali seminggu.
- Sesuai untuk kulit yang berminyak dan jerawat
Saiz pek :
- 150ml
Nourishing Cream Skin |
Nourishing Cream Skin
Suka sangat dengan Nourishing Cream Skin ni sebab bau dia best.. wangi.. lagipun bila pakai kulit jadi lembut je sebab krim ini diadun dengan ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Pennywort India, yang dapat melindungi kulit kita daripada pencemaran dan cuaca kering, memberikan khasiat dan kelembapan. Jadi baru la kulit kita sihat dan berseri kan.
Bahan-bahan utama :
- Aloe Vera
- Winter Cherry
- Indian Kino Tree
- Indian Pennywort
Arahan penggunaan :
- Sapu Nourishing Cream Skin perlahan-lahan ke seluruh muka, badan dan leher dua kali sehari. Untuk hasil terbaik, gunakan dengan kerap.
- Sesuai untuk semua jenis kulit. Juga boleh digunakan sebagai asas untuk make-up.
Saiz pek :
- 50ml, 100ml dan 200ml
AyurSlim |
AyurSlim
Memandangkan berat badan dah macam dipam-pam, so dah start kena diet ni. Kira ni azam tahun baru la. Tapi kalau sekadar diet je tak menjadi. Maybe bagi orang lain menjadi tapi bagi aku ni buat penat diet tapi tak turun-turun gak. Nak ambil produk-produk kurus yang melambak di pasaran, cuak pulak sebab tak tau kandungannya. Jadi aku pun decide guna AyurSlim dari Himalaya ni sebab produk-produk Himalaya memang tiada bahan kimia.
Himalaya AyurSlim merupakan formulasi Ayurveda herba tulen. AyurSlim adalah terbukti secara klinikal, selamat dan berkesan dalam membantu untuk mengawal pengeluaran lemak. Ia juga menghapuskan mengurangkan selera makan, menormalkan pengeluaran tenaga dan penggunaan dalam badan serta membantu kekal langsing dan sihat.
Kebaikan :
- AyurSlim membawa pembakaran cekap lemak.
- AyurSlim menghalang sintesis asid lemak, sekali gus mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan.
- AyurSlim mengekalkan tahap kolesterol normal dalam badan, faktor-faktor yang bimbang dengan pengumpulan lemak.
- AyurSlim mengurangkan keinginan untuk makanan dan gula-gula, sekali gus mengurangkan pengambilan lemak dan karbohidrat.
- AyurSlim membawa penggunaan berkesan glukosa dalam badan, yang mempunyai peranan dalam pengumpulan lemak dalam badan.
- AyurSlim membawa kepada penggunaan optimum nutrien dan tenaga, dengan itu membetulkan ketidakseimbangan tenaga dalam badan yang bertanggungjawab untuk pengumpulan lemak.
Bahan-bahan utama :
Arahan penggunaan :
Saiz pek :
- Balsamidendron Mukul
- Garcinia Cambogia
- GymnemaSylvestre
- Terminalia Chebula
- Trigonella foenum graeceum
Arahan penggunaan :
- 2 kapsul dua kali sehari selepas sarapan dan makan malam, bagi tempoh sekurang-kurangnya 4 hingga 6 bulan.
Saiz pek :
- 60 kapsul per botol
Protein Shampoo |
Protein Shampoo
Sebelum ni aku memang tahu pasal shampoo dari Himalaya ni sebab ramai yang guna dan semua kata shampoo ni bagus. Ada pelbagai jenis shampoo yang dikeluarkan oleh Himalaya seperti :
- Protein Shampoo - Extra Moisturizing
- Protein Shampoo - Volume & Bounce
- Protein Shampoo - Repair & Regeneration
- Protein Shampoo - Softness & Shine
- Anti-Dandruff Shampoo - Gentle Clean
- Anti-Dandruff Shampoo - Soothing & Moisturizing
- Anti-Hair Fall Shampoo
Tapi aku pilih Extra Moisturizing sebab aku memang mengalami masalah rambut kering. Tambahan pulak pakai tudung kan. Kadang-kadang sampai kusut masai rambut jadinya. Tapi sejak pakai shampoo ni, kurang sikit masalah tu sebab shampoo ni dirumus khas untuk rambut kering yang memerlukan pelembap tambahan dan khasiat. Gabungan herba di dalam kandungannya berkesan untuk menjaga rambut supaya menjadi lebih kuat, lembut dan mudah diurus.
Bahan-bahan utama :
- Fenugreek & Sesame
- Netted Melon & Aloe
- Licorice
Arahan penggunaan :
- Urut perlahan-lahan ke dalam rambut basah dan kulit kepala. Bilas dengan teliti. Ulangi jika perlu.
Saiz pek :
- 400ml per botol
Koflet |
Koflet
Ada mengalami masalah batuk dan sakit tekak ?? ha, apa kata korang cuba Koflet dari Himalaya ni. Ia mengandungi formula herba yang membantu melegakan batuk dan sakit tekak. Selain itu ia juga dapat :
- Memberi kelegaan pada kesesakan dada dan mengurangkan pengeluaran mukus.
- Sifat anti-mikrob beberapa bahan-bahan dalam Koflet mengurangkan jangkitan saluran pernafasan.
- Ia mempunyai tindakan menenangkan dalam sakit tekak atau batuk disebabkan oleh kerengsaan Koflet diketahui mempunyai tiada kesan sampingan dan klinikal yang selamat.
Bahan-bahan utama :
- Trikatu
- Piper Longum
- Zingiber Officinale
- Acacia Catechu
- Terminalia Chebula
- Syzygium Aromaticum
- Cinnamomum Zeylanicum
- Elettaria Cardamomum
Arahan penggunaan :
- Satu biji tiga empat kali sehari, atau seperti yang diarahkan oleh doktor.
Saiz pek :
- 10 biji
Renalka |
Renalka
Ada masalah kencing tak lawas tak ? Honestly, aku ada masalah ni. Tapi tak selalu la. Cuma kengkadang tu baru aje pegi toiet, dah rasa nak pi lagi. Biasanya masalah macam ni ada berkaitan dengan buah pinggang. So, aku pun diperkenalkan dengan Renalka dari Himalaya ni. Kandungan bahan dalam Renalka mempunyai ciri-ciri anti-mikrob yang kuat yang membantu dalam memerangi jangkitan dikaitkan dengan jangkitan saluran kencing, melindungi buah pinggang daripada kesan berbahaya dan toksik bahan kimia lain. Selain tu, Renalka juga menormalkan keseimbangan pH dalam badan yang pada masa sama meningkatkan aliran darah yang sihat kepada buah pinggang.
- Tribulus Terrestris
- Cretaeva Magna
- Hemidesmus Indicus
- Cyperus Rotundus
- Vetiveria Zizanioides
- Asparagus Racemosus
- 2 Sudu teh, 2-3 kali sehari
Saiz pek :
- 100 ml
Cystone |
Cystone
Kalau yang Renalka untuk kencing tak lawas, Cystone ni pula untuk masalah kencing kotor. Jangan pandang remeh tau kalau ada masalah ni. Jika melarat, boleh memudaratkan tubuh kita sebab ia melibatkan buah pinggang. Boleh kena batu karang tau. Jadi, sesiapa ada masalah kencing kotor, boleh cuba Cystone dari Himalaya ni.
Bahan-bahan utama :
- Didymocarpus Pedicellata
- Saxifraga Ligulata
- Rubia Cordifolia
- Cyperus Scariosus
- Achyranthes Aspera
- Onosma Bracteatum
- Vernonia Cinerea
Arahan penggunaan :
- 2 tablet 2-3 kali sehari
Saiz pek :
- 100 tablet per botol
Bioease |
Bioease
Bagi sesiapa yang ada masalah gastrik pula, jangan risau. Himalaya juga ada mengeluarkan produk untuk mereka yang mempunyai masalah ni. Produk yang diberi nama Bioease ni adalah dari ramuan tradisional untuk mengatasi masalah kembug perut, senak perut dan juga gastrik.
Bahan-bahan utama :
- Foeniculum Vulgare
- Mentha Piperita
- Anethum Graveolens
- Carum Carvi
- Cuminum Cyminum
Arahan penggunaan :
- 2 tablet 2 kali sehari
Saiz pek :
- 60 tablet per botol
V-Gel |
V-Gel
Yang ni untuk wanita je tau sebab yang ni untuk sesiapa yang ada masalah keputihan atau pun gatal-gatal kat bahagian bawah tu. V-Gel dari Himalaya Herbals ni bertindak untuk mengekalkan keseimbangan pH dalam julat yang normal.
Kebaikan :
- V-Gel melegakan kerengsaan, gatal-gatal pada faraj
- V-Gel melegakan kekeringan pada faraj
- V-Gel mengekalkan tahap pH yang seimbang dalam badan
- V-Gel menyokong sistem imunisasi dalam badan
Bahan-bahan utama :
- Rosa Damascena
- Elettaria Cardamomum
- Boerhaavia Diffusa
- Parmelia Perlata
- Vitex Negundo
- Curcuma Longa
Arahan penggunaan :
- Gunakan 1-2 kali sehari menggunakan alat yg disediakan
Saiz pek :
- 30g
Complete Care Toothpaste |
Ha, ubat gigi Himalaya ni aku dah pernah cuba sebelum ni. Memang bagus kerana ia adalah ubat gigi Ayurveda herba yang dirumus khas untuk penjagaan gigi dan kebersihan. Himalaya Complete Care Toothpaste ni menggalakkan gusi yang sihat, gigi yang sihat dan nafas segar. Ia membantu melegakan kesakitan yang berkaitan dengan gigi dan gusi bengkak bernanah, membantu menghentikan pendarahan pada gusi dan mempunyai fungsi melegakan gusi sensitif.
Bahan-bahan utama :
- Punica granatum (Pomegranate, Dadima)
- Xanthoxylum alatum (Toothache Tree, Tumburu)
- Acacia arabica (Indian Gum-Arabic Tree, Babbula)
- Triphala
- Embelia ribes (False Black Pepper, Vidanga)
- Vitex negundo (Five-Leaved Chaste Tree, Nirgundi)
- Vaikranta bhasma (Fluorspar)
- Azadirachta indica (Nimba, Sunthi)
- Carum copticum (Bishop's Weed, Ajamoda satva)
Arahan penggunaan :
- Guna setiap kali gosok gigi
Saiz pek :
- 100g
Bergambar dengan Tasha Manshahar |
Ha, ni la Duta Baru Produk Himalaya ni iaitu Tasha Manshahar. Bertuah rasa dapat bergambar dengan Tasha ni. Dan la cantik, peramah pulak tu. Kalau nak tahu, Tasha ni pengguna tegar produk Himalaya tau. Tu sebab kulit dia ploless. Jeles tengok. Masa event tu Tasha nyanyi 4 buah lagu untuk para peminatnya... Best... Jom tengok gambar sekitar Majlis Mini Konsert dan Meet & Greet Tasha Manshahar bersama produk Himalaya yang berlansung di IOI City Mall putrajaya hari tu..
Mini Konsert bersama Duta Himalaya - Tasha Manshahar |
Meet & greet bersama Tasha Manshahar |
So, kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai produk Himalaya ni, boleh pergi ke Laman Facebook mereka ataupun berkunjung ke outlet Himalaya di seluruh Malaysia... adios..
Facebook :
Instagram :
18 Comments
Sally pernah pakai dulu produk ni...sbb kongsi dengan kakak...lepas tu dah tak pakai sbb dia berhenti pakai..hahahaha...menagih kakak punya! LOL
ReplyDeletehahaha... sharing is caring kan
Deletebaru je try pakai himalaya ayurslim , slame ni memang ade problem nak buang air besar laaa ni alhamdulillah :)
ReplyDeletebaru je try , himalaya ayurslim , ALHAMDULILLAH ,
ReplyDeletememang lawas pembuangan
baru je try , himalaya ayurslim , ALHAMDULILLAH ,
ReplyDeletememang lawas pembuangan
iye... seronok kan. rasa lega je perut
DeleteMacam kat ioi
ReplyDeletehaah, kat IOI City Mall
DeleteAssalamualaikum...nak tnye awak mmg pakai produk himalaya ni ke??sbb sy tgh nak survey produk yg selamat digunakan..sekarang tgh fikir himalaya or simple
ReplyDeleteWaalaikumusalam.. haah memang pakai. Sy pakai shampoo, ubat gigi dan produk penjagaan muka. So far pakai takde alahan pape. Jerawat pun dah segan nak naik ^_^
DeleteU consume ayurslim ? Berhasil takk?
DeleteSalam...nk tnya blh ke mkn product ni kalau kita breastfeeding
ReplyDeletekalau saya guna ayu slim boleh campur mak produk makjun MAB k?
ReplyDeleteboleh tapi jarakkan masa pengambilan.. dalam 2 jam ke atas
DeleteV gel dia okay takk yee
ReplyDeleteKulit saya berjerawat dan berminyak elok pakai yang mana satu ye
ReplyDeleteHi,
ReplyDeleteKami dari wegotsomething4u ( https://shopee.com.my/wegotsomething4u ), Shopee store yang baru nak up, ada menjual barangan jenama Himalaya.
Disertakan baucar WEGOLESS2 dan WEGOLESS5 untuk pembaca blog Dikbee Kamaruddin.
Penghantaran secara percuma apabila pembelian melebihi RM 40. Harga barangan antara yang paling win di Shopee.
Selamat berkunjung dan terima kasih.
Ayuslim tu waktu period boleh makan tak??
ReplyDelete