BUFFET RAMADHAN 2017 : QUALITY HOTEL CITY CENTRE KUALA LUMPUR | Assalamualaikum semua.. Hari ni kita kembali berkongsi cerita mengenai lokasi berbuka puasa. Bukan apa, mana tau ada di antara pembaca kat sini tengah berfikir nak berbuka kat mana kan petang ni. So, meh aku suggest satu lakgi lokasi iaitu di Benteng Coffee House, Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur. Lokasi hotel ni sangat dekat dengan stesen LRT Bandaraya. So, bagi sesiapa yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, boleh nak LRT aje. So, mudah la nak ajak kengkawan pergi berbuka di hotel kan.
Buffet Ramadhan 2017 di Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur |
Untuk tahun 2017 ni, Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur menampilkan buffet ramadhan dengan bertemakan 'Juadah Berbuka Puasa, Tradisi Masakan Bonda'. Terdapat lebih kurang 100 variasi menu dari pembuka selera sehingga pencuci mulut bakal dihidangkan kepada para pengunjung. So, bagi sesiapa yang tak dapat pulang ke kampung boleh la datang ke sini untuk merasai menu macam mak kita masak. Antara menu yang ada kat sini adalah Nasi Beriyani, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas, Lala Goreng Berlado, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ayam Kapitan, Pajeri Nenas, Ikan Bawal Masak Tomato, Kambing Kuzi, Ikan Keli Sambal, Pucuk Manis Masak Lemak Keledek dan pastinya ada Kambing Bakar Meletop..
Paru Berlada |
Sotong Paprik |
Lala Goreng Berlado |
Sayur Campur Goreng Dengan Fucuk |
Daging Hitam Manis Mamak Style |
Ikan Tenggiri Kari dengan Bendi |
Ayam Masak Ros |
Kambing Bakar Meletop |
Adusss, bila tengok menu teringat mak kat kampunggg.. huhu.. Ni yang rasa nak balik kampung ni.. 😍. Eh, cop ada lagi tau menu lain kat sini. Tapi yang bestnya Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur telah menyediakan 15 gerai makanan yang menyajikan hidangan Ramadan kegemaran untuk membangkitkan suasana seperti bazaar. Antaranya gerai Nasi Ayam, gerai Laksa, gerai Keropok Lekor dan Pisang Goreng, gerai Sup Gear Box, Sup Ikan, gerai Roti John, Murtabak Ayam dan Roti Canai serta ada banyak lagi.
gerai Keropok Lekor dan Pisang Goreng |
gerai Nasi Ayam |
gerai Laksa |
Sup Gear Box |
Ya ampunn.. lapar pulak tengok makanan ni.. huhu... Tapi belum habis lagi. Ada banyak lagi menu kat Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur ni. Ada juga disediakan pelbagai pilihan pembuka selera dan salad seperti Kerabu Nangka Muda, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Ikan Masin Goreng, Telur Ikan Goreng, Udang Goreng Berempah dan banyak lagi. Tak lupa pada lemang, ketupat palas dan serunding pun ada. Dah macam raya plak.. hehe
Pelbagai jenis kerabu |
Lemang, ketupat palas dan serunding |
Tak lengkap rasanya kalau makan buffet tapi takde desserts kan. Kat sini pun ada disediakan pelbagai jenis desserts dan juga kuih muih melayu yang pastinya membuat kita rasa tak mau berhenti makan. Buah-buahan dan kurma pun ada. Jangan risau kalau rasa kenyang, berhenti sebentar lepas tu boleh sambung makan lagi... hehe
Pelbagai jenis desserts dan kuih muih |
Iftar di Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur |
Harga Buffet Ramadhan 2017 di Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur
RM72++ untuk dewasa
RM52++ untuk kanak-kanak
--------------------------------------------------------------------------------------------
Telefon :
03-26148000
03-26148026
03-26148033
Facebook :
Instagram :
Twitter :
Website :
0 Comments