PENGALAMAN PERTAMA KALI KE MAHA 2016 | Assalamualaikum semua.. Bila baca kat laman sosial sana sini dok sebut pasal MAHA 2016, teringin jugak rasanya nak pergi ke sana. Seriusly aku tak pernah pun menjejakkan kaki untuk pergi ke sana. Ada yang cakap best dan ada juga yang merungut bila balik. Tapi bagi aku, aku nak rasai sendiri pengalaman ke sana, baru la boleh judge best ke tidak kan. So, bila rakan-rakan blogger ajak ke sana, ibarat orang mengantuk disorong bantal. Bila lagi kan nak dapat pergi ke MAHA 2016 tambah-tambah lagi pi ramai-ramai. Lagi la happening...yippieee..
PAMERAN PERTANIAN HORTIKULTUR DAN AGRO PELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2016
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016
Seawal 8.00pagi kami dah terpacak kat pintu masuk MAHA 2016. Excited tak?? hahaha... sebenarnya saje je mai awal supaya tak sangkut jem. Lagipun time ni mudah sikit nak cari parking. Jadinya sebelum tunggu MAHA 2016 mula pukul 10 pagi, kami breakfast dulu di CUBE CAFE. Kat sini ada roti bakar dan nasi lemak so harus la pekena nasi lemak dan air dalam botol mentol, bagi tenaga lebih sket sebab nak explore MAHA 2016 kan.. hehe...
Breakfast di Cube Cafe
YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek juga turun padang breakfast bersama kami
MAHA 2016 - NAFAS CUBE @ MARDI
Untuk lokasi pertama, kami jalan-jalan di sekitar Nafas Cube @ MARDI. Lokasi ni sebenarnya adalah tempat penginapan yang menggabungkan tiga konsep utama dalam pembinaannya iaitu kontena, culvert dan khemah bagi memberikan suasana santai dan sentuhan kontemporari. Biasanya kontena dan culvert ni untuk kawasan tapak pembinaan je. Tapi bila dibuat tempat penginapan cantik pulak nampak, siap ada katil, pendingin hawa, kipas, ruang solat dan bilik air. Untuk khemah pulak, jangan terkejut tau, nampak je macam kecil tapi dalam tu siap ada katil, meja tulis dan kipas. Dasatttt...
Nafas Cube @ MARDI menempatkan tujuh buah kontena, 10 culvert dan 10 khemah yang mampu menempatkan 56 pengunjung pada satu-satu masa. Kalau korang nak merasai pengalaman bermalam di Nafas Cube @ MARDI, berikut adalah harga penginapan bagi satu malam :
📌 Kontena Kenamaan (VVIP) = RM350 / satu malam
📌 Kontena Eksekutif = RM180 / satu malam
📌 Culvert = RM150 / satu malam
📌 Khemah = RM120 / satu malam
Nafas Cube @ MARDI
Kontena Kenamaan (VVIP) & Kontena Eksekutif
Culvert
Culvert
Khemah
Ruang dalam Khemah
MAHA 2016 - NAFAS AGRO YOUTH CAMP
Tak jauh dari Nafas Cube @ MARDI, ada satu tapak perkhemahan yang diberi nama Nafas Agro Youth Camp. Tapak ini diwujudkan bagi merealisasikan idea Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek bagi mengadakan program untuk memberi pendedahan kepada anak-anak muda terhadap industri pertanian. Hari ni dah bermula sesi ketiga untuk program tersebut. Beberapa khemah disediakan untuk para peserta dan khemah ini dipasang di atas bukit dan boleh nampak pemandangan alam semulajadi dan tasik.
Nafas Agro Youth Camp
Tapak khemah disediakan untuk peserta
MAHA 2016 - #MyDOF VALLEY (LAMAN PERIKANAN)
Lokasi seterusnya kami semua menaiki trem yang disediakan dan menuju ke #MyDOF Valley ( Laman Perikanan ). Kat sini ada beberapa tarikan utama iaitu Kingdom of Sharks, Rumah Nelayan Terbalik, Tuna in The House serta pameran spesies ikan terbesar dan termahal. Ha, bayangkan harga Ikan Empurau RM1800 sekilo.. Wow, awat mahal sangat harga ikan ni. Untuk spesis ikan terbesar di kawasan terumbu karang pula ada Ikan Kerapu Kertang yang boleh mencapai berat maksima 400 kg. Tapi yang kat MAHA 2016 ni takde la yang berat tu, yang dipamerkan kat sini beratnya 60kg.
MyDOF Valley
Ikan Kerapu Kertang
Bila masuk ke dalam Kingdom of Sharks, terasa macam masuk ke perut ikan. Mana taknya, pintu masuk dia menyerupai mulut Sharks atau ikan Yu.. Kat dalam tu ada pelbagai pameran mengenai ikan yu dan juga kempen kesedaran untuk 'Tak Nak Sirip Ikan Yu' bagi mengelakkan kepupusan ikan yu dari lautan.
Kingdom of Sharks
Nemo dalam akuarium
Masa di Tuna in The House, kami dapat merasa makan Roti Tuna Floss dan Satay Tuna. First time makan satay tuna.. sedap.. Walaupun tuna tu spesis ikan, tapi bila dah jadi satay, rupa dan rasa satay tu macam ayam.
Tuna in The House
Roti Tuna Floss
Satay Tuna
MAHA 2016 - LAMAN PADI
Selepas bermain-main dengan ikan di lautan, kami kembali ke daratan.. ehh.. Ha, kami ke sawah padi yang terbentang di dalam Laman Padi. Jangan ingat sawah pagi kat kampung-kampung je. Kat MAHA 2016 ni pun ada tau. Tujuan Laman Padi diadakan di MAHA 2016 adalah untuk memberi pengetahuan kepada pengunjung agar lebih memahami pelbagai isu membabitkan padi termasuklah penanaman padi, penggredan padi sehinggalah kepada isu harga beras.
Laman Padi
Posing di sawah padi
Bola sepak bendang
Kat dalam laman padi ini ada sebuah mesin memproses padi yang dibawa khas bagi menunjukkan bagaimana cara untuk memproses padi. Selain tu ada juga mesin DIY pemproses padi yang boleh dibeli oleh pengusaha sawah padi dengan harga RM5000 sahaja. Jadi mudahla untuk proses sendiri beras mereka.
Logo Laman Padi
Mesin DIY memproses padi
Dalam Galeri Padi pula, terdapat pelbagai maklumat mengenai beras ada kat dalam ni. Jenis-jenis beras pun ada. Aku sendiri pun tak berapa tau jenis-jenis beras ni. So, boleh la belajar mengenai beras kat sini. Karang tertukar pulak mana satu beras biasa dengan beras pulut.. hehe
Galeri Padi
Selain itu, kat sini juga ada demonstrasi pembuatan bedak sejuk yang ditunjukkan oleh Mashitoh Hassan dari Pendang Kedah. Bedak sejuk ni dibuat daripada beras yang direndam berbulan-bulan lamanya yang kemudiannya dikisar halus dan dicampur air mawar mampu menaikkan seri wajah si pemakai.
Pembuatan bedak sejuk
MAHA 2016 - PLANET NANAS (LAMAN NANAS)
Bila berada di Planet Nanas, memang betul-betul terasa asing kerana sebelum ni aku hanya tahu nanas tu sekadar buah dan makan begitu sahaja. Kalau tak pun buat pajeri nanas atau pun air nanas. Rupanya bukan sekadar tu sahaja. Ada banyak lagi kegunaan nanas seperti penghasilan pelbagai jenis produk termasuk untuk makanan haiwan ternakan, membuat kertas dan sehingga untuk membuat bahan kosmetik. Wahhhh... kekdahnya banyak juga manfaat nanas ni ekk..
Pusat Informasi Nanas
Walaupun duduk di Planet Nanas, tapi takde pulak jumpa alien. Sebaliknya jumpa pulak dengan seorang blogger famous yang kini juga bergelar usahawan jus nanas yang diberi nama Jus Bob Nanas. Wah, hebat la Abg Hazman Fadzil. Sedap Jus Bob Nanas ni sebab ia menggunakan nanas MD 2 yang mengandungi vitamin C yang tinggi. Kalau korang datang ke MAHA 2016 hari ni, mai la ke booth no 4 dan cari Abg Man (yang pakai topi oren) tau.
Jus Bob Nanas
Aiskrim Nanas
Nak ke mana tu?? hihi
Acah-acah petani nanas
MAHA 2016 - LAMAN ARMADA JENTERA
Tadi duk kat Planet Nanas tak jumpa alien. Rupanya Alien menyorok sebab kat Laman Armada Jentera ada Transformer... hahahahaa... Menarik betul mesin-mesin jentera kat sini. Ada yang kecil dan ada yang besar. Hati-hati kalau sentuh jentera yang ada kat sini. Mana tau tetiba bertukar jadi trasformer kan... hahahha...
Laman Armada Jentera
selfie dengan Transformer .. hihi
Di Laman Armada Jentera ni ada lebih kurang 300 jenis jentera dan mesin dipamerkan. Selain tu ada juga kereta api monorack, yang pertama kali diperkenalkan di negara ini melalui MAHA 2016. Tapi sayang kami tak dapat naik sebab ramai sangat orang beratur. Tak pe la, tak de rezeki kan.
Jentera besar
Mesin potong kayu
Dalam Laman Armada ni ada Dewan Pameran Jentera. Kat dalam ni bukan sahaja jentera tapi ada juga pokok-pokok dan juga makanan dan minuman. Kami berpeluang untuk melihat pokok cili yang menghasilkan cili sepanjang dua tapak tangan. Biasa kita tengok kat pasar tu kontot-kontot je. Kat dalam ni juga kami dapat merasai keenakan aiskrim nangka madu dan juga air jagung Klebang. Apa yang special pasal air jagung ni warna tak kuning tapi oren macam air carrot. Tapi rasa masih sama cam air jagung dan yang aiskrim tu sedap.
Dewan Pameran Jentera
Cili besar yang panjang
Aiskrim nangka madu
Air jagung Klebang
MAHA 2016 - LAMAN TERNAKAN
Tempat terakhir kami pergi adalah di Laman Ternakan, di mana pelbagai jenis haiwan dipamerkan di sini. Terdapat juga pameran ayam serama dan produk berkaitan unggas di tapak laman ternakan ini bagi menarik lebih ramai pengunjung tahun ini. Ha, kalau nak tahu kat sini la lokasi Lembu Sado yang viral tu. Tak sabar nak tengok rupa Lembu Sado ni. Hensem ke tidak??? hehe 💪💪
Pameran Unggas Hiasan
Sebanyak 11 ekor lembu hidrid sado daripada baka Belgian Blue dipamerkan kepada orang ramai bagi memperkenalkan keunikan haiwan berkenaan, yang dikatakan boleh mencecah sehingga 1.4 tan. Selain mempunyai otot berganda, keistimewaan lembu sado ni adalah ia mempunyai kandungan lemak yang rendah serta protein tinggi berbanding haiwan lain.
Lembu hybrid sado
Lembu Sado
Tapi sayang la, kami tak boleh lama kat MAHA 2016 kerana ada komitmen yang lain. So, sekejap je dapat bertentang mata dengan Lembu Sado ni. Lembu Sado yang bernama 'Abang Mat' tu pun tak sempat jumpa.. huhu.. Takpe la..tak de rezeki jugak.
Tapi secara keseluruhannya aku berpuas hati dapat ke MAHA 2016 kali ni. Kira pengalaman pertama kali yang berbaloi la sebab banyak benda aku belajar kat sini. Patut la ramai orang datang ke sini. Dengar kata seramai 3.7 juta orang pengunjung telah direkodkan sedangkan target pada awalnya cuma 3 juta je. Wow, tahniah MAHA 2016. Berpusu-pusu pengunjung datang dari pagi hingga ke malam. Mungkin sebab ada tarikan baru macam Upin Ipin dan Mok Cun kot. Lagipun cuti sekolah kan. Memang sesuai la nak bawak anak-anak ke sana. Next time kalau ada memang akan pergi lagi.. yeahhh...
8 Comments
Teringin nak duduk kat Nafas Cube tu..ummm bilah lah dapat merasa
ReplyDeletemesti best kan
Deletebesarnya lembu
ReplyDeletehi mawardi... abang mat kirim salam.. hehe
DeleteBestnye... Next MAHA nak pergi lagi lah... :D
ReplyDeletekan... next time boleh pergi lagi
Deletesama la, haritu 1st time gak datang MAHA
ReplyDeletesep sket.. hihi
Delete