BUSANA MUSLIMAH MODEN YANG CANTIK DI ZACHEELA | Assalamualaikum semua.. Kenapa la sejak akhir-akhir ni agak kemalasan nak hapdate blog. Semakin menjadi-jadi virus M menular dalam diri ni. Tambahan pulak bukan setakat Virus M je, Virus T pun kena jugak. Adoiiii apa nak jadi la... So, sebelum kedua-dua virus ni menjadi semakin parah dan kronik, sila lah baca entri mengenai outfit yang aku pakai masa sessi photoshoot bersama Kaio Studio hari tu.
Virus M = Malas 😂
Virus T = Tidur 😂
Busana Muslimah Moden Yang Cantik Di Zacheela |
Kalau korang perasan, masa sessi photoshoot hari tu, aku ada mengenaikan 2 pasang baju kurung moden bersama dengan tudung sekali. Cantik tak baju-baju tu ? Ha, kalau nak tau baju-baju yang aku gayakan tu adalah koleksi pakaian dari Butik Zacheela. Ada dua koleksi yang aku gayakan iaitu Koleksi Fiorella dan Koleksi Bahira. Berikut detail bagi kedua-dua koleksi ni :
Fiorella Printed Kurung |
Koleksi handpainted bermotifkan flora dengan kombinasi warna ungu dan dusty green yang dilakar atas fabrik, menjadikan pemakainya kelihatan sangat manis, ayu dan kelembutan terserlah.
Material :
• Rasetti Silk ( Material sejuk dan super comfy dengan tekstur kain yang premium)
Features:
😍 Corak hand-painted yang eksklusif
😍 Dijahit dengan manik yg unik dan elegan di pergelangan tangan
😍 Wudhu & breastfeeding friendly
😍 Less ironing
😍 Material yang superb best, THORBAIKK !!
😍 Ada eksklusif Metal tag Zacheela
😍 Di pek istimewa dalam Kotak Glamorous Collection
Bahira Printed Kurung |
Bahira Printed Kurung
Koleksi yang diinspirasikan dari corak ‘Modern Geometric’ membawa si pemakai untuk berada dalam kelas tersendiri. Rona biru gelap dan putih adalah kombinasi yang pastinya bakal menyerlahkan lagi keberanian dan keanggunan wanita dalam berfesyen. Corak modern yang sememangnya sesuai digayakan untuk bermacam event dan juga casual. Material yang breathable dan minimal iron menjadikan koleksi ini igauan si cantik manis.
Material:
• Premium Rasetti silk (lembut dan sejuk)
• Hiasan manik pada pergelangan tangan
Features:
😍 Nursing & wudhu friendly (hidden zip)
😍 Less ironing
😍 Material jatuh terletak dan flowy (memberi impak tinggi)
😍 Koleksi dan pattern yang limited (NO RESTOCK!!)
😍 Production overseas factory (International Certified)
😍 Ada eksklusif Metal tag Zacheela
Kalau tak silap aku, Zacheela ni ialah satu jenama pakaian muslimah yang dah ditubuhkan sejak tahun 2013 lagi oleh Tengku Shaheela Tengku Abd Malek. Bermula dengan perniagaan secara online, beliau telah berjaya membuka sebuah butik demi merealisasikan minatnya dalam dunia fesyen dan bisnes. Beliau juga bertuah kerana mendapat sokongan penuh suaminya iaitu Zarkiah Awang Latif. Kini dah ada dua cawangan Zacheela iaitu butik di Keramat Mall, Kuala Lumpur dan Bangi Sentral, Selangor.
Koleksi Zacheela |
Selain dari koleksi Bahira dan Koleksi Fiorella, ada banyak lagi koleksi pakaian yang cantik-cantik belaka di Butik Zzacheela ni. Antaranya adalah Alessandra, Sophia dan Malena. Semuanya mempunyai colour-calour yang pastel kecuali koleksi Alessandra yang berwarna hitam. Semua koleksi ni diperbuat dari material yang berkualiti, selesa, tak panas dan mudah digosok. Bayangkan seharian photoshoot langsung tak rasa panas. Iya, memang studio tu ada penghawa dingin, tapi kalau dah lebih 20 orang dalam studio, campur dengan neves nak photoshoot, mau berlecak gak tu. Nasib baik Zacheela penyelamat.
Lagi satu, masalah utama wanita ni kalau beli baju mesti nak cari tudung sekali kan. Pakaian Zacheela ni pun ada shawl nya skali. Kira sedondon la dengan baju. Jadi tak payah susah-susah kita nak cari tudung yang matching kan. Yang best tudung dia memang senang nak bentuk. So, kalaau korang mencari-cari baju kurung moden yang cantik, Boleh layari website mereka. Jubah dan Cardigan pun ada.
Zacheela.com.my
Facebook :
www.facebook.com/zacheela
Instagram :
@zacheela
Address :
Butik Zacheela, 5-5-02,
Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral,
Bandar Baru Bangi 43650
Selangor
0 Comments