THE WEDDING HERITAGE | BANGLO KAHWIN NO 1 MALAYSIA | Assalamualaikum semua.. Sejak dua tiga menjak ni aku asyik update entri pasal kahwin je kan. Adakah itu tanda-tanda aku bakal menamatkan zaman bujang ?? oh noooooo.... korang jangan salah sangka tau. Bukan sebab aku nak kawen tau tapi just nak sharing dengan korang info mengenai pakej perkahwinan untuk memudahkan korang merancang majlis bahagia korang nanti. Tapi sambil-sambil korang baca entri ni, korang doakan juga la agar aku pun akan bertemu jodoh. Cheq pun nak kahwinnn tauuuuu.... ahaksss.. dah-dah, mengarut je aku ni. Meh baca kat bawah ni pasal pakej yang letops tapi berbaloi di The Wedding Heritagee.
The Wedding Heritage | Banglo Kahwin No 1 Malaysia |
THE WEDDING HERITAGE
Mungkin ramai yang masih belum tahu mengenai kewujudan The Wedding Heritage ni kan. Ok, The Wedding Heritage menampilkan konsep sebagai “Banglo Kahwin No 1 Malaysia” dengan menawarkan pakej lengkap perkahwinan (All In Package) di banglo mewah pada harga yang sangat mampu milik bermula hanya RM9,500 sahaja. Haaa, banglo tau uols, bukan dewan. Ni kira macam kita nak buat majlis kahwin dalam suasana rumah tapi bukan di rumah sendiri. Setelah 2 tahun beroperasi, ada 2 lokasi yang boleh korang pilih untuk pakej The Wedding Heritage iaitu :
The Wedding Heritage |
Cawangan
|
Lokasi
|
Spesifikasi Majlis
|
Villa TWH
“Wedding Venue & Eventspace”
|
Taman Sri Ukay, Ampang |
- “Birthday Party”
- “Product Launching”
- “Open House”
- Berendoi & Aqiqah
- Tunang/Nikah (100-200pax)
- Private reception
*Terhad kepada 500pax
|
Banglo TWH
“Wedding Venue”
|
Seksyen 6, Kota Damansara |
- Malam Berinai
- Nikah
- Night Reception
- Day Reception
- Corporate Open House
*Terhad kepada 2,000pax |
Lima (5) Sebab Kahwin di The Wedding Heritage |
1) FLEKSIBEL
Pengurusan Masa
💦 Pengurusan The Wedding Heritage akan memberikan lebih masa selama 2-3 jam.
💦Ahli keluarga pengantin berpeluang untuk membungkus makanan dan merehatkan diri selama 2-3 jam selepas majlis.
💦Tetamu pula tidak perlu risau jika datang lewat kerana masih boleh bertemu ahli keluarga pengantin.
💦 Seluruh ahli keluarga dan tetamu akan berasa selesa seperti di rumah sendiri.
Bajet
💦 Pengurusan The Wedding Heritage mengeluarkan sebutharga mengikut bajet pengantin.
💦 Kelebihan untuk menempah tarikh hanya dengan deposit sebanyak RM2500 sahaja.
💦 Pengantin diberi masa dan ruang untuk mengumpul bajet perkahwinan sehingga 3 bulan sebelum majlis perkahwinan untuk melakukan pembayaran yang seterusnya
Menu Sampingan
💦 Pelanggan boleh menambah street food seperti kambing golek, apam balik, pisang goreng cheese, abc, asikrim sebagai menu sampingan utk memeriahkan lagi majlis
💦 Pelanggan juga boleh menolak mana-mana item yang tidak diperlukan dan harga akan berkurangan.
💦 Terdapat bilik persiapan pengantin, surau, bilik rehat tetamu, tandas dan ruang tamu bagi keluarga.
💦 Banglo Kota Damansara kita turut mempunyai penginapan homestay 2 hari 1 malam.
💦 Terdapat ruang-ruang sangat selesa bagi ahli keluarga yang sudah berumur atau mereka yang mempunyai anak kecil untuk menyusukan bayi.
💦 Persiapan ahli keluarga seperti berada di rumah sendiri yang mana keperluan asas seperti di hotel. Contohnya, seterika, pemanas air, kelengkapan mandian, tuala malahan lebihan tilam dan bantal turut disediakan
💦 Ada ruang untuk solat berjemaah bersama ketika majlis.
💦 Vendor dan panel yang bernaung di bawah The Wedding Heritage sudah berpengalaman hampir 20 tahun.
💦 Setiap tempahan pelanggan akan diuruskan oleh ‘senior wedding planner’ yang dilantik menjadi ‘floor manager’ pada hari majlis diadakan.
💦 The Wedding Heritage akan memberikan bingkisan idea yang terbaru mengikut trend dan memberikan nasihat yang terbaik utk bakal raja sehari.
💦 Pengurusan turut mennyediakan servis RELA secara percuma untuk mengawal lalulintas semasa majlis dijalankan.
💦Faktor utama pelanggan memilih pakej lengkap untuk melangsungkan majlis perkahwinan di banglo The Wedding Heritage adalah kerana kekangan masa disebabkan komitmen kerja.
💦Pelanggan yang tinggal di kawasan perumahan atau pangsapuri yang tidak mempunyai cukup ruang dan sempit untuk melangsungkan perkahwinan di rumah sendiri sesuai untuk memilih pakej ni
💦 Pelanggan tidak perlu lagi berpenat lelah utk menguruskan perkahwinan mereka kerana harga pakej lengkap yang ditawarkan di banglo The Wedding Heritage adalah paling murah jika dibandingan dengan wedding venue yang lain serta pakej yang ditawarkan sangat menarik serta banyak item percuma diberikan.
💦 Memilih The Wedding Heritage adalah umpama mengadakan “Kahwin Cuci Tangan” bagi pelanggan.
💦 The Wedding Heritage merupakan pilihan utama bagi mereka yang merancang perkahwinan saat akhir.
💦 Walaupun tempoh hanya dua minggu tempahan (jika masih ada tarikh kosong) The Wedding Heritage akan mampu menguruskannya kerana mempunyai vendor yang terbaik dan berkualiti.
💦 Sebagai contoh faktor pindah kerja atau berkahwin dengan kerakyatan luar negara benar-benar mendesak sesetengah pelanggan untuk merancang perkahwinan mereka dalam masa sebulan sahaja.
💦 The Wedding Heritage mempunyai testimoni pelanggan yang melangsungkan perkahwinan saat akhir, namun mendapat pujian daripada tetamu dan pelanggan sendiri kerana telah buat yang terbaik serta mereka sangat berpuas hati.
20 ORANG TERAWAL DENGAN KOD ' BOOKING BLOGGER ' AKAN DAPAT REBATE RM500. SAH SEHINGGA MAC 2017 !!!!
Jadi apalagi, jom booking sekarang uols..
Facebook :
Instagram :
Website :
Telefon :
016-562 9394
0 Comments