BUFFET RAMADHAN 2017 : SELERA THAI DI THE IMPERIAL CHAKRI PALACE

BUFFET RAMADHAN 2017 : SELERA THAI DI THE IMPERIAL CHAKRI PALACE | Assalamualaikum semua.. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan dah kan. Cepatnya masa berlalu. Dah ganti puasa ke?? Ha, kalau dah, boleh la start usha untuk buffet Ramadhan kan. Okey, untuk review buffet yang pertama bagi tahun 2017 ni adalah di The Imperial Chakri Palace, KLCC. 

Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace
Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace

Bertemakan "Tantalizing Tastes of Thailand", pasti akan memikat hati penggemar-penggemar makanan Thai. Terdapat lebih kurang 50 jenis menu makanan bakal dihidangkan. Bermula dari pembuka selera hingga ke pencuci mulut. Korang pernah cuba makan Mieng Kam? Ha, kat sini ada tau. Memang korang kena try kalau datang sini. Selain tu ada juga Thai Mango Salad, Thai Papaya Salad, Crispy Morning Glory, Samosa, Crispy Thai Spring Rolls, Thai Crispy Fried Noodles dan banyak lagi pembuka selera Thai  ada kat sini.

Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace
Mieng Kam

Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace
Thai Mango Salad

Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace
Crispy Morning Glory

Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace
Glass Noodles Seafood Salad

Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace
Samosa

Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace
Karipap dan tauhu goreng

Untuk sajian utama pula, ada pelbagai jenis menu lauk pauk disediakan dan boleh dimakan dengan nasi putih ataupun nasi beriani. Antaranya ada "Lamb in Thai Green Curry" (Kambing Kari Hijau Thai) , "Prawn with Butter Sauce topped with Salted Egg" (Udang Bersama Sos Mentega dan Telur Masin), "Stir Fried Squid with Salted Egg" (Sotong Goreng Dengan Telur Masin) , "Tomyam Seafood" (Tomyam Makanan Laut), "Beef with Black Pepper Sauce" (Daging Masak Lada Hitam) dan "Fish with Sweet & Spicy Sauce" (Ikan Masak Manis & Pedas). Tak lupa untuk penggemar makanan melayu, kat sini pun ada dihidangkan pelbagai jenis menu seperti "Rendang Daging Tok", "Masak Lemak Gulai Daging", "Ayam Kapitan" dan macam-macam lagi.

Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace
Meja buffet

Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace
Antara lauk pauk yang dihidangkan

Selain dari nasi, ada juga menu-menu ringan yang istimewa seperti "Tomyam Noodles", Satay ayam dan daging, Ikan Bakar dan Thai Laksa. Kalau untuk pencuci mulut pulak ada hidangan pencuci mulut yang terkenal dari Thailand, seperti "Red Ruby Waterchestnut", "Thai Mango Sticky Rice" (Pulut Mangga) dan juga pencuci mulut seperti kuih-muih melayu seperti bubur jagung & pisang dan lain-lain. Aku paling suka Thai Mango Sticky Rice kat sini sebab rasa pulutnya lemak-lemak dan mangga dia manis. Memang sedap..

Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace
Tom Yam & Satay Corner

Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace
Kuih

Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace
Thai Coconut Jelly

Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace
Mee Krob

Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace
Thai Mango Sticky Rice

Seriusly bagi aku makanan kat The Imperial Chakri Palace KLCC ni memang sedap. Kalau nak tahu dah 3 tahun berturut-turut aku cuba menu Buffet Ramadhan kat sini dan rasa makanannya still sama. Bagus la diorang sebab dapat mengekalkan kualiti rasa. Suasana dalam restoran pun selesa dan bercirikan seperti di Thailand. Untuk kemudahan tandas dan surau pun tak perlu risau kerana lokasi restoran ni terletak di dalam KLCC.

Buffet Ramadhan 2017 : Selera Thai Di The Imperial Chakri Palace
Ruang Makan

Bagi korang yang berminat nak berbuka puasa di The Imperial Chakri Palace KLCC dan The Imperial Chakri Palace Pavilion, Buffet Ramadhan mereka akan bermula pada 30 Mei 2017The Imperial Chakri Palace akan menyediakan tiga menu berbeza dan akan bergilir setiap hari sepanjang bulan Ramadhan nanti. Untuk maklumat lanjut sila rujuk info di bawah :

Harga Buffet Ramadhan 2017 The Imperial Chakri Palace KLCC : 
RM95.90++ dewasa
RM49.90++ kanak-kanak (berumur 6-10 Tahun) & warga emas

--------------------------------------------------------------------------------------------

Harga Buffet Ramadhan 2017 The Imperial Chakri Palace Pavilion : 
RM85.90++ dewasa
RM42.90++ kanak-kanak (berumur 6-10 Tahun) & warga emas

Buffet bermula pukul 7.00 malam dan seterusnya.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Promosi Early Bird

Beli Baucer buffet sebelum 30 Mei 2017
 RM75.90++ (Dewasa) (KLCC)  
RM65.90++ (Dewasa) (Pavilion)

** Pesanan minimum 4 Orang 
** Tawaran sah digunakan untuk tempoh dari 10 April 2017 sehingga 30 Mei 2017.
** Tempahan berkumpulan - BELI 5 PERCUMA 1

Telefon Tempahan :
03 23827788 (KLCC)
03 21431141(Pavilion)
016 2277182 (h/p)

Email :
marketing@chakri.com.my 

Website :





Post a Comment

1 Comments