BUFFET RAMADHAN 2017 : RESTORAN POT & PAN PICC PUTRAJAYA | Assalamualaikum semua... Cakk, muncul lagi hari ni nak share pasal Buffet Ramadhan bagi tahun 2017 ni. Setakat ni dah ada 4 lokasi yang aku share kat dalam blog ni. So ini lokasi yang ke-5. Bukan apa, mudah korang nak pilih or tengok menu yang ada. Lokasi kali ni adalah di Restoran Pot & Pan yang terletak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). So, orang-orang sekitar Putrajaya boleh la mai sini nanti untuk berbuka puasa.
Bagi buffet ramadhan 2017 ni, Restoran Pot&Pan, PICC Putrajaya sekali lagi berkongsi kemeriahan berbuka puasa dengan mempromosikan hidangan buffet yang menawarkan sehingga 300 juadah hasil masakan chef berpengalaman dari PICC. Juadah yang disediakan untuk tahun ni bertemakan "International Iftar" yang akan menampilkan hidangan menu-menu antarabangsa tapi jangan risau masih juga ada hidangan warisan melayu.
MENU BUFFET RAMADHAN DI RESTORAN POT & PAN PICC PUTRAJAYA
Menu Utama : Nasi Briyani Buloh, Kaki Lembu Panggang dan Ikan Bakar Istimewa, Kari Kambing Rusuk Nangka Muda, Kari Ikan Tenggiri Tomato & Bendi, Rendang Tok, Daging Hitam Manis & Nasi Dagang, Aneka Jenis Sup, Aneka Mee, Makanan Arab, Nasi kerabu, Daging Bakar, Ayam Percik, dan juga Solok Lada.
Pemanis Mulut : Pengat Nangka, Pengat Pisang, Bubur Kacang Hijau Durian, Talam Cendol, Kuih lapis, Wajik Durian, Talam keladi, Putu Mayam dengan Gula Melaka, Kek Pandan, Tat Keju, Pulut Mangga, Puding Coklat
Ni baru sikit je tau. Nanti bulan puasa ada banyak lagi menu yang akan dihidangkan. Nanti korang kena rasa nasi briyani dalam buloh dan juga ikan bersalut garam batu sebab hidangan ni unik dan special kat sini.
Bagi memeriahkan suasana berbuka puasa, sepanjang bulan Ramadhan nanti pengunjung juga akan dihiburkan oleh artis undangan iaitu Rosma AF yang akan membuat persembahan dengan alunan lagu-lagu yang merdu dan best-best. Sape tak kenal dengan Rosma kan, salah seorang peserta AF musim pertama.
Selain itu, pihak pengurusan juga sksn mengagihkan 1,000 bungkus bubur lambuk percuma kepada orang ramai sekitar Putrajaya bermula dari jam 4.00 petang sehingga 5.00 petang pada 29 Mei 2017 di pintu masuk utama PICC.
HARGA BUFFET RAMADHAN DI RESTORAN POT & PAN PICC PUTRAJAYA
Harga Buffet Ramadhan 2017 di Restoran Pot&Pan, PICC Putrajaya
RM98 untuk dewasa
RM49 untuk kanak-kanak
--------------------------------------------------------------------------------------------
Promosi Early Bird
13 April sehingga 15 Mei 2017
Diskaun 15%
Tempahan di Ticket Online
21 April sehingga 15 Mei 2017
Diskaun 20%
Telefon :
03-8887 6000
Email :
enquiry@pcs.my
Facebook :
Twitter :
Website :
0 Comments