#GETACTIVE DENGAN WATSONS VIP CARD | Assalamualaikum semua.. Semalam aku berkesempatan pergi ke Majlis Pelancaran #GETACTIVE anjuran Watsons Malaysia sempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia. Walaupun aku ni bukan la jenis yang suka bersenam tapi sape yang tak nak sihat oii... iye tak. So, bagus juga inisiatif pihak Watsons Malaysia untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat.
#GETACTIVE Dengan Watsons VIP Card |
Dalam majlis ni, pihak Watsons Malaysia juga turut memperkenalkan duta #GETACTIVE yang terdiri dari 4 orang selebriti dan ahli sukan iaitu :
😍 Ann Osman - Atlet Wanita MMA Fighter yang pertama
😍 Lenna Lim - Pelakon dan Cyclist
😍 Kit Mah - Jurulatih Kecergasan
😍 Mark O'dea - Model dan Pengulas Sukan
Yang bestnya, Duta #GETACTIVE Watsons Malaysia ni turut berkongsi tips kesihatan peribadi mereka termasuk diet dan senaman, dan juga aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan untuk memastikan tubuh mereka kekal aktif dan cergas. Meh aku nak share apa pandangan mereka dan juga orang kuat Watsons mengenai #GETACTIVE untuk Watsons VIP Card :
Caryn Loh dan Danny Hoh bersama Duta #GETACTIVE |
"Watsons Malaysia sekali lagi melangkah kaki ke hadapan dengan kempen kesihatan ini. Dengan sokongan daripada rakan niaga utama dan melalui program kesetiaan yang menyeluruh dengan pelanggan kami, kami berharap kempen ini akan menyuntik hidup yang sihat di dalam diri setiap rakyat,"
- Caryn Loh, Pengurus Besar dan Ketua Watsons Malaysia -
"Kami memanfaatkan kempen #GETACTIVE dengan Rakan Selebriti Watsons yang sesuai dengan karier dan ideal untuk mewakili kempen dalam bidang masing-masing. Dan kami berharap melalui pengaruh dan kehidupan mereka, rakyat Malaysia secara umumnya juga dapat mengikut langkah dan mengambil inspirasi bersama untuk #GETACTIVE dengan Watsons, "
- Danny Hoh, Pengarah Pelanggan, Watsons Malaysia -
Lenna Lim, Pelakon |
"Dengan jadual saya yang ketat sebagai pelakon, saya sentiasa membuat ia satu titik untuk menghabiskan masa saya untuk bersenam. Hobi saya ialah berbasikal dan saya kerap melakukannya setiap minggu, dan ini adalah cara yang terbaik untuk saya mengekalkan kecergasan saya dan pada masa yang sama juga saya dapat menenangkan fikiran dan lebih relax"
- Lenna Lim, Pelakon -
Ann Osman, Wanita Pertama Untuk Pro MMA Fighter |
"Dalam sukan ini yang kebanyakannya dikenali untuk menjadi agresif, ia adalah motivasi bagi saya untuk pergi satu langkah ke hadapan dengan bekerja keras dan lebih berdedikasi. Sebaik-baiknya ia adalah disiplin yang anda perlukan untuk menjalani gaya hidup yang sihat dengan makanan yang seimbang dan senaman."
- Ann Osman, Wanita Pertama Untuk Pro MMA Fighter -
Kit Mah, Jurulatih Kecergasan |
"Tiada sebarang alasan apabila ia melibatkan untuk menjalani dan mempunyai diet yang sihat kerana tubuh anda memerlukan perhatian dari diri sendiri. Oleh itu, kita perlu meluangkan masa untuk bersenam dan tidak memberi alasan ketika memperuntukkan masa untuk diet yang sihat dan baik."
- Kit Mah, Jurulatih Kecergasan -
Cabaran Fitness |
Ha, lepas habis je majlis tu terus kami buat aktiviti bersenam. Masing-masing bersemangat nak melakukan cabaran Fitness yang sediakan seperti punching, lunges, pumping, squad dan paling best mengayuh basikal demi secara air tembikai. Gigih mengayuh laju-laju untuk menggerakkan blender air tu... haaa... baru la sihat kan.. Kami dibahagi kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan akan ada seorang Duta #getactive untuk menjadi memangkin kumpulan. Akhirnya kumpulan Light Green memenangi cabaran. Tahniah team Light Green.
team Light Green |
Sape ada Watsons VIP Card ni angkat tangan !!.. Ape ?? belum ada?? huhu sama la kita sebab aku pun tahu pasal kad ni semalam. Tapi don't worry, masih belum terlambat untuk dapatkan kad ni. Jom pergi ke cawangan Watsons yang berhampiran dan daftar sebagai keahlian. Setiap keahlian baru akan dapat Voucher Watsons sehingga RM300 dan bila keahlian diaktifkan, 500 VIP point akan dimasukkan dalam kad korang. Lepas tu boleh la kita redeem pelbagai jenis rewards untuk Health Club, Dining, Travel, Beauty dan macam-macam lagi. Perghh.. berbaloi-baloi tau. Selain tu, ada 8 kelebihan utama untuk Watsons VIP Card ni iaitu :
Watsons VIP Card |
😍 Keahlian untuk seumur hidup
😍 Pelbagai tawaran istimewa #watsonsrewards di lebih 1,000 cawangan rakan niaga
😍 Dapat 1 mata ganjaran bagi setiap pembelian RM1 di Watsons
😍 Boleh tebus mata ganjaran untuk pembelian, 200 points bersamaan RM1
😍 2 kali ganda mata ganjaran bagi setiap produk Watsons
😍 5 kali ganda mata ganjaran untuk bulan kelahiran
😍 5 kali ganda mata ganjaran apabila bayar menggunakan Watsons VIP Card
😍 Diskaun istimewa untuk produk kesihatan yang terpilih
Antara rakan niaga yang bekerjasama dengan Watsons untuk ganjaran Watsons VIP Card adalah :
Rakan niaga yang bekerjasama dengan Watsons |
Amazin' Grace
|
Ash Be Nimble
|
Ballop
|
Bella
|
Blissful Presence
|
Cat & The Fiddle
|
Celebrity Fitness
|
Clari Sound
| Dah Makan |
Double Tree By
Hilton |
Makan Kitchen
|
Dubu Yo
|
Emirates
|
Eu Yan Sang
|
Fave
|
Fitness Concept
|
Great Southern
|
Happy Fun Asia
|
Hei Sushi
|
Hutchgo.com
|
Kenny Rogers
|
La Juiceria
|
LifeCare
|
Marie France
Bodyline |
mh Hotels
|
Men's Skin
Centres |
Mah Sing
|
Lost World Of
Tambun |
Ogawa
|
Pancake House
|
Pappa Delivery
|
Peak Fitness
|
PINK by Pure
Beauty |
Pure Beauty
|
Sakae Sushi
|
Sepiring
|
Spine & Joint
|
St Dental
|
Sunway Lagoon
|
Takasima
|
The Chicken Rice
|
Thermos
|
Zun Kitchenette
|
Zun Express
|
So, apa tunggu lagi. Jom apply Watsons VIP Card ni sekarang untuk menikmati lebih banyak ganjaran di samping kita menjaga kesihatan untuk kekal sihat dan cergas. yihaaaa... untuk maklumat lanjut boleh layari :
0 Comments