ADA APA DI V E HOTEL & RESIDENCE BANGSAR SOUTH | Assalamualaikum semua... Amacam, dahsyat tak tajuk? Dah macam ala-ala Filem Ada Apa Dengan Cinta la pulak kan. Tapi nni versi aku. Lokasi bukan di Yogjakarta, Indonesia tapi di V E Hotel & Residence, Bangsar South Kuala Lumpur. Best ke tak? Harus la best weii sebab hotel ni dah la baru, cantik pulak tu. Nak datang ke sini pun senang sebab tak jauh dari stesen LRT Kerinchi.
Macam biasa la, kalau bab stay hotel ni mesti la dengan geng Projek Travel. Tapi kali ni, selain dari bercuti, kami ada misi untuk membuat Surprise Birthday Party untuk salah seorang admin Projek Travel dan juga Sahabat PT iaitu Penaberkala dan Yazid Izzat. Jadi kami memilih untuk menginap di V E Hotel & Residence..
Kat V E Hotel & Residence ni ada 2 bahagian, satu hotel dan satu lagi unit residence. Kami pilih yang residence sebab unitnya sama seperti rumah dan ada banyak kemudahan di dalam nya. Untuk lelaki kami pilih unit yang mempunyai 2 bilik yang terletak di Level 22 manakala untuk perempuan unit yang mempunyai 1 bilik yang terletak di Level 29.
So, kalau bab-bab menginap hotel ni, dah tentu la aku dengan partner pillow talk aku, tak lain tak bukan Mek Cakk @ Mekonie. Sebabnya dalam team PT ni 2 aje bunga yang available. Tah bila nak bertambah bunga ni pun tak tahu la... hehe. Tapi seronok jugak bila berdua, senang nak membawang.. eh.. haha.. Dah-dah, jangan nak mengarut. Jom tengok kemudahan dalam unit kami.
Ruang Tamu - Bila bukak aje pintu, terus nampak ruang tamunya yang luas. Kat ruang tamu ni ada disediakan perabut sofa dan TV. Beberapa channel TV juga disediakan termasuk Channel Movie. So, xde la bosan sangat kan. Malam tu kami siap layan cerita hantu tau.. hehe
Ruang Dapur - Kat bahagian tepi pintu pula ada dapur yang comel lengkap dengan kitchen cabinet dan juga peralatan elektrik seperti peti ais dua pintu, microwave, mesin basuh dan pengering, serta dapur. Pinggan mangkuk dan periuk pun ada sekali. Jadi, mudah la nak masak kan. Sesuai sangat untuk yang datang bersama family. Jimat boleh masak. Meja makan pun ada tp saiz comel je la.
Bilik Tidur - Unit yang kami dapat ni ada 1 je bilik tapi ok la sebab kami kan berdua aje. Yang unit uuk lelaki ada dua bilik tidur. So, nanti terpulang la korang nak pilih yang mana. Harga? of course la berbeza kan. Bilik ni attached dengan wardrobe dan juga bilik air. Dalam bilik pun ada TV juga. So, tak perlu berebut dengan TV kat luar ye.
Bilik Air - Kalau korang nak tau, bilik air ni sangat luas okey.. Dengan berkonsepkan moden, memang selesa la nak buat sebarang aktiviti personal dalam ni. Aktiviti ape yang aku maksudkan pepaham sendiri la ekk.. tapi memang suka giler bilik air ni. Walaupun takde bathtub tapi pancuran air dia best. Rasa macam mandi hujan tau.
Kemudahan Wifi - Tak lengkap kalau ke mana-mana tapi tak ada kemudahan internet kan. Penting woo internet ni. But dont worry. Internet kat dalam bilik laju weiiii.. Memang mudah buat kerja kat sini especially untuk aku yang bergelar VJ VOOV ni. Tak lag langsung. Puas hati dengan kelajuan internet kat sini.
Tu cerita bab dalam unit kami je. Sebenarnya bangunan V E Hotel & Residence mempunyai 337 bilik hotel & 95 buah kediaman diservis. Manakala untuk kemudahan lain pula, harus la ada juga. Berikut senarai kemudahan yang ada di dalam bangunan V E Hotel & Residence untuk kegunaan pelanggan yang menginap di sini :
😍 24 Jam gimnasium, sauna & bilik persalinan
😍 Concierge 24-jam
😍 Sarapan pagi percuma di The Straits Estate
😍 Akses WiFi percuma
😍 Tempat letak kereta percuma
😍 Gymnasium kolam renang infiniti & kolam randuk kanak-kanak
😍 Santapan di dalam bilik
😍 Kemudahan mesyuarat dan acara menampung sehingga 2,000 tetamu
😍 Bar tepi kolam
😍 Anju Spa
😍 Servis ulang-alik dalam kawasan Bangsar South
Kalau nak jenjalan pun mudah kerana lokasi V E Hotel & Residence sangat strategik iaitu terletak di dalam Kawasan Bangsar South. Actually bangunan V E Hotel & Residence ni juga berhubung dengan bangunan Nexus Bangsar South. Kat situ ada banyak restoren juga, so boleh la lepak-lepak kat situ.
Walaupun kami tinggal hanya untuk satu malam, tapi bila dah dok beramai-ramai memang best la. So, kalau korang nak cari tempat untuk berkumpul bersama family, ataupun nak holiday dengan teman-teman, boleh la menginap di V E Hotel & Residence yang menjanjikan penginapan yang sangat memuaskan di Kuala Lumpur serta ini adalah penginapan 4 bintang serta reka bentuk yang estetik. Harga ? rujuk bawah ni
Lobby V E Hotel & Residence |

My pillow talk partner Mekonie |
Ruang Tamu - Bila bukak aje pintu, terus nampak ruang tamunya yang luas. Kat ruang tamu ni ada disediakan perabut sofa dan TV. Beberapa channel TV juga disediakan termasuk Channel Movie. So, xde la bosan sangat kan. Malam tu kami siap layan cerita hantu tau.. hehe
Ruang tamu |
Santai di ruang tamu |
Ruang Dapur - Kat bahagian tepi pintu pula ada dapur yang comel lengkap dengan kitchen cabinet dan juga peralatan elektrik seperti peti ais dua pintu, microwave, mesin basuh dan pengering, serta dapur. Pinggan mangkuk dan periuk pun ada sekali. Jadi, mudah la nak masak kan. Sesuai sangat untuk yang datang bersama family. Jimat boleh masak. Meja makan pun ada tp saiz comel je la.
Ruang Dapur |
Walaupun ruang dapur kecil tapi selesa |
Bilik Tidur - Unit yang kami dapat ni ada 1 je bilik tapi ok la sebab kami kan berdua aje. Yang unit uuk lelaki ada dua bilik tidur. So, nanti terpulang la korang nak pilih yang mana. Harga? of course la berbeza kan. Bilik ni attached dengan wardrobe dan juga bilik air. Dalam bilik pun ada TV juga. So, tak perlu berebut dengan TV kat luar ye.
Bilik Tidur dengan katil yang selesa dan empuk |
Acah-acah kemas padahal tak sabar nak landing.. miahaha |
Dalam bilik tidur pun ada TV tau |
Bilik Air - Kalau korang nak tau, bilik air ni sangat luas okey.. Dengan berkonsepkan moden, memang selesa la nak buat sebarang aktiviti personal dalam ni. Aktiviti ape yang aku maksudkan pepaham sendiri la ekk.. tapi memang suka giler bilik air ni. Walaupun takde bathtub tapi pancuran air dia best. Rasa macam mandi hujan tau.
Bilik air yang selesa |
Kemudahan Wifi - Tak lengkap kalau ke mana-mana tapi tak ada kemudahan internet kan. Penting woo internet ni. But dont worry. Internet kat dalam bilik laju weiiii.. Memang mudah buat kerja kat sini especially untuk aku yang bergelar VJ VOOV ni. Tak lag langsung. Puas hati dengan kelajuan internet kat sini.
V E Hotel & Residence |
Tu cerita bab dalam unit kami je. Sebenarnya bangunan V E Hotel & Residence mempunyai 337 bilik hotel & 95 buah kediaman diservis. Manakala untuk kemudahan lain pula, harus la ada juga. Berikut senarai kemudahan yang ada di dalam bangunan V E Hotel & Residence untuk kegunaan pelanggan yang menginap di sini :
😍 24 Jam gimnasium, sauna & bilik persalinan
😍 Concierge 24-jam
😍 Sarapan pagi percuma di The Straits Estate
😍 Akses WiFi percuma
😍 Tempat letak kereta percuma
😍 Gymnasium kolam renang infiniti & kolam randuk kanak-kanak
😍 Santapan di dalam bilik
😍 Kemudahan mesyuarat dan acara menampung sehingga 2,000 tetamu
😍 Bar tepi kolam
😍 Anju Spa
😍 Servis ulang-alik dalam kawasan Bangsar South
gimnasium |
Selfie je, tak main pun gym.. haha |
Anju Spa |
Infinity pool |
Bar tepi kolam |
Kat sini la kami breakfast next morning |
Muka lapor + tak sabar nak terjun kolam.. haha |
Kalau nak jenjalan pun mudah kerana lokasi V E Hotel & Residence sangat strategik iaitu terletak di dalam Kawasan Bangsar South. Actually bangunan V E Hotel & Residence ni juga berhubung dengan bangunan Nexus Bangsar South. Kat situ ada banyak restoren juga, so boleh la lepak-lepak kat situ.
Laluan dari bangunan Nexus Bangsar South menuju ke V E Hotel & Residence |
Walaupun kami tinggal hanya untuk satu malam, tapi bila dah dok beramai-ramai memang best la. So, kalau korang nak cari tempat untuk berkumpul bersama family, ataupun nak holiday dengan teman-teman, boleh la menginap di V E Hotel & Residence yang menjanjikan penginapan yang sangat memuaskan di Kuala Lumpur serta ini adalah penginapan 4 bintang serta reka bentuk yang estetik. Harga ? rujuk bawah ni
One bedroom Executive: RM392+ per night
Two bedroom Executive: RM488+ per night
BERITA BAIK 📣📣
Sempena 1st Anniversary V E Hotel & Residence, ada promosi istimewa tau. Rujuk bawah ni
Alamat:
V E Hotel & Residence,
Bangsar South City,
No. 8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur.
Nombor Telefon:
+603 2246 2888
Laman Web:
E-mel:
info@vehotel.com
Media Sosial:
6 Comments
Wowww mmg best laa.. Syafi mesti suka ni
ReplyDeleteboleh ajak family menginap sini
DeleteMe and my Dad pernah plan untuk take a day in a month to stay in one of the hotels in Kuala Lumpur. Just to experience it. Entah bila boleh buat, tak tahulah. Sampai dah kahwin ni pon, no progress haha.
ReplyDeletelepas ni ajak hubby pulak.. hihi
Deleterasa nak stay lagi untuk kedua kalinya weh.... best dan selesa walaupun ditengah bandar Bangsar yang jem tu...
ReplyDeletebest kannn... deko pun cantikk
Delete