GLAMPING : PENGALAMAN BERKHEMAH DI LOST WORLD OF TAMBUN | Assalamualaikum semua.. Bila sebut bercuti je, mesti kepala dok pikir bilik hotel yang ada air cond, katil yang empuk dan juga pemandangan yang mengdap laut. Tapi kali ni aku cuba satu kelainan yang mana bercuti di dalam kawasan alam semulajadi dengan hanya menggunakan khemah sebagai tempat untuk tidur. Kat mana ? Ha, inilah tarikan terbaru di Lost World of Tambun iaitu Pakej Penginapan Glamping.
Glamping : Pengalaman Berkhemah Di Lost World Of Tambun |
Pakej penginapan Glamping di Lost World Of Tambun ni baru aje dilancarkan pada pada awal bulan Disember 2016. Siyesly dulu masa time sekolah kalau ada camping-camping ni, aku seboleh-bolehnya cari alasan nak ngelat. Yela, kalau camping kan dekat dalam hutan, banyak nyamuk, tidur dalam khemah yang beralaskan lapik plastik je then paling leceh bab nak mandi. Tapi kalau pakej Glamping kat Lost World Of Tambun ni lain weii... Best tau.....
Team gegirl |
Hari tu kami pergi 4 lelaki 3 perempuan so kami dapat 2 khemah besar. Satu khemah ni boleh muat 4 orang. Dalam khemah ni ada satu katil besar dan 2 katil single, 2 kipas, cermin, meja, penyangkut baju, tuala, toiletries (tapi berus gigi dgn ubat gigi takde, nasib bawak sendiri punya), dan plug point pun ada. So, mudah la nak cas handphone or camera.
rupa dalam glamping |
Siap ada katil besar dgn carpet tau |
Selalu kalau camping, mesti tandas soalan yang pertama di tanya especially gegirl macam weuols kan. Ye la kalau lelaki tu mudah aje, tak yah berkemban pun boleh je nak mandi tapi kalau untuk gegirl ni takkan nak mandi open air kan. Tapi jangan risau, kat sini ada proper tandas dan bilik air untuk kemudahan pengunjung yang tinggal di Glamping. Tandas ni nampak klasik macam kat kampung dulu dulu tapi dalam dia bersih, siap ada water heater tau. Cumanya jarak antara tandas dan tapak khemah jauh sikit la, so ajak la teman kalau nak pi ke tandas waktu malam.
Tandas dan bilik mandi |
Petang masa kami sampai tu, kami sempat merasa pengalaman menaiki bot dan menyusuri Tasik Boga untuk menikmati keindahan persekitaran tasik. Kat situ juga ada kawasan perumahan elit yang mengadap tasik. Ada pelantar yang menghubungkan tasik dan kawasan perumahan tersebut di mana kami berhenti sekejap untuk beri ikan makan. Uishhh... banyak rupanya ikan kat dalam ni. Lepas tu, kami sempat juga singgah di pintu masuk laluan ke Gua Datuk tapi tak naik la sebab hari dah petang.
Menyusuri Tasik Boga |
Tasik Boga |
Banyak ikan dalam tasik ni |
Laluan ke Gua Datuk |
Untuk aktiviti belah malam pulak, kami dapat tengok persembahan Flaming Percussions iaitu pertunjukan api yang menakjubkan dan sempat singgah meninjau Spa yang ada kat sini sebelum kami pergi untuk makan malam. Makan malam kami pada malam ni berkonsepkan BBQ. Dah lama tak menikmati suasana BBQ macam ni. Duduk makan sambil chit chat di bawah langit yang dihiasi bintang-bintang dan kicauan unggas malam.. perghhhh memang awesome...
Flaming Percussions |
Spa |
BBQ nite |
Dah lama tak BBQ camni |
Lepas makan, aktiviti kami tak terhad setakat tu aje. Hello, kita kat Lost World Of Tambun kot. Dalam kawasan taman tema ni ada Hot Spring & Spa dan juga Petting Zoo. Lagipun kat sini Hot Spring & Spa tutup pukul 11.00 malam. So, lepas makan kami pun decide untuk jenjalan ke Petting Zoo dan berendam dalam air panas.. memang heaven la...
Comel tak mak hamster ni?? hehe |
Berendam dalam air panas |
Muka memasing lepas berendam air panas |
Cantikkan Glamping ni waktu malam |
Keesokkan harinya kami bangun tido awal dan breakfast disediakan di Garden Terrace. Memandangkan kami dapat sekali tiket untuk access theme park, so harus la manfaat kan. Untung tau amik pakej Glamping ni. Siap dapat access Theme Park untuk 2 hari tau. Yeahhh... jom la membasahkan diri lepas breakfast ni. Taman tema buka pukul 10 pagi, maka boleh la kami breakfast dengan tenang sebab semua makanan kat sini sedap. Ye la, harus la nak kena makan banyak kan sebab nanti nak pergi explore satu taman tema.
Breakfast di Garden Terrace |
Yeahh.. perut dah kenyang baru la best nak pusing satu taman tema. Kat dalam Lost World of Tambun ni ada pelbagai tarikan yang wajib kita explore kalau dah ada kat sini. Antara tarikan menarik yang ada di Lost World Of Tambun, Ipoh ni ialah :
- Lost World Amusement Park
- Lost World Petting Zoo
- Lost World Water Park
- Lost World Tiger Valley
- Lost World Tin Valley
- Lost World Adventure Park
Pintu masuk Lost World Of Tambun |
Lost World Amusement Park
Sebelum pergi berendam, masing-masang sepakat nak main dekat Lost World Amusement Park dulu sebab nanti kalau dah basah, tak syiok dah nak naik kan. So, depa pun pakat naik Storm Rider, Dragon Flight dan Lupe’s Adventure. Aku?? Haha, of course la tak naik sebab takut pening plak. Kang hilang mood nak enjoy. So, xpe la, aku jadi photographer pun dah ok dah.. hehe. Lepas depa dah puas main, kami masuk rumah hantu Haunted Chambers. Ha, yang ni aku join... 😛😛.. Selain tu ada juga Adventure Express, Perak Parade dan Giddy Galleon tapi yang ni kami tak naik la
Storm Rider |
Dragon Flight |
Lupe’s Adventure |
Haunted Chambers |
Kepura Cave |
Lost World Petting Zoo
Lepas dah main kat Lost World Amusement Park, memasing dah pening.. fuhhh, seb baik aku tak naik. Kalau tak parah la nak berjalan keliling theme park sebab dah muntah kayap.. So, sesambil nak menghilangkan pening, kami pusing area Lost World Petting Zoo. Kat dalam ni ada lebih kurang 55 spesis haiwan. Yang bestnya kat dalam ni kita boleh swafoto (selfie) dan beri makan pada haiwan kat sini. Antara kawasan haiwan yang ada dalam ni adalah :
- Tarantula Alley
- Giraffe and Friends
- Rabbit Wonderland
- Ruby and Friends
- Tortoise Kingdom
- Bird Paradise
- Marmoset Tree House
- Serpentarium
- Rain Forest Trail
- Rock Canopy
Catopia |
Serval |
Landak |
Zirafah dan kuda belang |
Lost World Water Park
Yeahh.. ni la masa yang ditunggu-tunggu iaitu berendam dalam air. Masing-masing dok mengusung pelampung yang boleh disewa kat dalam ni. Paling seronok tengok budak-budak la. Happy betul dapat main air ye dik. Maklum la cuti sekolah kan. Time ni la nak ajak mak ayah datang sini. Tapi kalau nak mandi kat sini kena patuhi dress code pakaian yang ditetapkan ye. Karang tak pepasal tak boleh mandi. Antara yang menarik dan kena cuba dalam Lost World Water Park ni adalah :
- Jungle Wave Pool
- Adventure River
- Kids Explorabay
- Cliff Racer
- Tube Raiders
Lost World Water Park |
Seronoknya memasing berendam |
Kebetulan time kami pergi ni nak dekat perayaan Hari Krismas, so ada persembahan Xmasaurus Celebration 2016. Semua penonton terhibur melihat keletah dinasour yang cuba menyelamatkan anaknya dari diculik. Tak tau nak sedih ke nak gelak sebab dinasour tu comel sangat.. hehe... Lepas persembahan, masing-masing sambung lagi berendam sampai petang.
Xmasaurus Celebration 2016 |
Lost World Tiger Valley
Ha, kat sini ada satu kawasan untuk harimau yang dipanggil Lost World Tiger Valley. Tapi jangan risau, kawasan harimau ni selamat dan tak akan memudaratkan pengunjung. Hari tu kami berpeluang menyaksikan acara memberi makan kepada harimau jenis Siberians Tigers yang ada kat sini. Selain tu ada juga persembahan Animal Show yang terdiri dari haiwan-haiwan yang sangat sporting, friendly dan menghiburkan penonton.
Lost World Tiger Valley |
Animal Show |
Lost World Tin Valley
Kawasan Ipoh asalnya dulu memang famous sebagai kawasan perlombongan biji timah. Jadi tak hairan la kalau dalam kawasan Lost World Of Tambun ni ada Tin Valley. So, sekurang-kurangnya ia dapat memberi pendedahan generasi sekarang tentang khazanah alam yang ada kat sini. Kat sini ada kawasan Dulang Basuh so mana-mana yang teringin nak mencuba cara-cara membijih timah, boleh la try kat sini.
Lost World Tin Valley |
Tin Bearers |
Dulang Washing |
Lost World Adventure Park
Ha, kalau kat atas tadi dah tunjuk kemudahan untuk Glamping. So, ni kita tengok pulak pemandangan kawasan sekeliling tapak Glamping ni. Kalau nak tau, tapak Glamping ni terletak di dalam kawasan Lost World Advanture Park. Bahagian belakang khemah terdapat bukit yang dipenuhi hutan belantara manakala di bahagia depan pulak bukit batu kapur. Perasan tak dekat tengah-tengah tu ada batu yang terjulur menegak ? Ha, ini la unik nya kawasan tapak Glamping ni kerana terdapat batu yang digelar Needle Of Tambun. Bagi yang ingin melakukan aktiviti lasak Rock Climbing, dekat sini pun ada kemudahan tersebut tetapi korang kena datang dalam team la.
Lost World Advanture Park |
Needle Of Tambun |
Bahagian tepi tapak perkhemahan pula ada sebuah tasik yang dipanggil Tasik Boga. Pemandangan tasik ni sangat cantik kerana dikelilingi dengan bukit bukau dan juga kat sini la letaknya Gua Datuk. Dekat tasik ni ada aktiviti berkayak dan abseiling. Mana-mana yang nak cari tempat untuk buat aktiviti Team Building, kat Lost World Adventure Park ni memang sesuai...
Tasik Boga |
Tempat Makan Dalam Lost World Of Tambun
Alhamdulillah, sepanjang 2 hari 1 malam berada di Lost World Of Tambun ni kami tak kelaparan. Walaupun makanan luar tidak dibenarkan dibawa masuk, tapi kat dalam ni ada banyak tempat makan. Siap ada Foodcourt dengan kopitiam tu. Paling suka kat Dulang Tea House sebab segala serba serbi yang ada kat sini semuanya klasik dan menggamit nostalgia. Ye weii... mana nak cari menu roti tumbuk dengan roti bakar yang dimasak secara tradisional zaman sekarang ni. Tak caya? ha, kalau mai sini, korang kena duduk mengopi di Dulang Tea House. Selain tu, korang boleh makan juga di :
- Lost World Ipoh Street
- Kukuntalu Hawkers
- Lost World Kebab
- Lost World Coffee
- Lupe’s Kiosk
- 1901
- Onsen Noodle House
- Postcard Lounge
Ipoh Street |
Dulang Tea House |
Duduk kat Lost Of Tambun selama 2 hari ni memang memang tak puas rasanya. Seronok weiii... namun apa kan daya, dah kena balik ke KL. Tapi apa pun memang pengalaman yang menyeronokkan dapat merasa dok dalam Glamping iaitu berkhemah dalam keadaan yang selesa bak " 5 Billion Star Experience". Berikut adalah pakej dan harga untuk Glamping di Lost World Of Tambun :
4 pax (2 Adults + 2 Child)
Includes:
1 King Bed 2 Single Beds
Buffet Breakfast at Garden Terrace for 4
Theme Park Entrance 2 Adult +2 Child for 2 days (worth RM 452)
Power Socket
Towels
Toiletries
Fan
RM 488
2 pax (2 Adults)
Includes:
1 King Bed
Buffet Breakfast at Garden Terrace for 2
Theme Park Entrance 2 Adult (worth RM 240)
Power Socket
Towels
Toiletries
Fan
RM 388
Add-on for 3rd person adult / child
Includes:
Single Bed
Towel
Toiletries
Theme Park Entrance for 2 days
RM108
*harga pakej di atas adalah harga semasa entri ini ditulis*
Untuk harga pakej terkini boleh layari website :
6 Comments
hai mak hamsterrrr...sungguh cute mak itu :D
ReplyDeletemak hamster tgh monitor anak2 nya... hahahahaaha
Deletewakakakkaaka....
DeleteAssalam,
ReplyDeleteWaaa bestnyaaa dulu ngajin kita camping, ni anak² dh membesar lama x bercamping . Nnti bole cuba gak laa cmtu ..
Assalamualaikum.. nak tnya.. semua aktiviti tu macam naik bot di tasik boga tu tak perlu bayaran tambahan?
ReplyDeletekalau utk naik bot tu ada extra cas
Delete