HIDANGAN BRIYANI BUFFET LUNCH MURAH DI RESTORAN FLAVORS | Assalamualaikum semua... Salam Jumaat. Alhamdulillah, kita dah hampir sampai ke penghujung bulan Mac dan ada satu petanda baik iaitu GAJI time... haha. Untuk staff staff kerajaan pulak of course la dah gaji kan. Sempena gaji dah masuk ni, apa kata kita pergi makan besar. Tekak ni pulak rasa nak makan nasi Briyani la. Jadi memandangkan hari ni lunch break panjang, apa kata kita pi makan Nasi Briyani kat Swiss-Garden Hotel & Residences KL.
|
Hidangan Briyani Buffet Lunch Murah Di Restoran Flavors |
Selain hidangan Nasi Briyani, ada juga pelbagai
menu sampingan tau. Ada mee goreng mamak, roti canai, pasta, roti, salad, dan pelbagai jenis kek dan buah-buahab sebagai pencuci mulut. Teh tarik pun ada tau. Ha, berbaloi tau makan kat sini. Kalah makan kat kedai mamak. Rasa nasi briyani kat sini pun sedap tau sebab segala ramuan yang digunakan adalah dibuat sendiri oleh
Chef Pamela mengikut resepi yang diturunkan oleh ibunya. Patut la sedap nasi briyani kat sini. Ni pun sambil taip masih teringat keenakannya.
|
Mee Goreng dan Pasta |
|
Ulaman dan salad |
|
pelbagai jenis desserts |
Bila tunjuk menu-menu untuk hidangan Briyani Buffet Lunch kat Restoran Flavors yang terletak di Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur ni, mesti korang tertanya-tanya kenapa aku cakap murah kan. Ok, korang rasa la, dengan semua menu ni ditambah pula suasana ruang makan yang selesa berbaloi tak dengan harga RM60 nett untuk 2 orang? Kira RM30 ler seorang (tapi kalau pergi seorang tetap RM60 tau. So, sila datang bawak partner.. hehe). Murah kan. Bagi aku sangat berbaloi sebab nasi briyani pun ada pelbagai pilihan, siap ada menu tambahan yang lain lagi. Belum lagi dessert yang banyak, buah-buahan dan special teh tarik lagi. Fuhhh... mau duduk sampai pukul 3 kat sini. So, apa kata ajak family atau kawan satu ofis mai makan kat sini setiap hari Jumaat tau. Kat mana ? rujuk info kat bawah.
|
Restoran Flavors, Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur |
Lokasi :
Restoran Flavors
Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur
117, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon :
Tel : 603 - 2785 1111
Harga :
RM60 nett seorang
*seorang RM60 dapat percuma untuk seorang lagi
0 Comments