BUFFET RAMADHAN 2017 : NOOK ALOFT KUALA LUMPUR SENTRAL | Assalamualaikum semua.. Lokasi Buffet Ramadhan 2017 kedua yang hakak nak share adalah di Restoran Nook yang terletak di dalam hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral. Bakal menghidangkan Nook's A-List Ramadhan Buffet, hakak pasti semua menu yang dihidangkan akan memikat selera terutama setelah seharian berpuasa.
|
Buffet Ramadhan 2017 : Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral |
Hidangan buffet Ramadhan pada tahun 2017 ini terdapat lebih kurang 150 menu yang akan dimasak dan diketuai oleh Chef Ahmed Zaki Bin Harun. Ada macam-macam menu tau dan pastinya semua menu ni terbaik dari ladang.. eh, dari ladang pulak ye, haha bukan bukan.. of course dari team Chef di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral la.
|
Nook's A-List Ramadhan Buffet |
Apa menu special kat sini? Ha, dah tentu la Nasi Kambing Sumbat. Ini la juga menu pertama yang aku amik sebab tak tahan tengok kambing tu memanggil-manggil. Rasa dia memang sedap, kena pula dengan nasinya yang dimasak dan disumbat dalam perut kambing tu.. Nasi dia pun sedap, tak sama macam nasi briyani kambing. Memang kena la rasa dia sebagai hero kepada menu utama.
|
Nasi Kambing Sumbat |
Lagi satu signature dish kat sini adalah Slow Braised Beef Shin Rendang. Menu ni dimasak agak lama iaitu dalam tempoh 7 jam ye dan menjadikan rempah ratus yang digunakan menyerap dengan sebati ke dalam daging. Bayangkan betapa empuk dan lembutnya daging dia... yummyyy
|
Slow Braised Beef Shin Rendang |
Selain menu Nasi Kambing Sumbat, ada bermacam-macam lagi menu lain seperti Nasi Ayam, Nasi Lemak, Bubur, Bubur Lambuk, Ayam Percik, Ayam Masak Merah, Gulai Kambing, Gulai Itik, Kari Ketam, dan Kari Kepala Ikan. Ada juga menu sampingan selain dari nasi seperti Satay, Lamb Shish Kebab with Pita, Murtabak,Roti Canai, Cucur Udang, Cucur Cempedak, Keropok Udang dan Keropok Ikan.
|
Sea Bass with 3 Flavoured |
|
Patin Masak Tempoyak |
|
Chicken Sambal With Sticky Bean |
|
Crab Curry |
|
Antara lauk pauk yang dihidangkan |
Selain dari menu makanan tradisi melayu, buffet ramadhan di Nook Aloft KL Sentral ada juga menyediakan menu masyarakat Cina, India dan juga menu barat seperti
Wok-fried Teriyaki Char Siew Chicken Fillet With Green Leek, Steamed Whole Sea Bass With Ginger Sauce, Lamb Pot Pie, Seafood Mousaka, Barbeque Wings dan macam-macam lagi.
|
Steamed Whole Sea Bass With Ginger Sauce |
|
Barbeque Wings |
|
Sea Bass With Mango And Dragonfruit Salsa |
|
Salad Corner |
|
Seafood Corner |
|
Lamb Pot Pie |
Untuk
dessert pun ada macam-macam kat sini. Dari kuih muih tradisional melayu hinggalah dessert barat. Semuanya menggiurkan. Ada
Dodol, Kuih Bahulu, Kuih Koci, ABC, Sago Gula Melaka, Creme Caramel, Salted Caramel, Brownies Slices, Marble Cheesecake Slices, Lychee Fruit Jelly, Chilled Lemon Lychee Longan and Crunchy Bean, Hot Almond Cream with Roasted Almond Flakes. Uish.. kecur liur sambil taip ni.. hehe
|
Pelbagai jenis dessert |
Dari segi ruang makan kat dalam Restoran
Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral ni bagi aku sangat selesa dan cantik. Bertemakan warna hijau putih, nampak sejuk je mata memandang. Ada ruang untuk berkumpulan dan ada ruang untuk privasi kalau ingin berdua. Paling best, lokasi Aloft Kuala Lumpur Sentral ni bersebelahan je dengan
KL sentral & Nu Sentral, jadi mudah la nak ke sini. Naik Lrt atau Komuter pun boleh. Tak payah susah-susah tempoh jem... hehe.
|
Ruang Makan berkumpulan |
|
Ruang makan untuk 2-4 orang |
Bagi korang yang berminat nak berbuka puasa di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral, Buffet Ramadhan mereka akan bermula pada 29 May 2017. Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral akan menyediakan menu berbeza dan akan bergilir setiap hari sepanjang bulan Ramadhan nanti. Untuk maklumat lanjut sila rujuk info di bawah :
Harga Buffet Ramadhan 2017 di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral :
RM135 nett dewasa
RM67.50 nett kanak-kanak
--------------------------------------------------------------------------------------------
Promosi Early Bird
Beli Baucer buffet 15 April 2017 - 28 May 2017
RM100++ per Baucer
RM90++ melebihi 36 Baucer
Telefon Tempahan :
03-27231188
Email :
marketing@chakri.com.my
Website :
0 Comments