BUFFET SELERA MUHIBAH DI RED BOX PLUS BERSAMA AWANG BRAND | Assalamualaikum semua.. selalu aku dok share pasal buffet ramadhan di hotel je kan. Ha, kali ni aku nak share kat satu lokasi yang berlainan pulak iaitu di Red Box Plus yang terletak di tingkat 5, Pavilion Kuala Lumpur. Eh, jangan pelik kalau Red Box Plus juga ada buffet sepanjang bulan puasa ni. Disebabkan ia merupakan pusat karaoke berkonsep keluarga, pasti ada pengunjung yang memilih Red Box Plus sebagai lokasi berbuka puasa. Lagipun menu buffet dia not bad.. sedap weiii..
|
Buffet Selera Muhibah di Red Box PLUS bersama Awang Brand |
Bermula 25 Mei hingga 24 Jun 2017 ini, pengunjung di Red Box PLUS boleh menikmati hidangan buffet bersempena dengan Bulan Ramadhan. Buffet yang bertemakan "Selera Muhibah" ini akan memikat selera semua pengunjung kerana keenakan makanan melayu. Sudah semestinya hidangan menu kampung sebegini akan lebih enak jika dimasak dengan ramuan asli dan citarasa tradisional. Jadi sehubungan dengan itu, pihak Red Box PLUS berkolaborasi dengan satu jenama yang semakin laris di pasaran iaitu Awang Brand yang mengeluarkan pes untuk penyediaan sajian seperti Udang Masak Sambal Petai, Rendang Tok, Masak Asam Pedas Tenggiri dan Ketam Masak Lemak Cili Padi. Menu-menu yang menggunakan pes Awang Brand ini akan dihidangkan untuk buffet Selera Muhibah nanti.
|
Produk Awang Brand |
MENU BUFFET SELERA MUHIBAH
Terdapat lebih kurang 40 jenis hidangan tempatan dan international disediakan setiap hari seperti Kailan Ikan Masin, Itik Panggang, Ikan Stim Halia, Sotong Goreng Telur Masin, Stek Daging Dengan Sos Lada Hitam, Kambing Panggang, Spaghetti Carbonara dan banyak lagi. Sajian pembuka selera seperti Sup Cendawan, Garlic Bread, Keropok (Crakers), Kerabu, Ulam-ulaman, Rojak Buah juga turut disediakan. Selain itu pengunjung juga dapat menikmati pelbagai hidangan sejuk segar seperti Oyster dan makanan laut segar serta pencuci mulut dan buah-buahan, pastri dan kuih muih tradisional melayu. Turut disediakan hidangan air panas dan sejuk dengan penggunaan bilik eksklusif selama 3 jam.
|
Kambing Panggang |
|
Seafood On Ice |
|
Sambal Udang Petai |
|
Ketam Masak Lemak Cili Padi |
|
Rendang Daging Tok |
|
Kailan Ikan Masin |
|
Asam Pedas Tenggiri |
|
Ikan Stim dengan Jiong Jing Sos |
|
Parmesan Crusted Chicken Breast |
|
Roasted Duck |
|
Special Ayam Percik |
|
Beef Steak |
|
Seafood Pie |
|
Grilled Lamb Shoulder |
|
Baked Cheeses Oyster |
|
Pizza |
HARGA BUFFET SELERA MUHIBAH
Hidangan buffet Selera Muhibah bermula seawal 6.30 petang hingga 10 malam dengan harga serendah RM70 seorang. Harga ini sah setiap hari Ahad hingga Khamis bagi pengunjung yang berdaftar sebelum jam 8 malam. Sementara harga yang ditawarkan untuk setiap Jumaat dan Sabtu pula ialah RM76 seorang. Kenapa berbeza? Ini kerana untuk kedua hari ni ada menu tambahan iaitu Ikan Bakar dan Ayam Percik. Ikan bakar ni ada banyak jenis ikan seperti selar, pari, cencaru yang sudah pastinya enak kerana kedua-dua menu ini disediakan menggunakan resepi Homemade Paste Awang Brand.
|
Buffet Selera Muhibah |
PERTANDINGAN MEMASAK MENGGUNAKAN AWANG BRAND
Aku pasti ada di antara korang yang masih belum mengenali produk Awang Brand. Jujur aku juga pertama kali mengenali produk ini semasa program pertandingan memasak menggunakan Awang Brand di Red Box PLUS tempoh hari. Produk Awang Brand ni sebenarnya adalah pes ramuan kisar yang dihasilkan secara asli daripada bahan-bahan segar yang diproses tanpa sebarang bahan perisa dan bahan pengawet. Harga satu pek dijual sekitar RM4.80 hinggan RM5.50. Mudah betul ada pes ni sebab aku dah cuba satu yang sambal udang tu. Tak payah nak sediakan banyak bahan. Masa memasak pun cepat.
|
Pertandingan Memasak Bersama Awang Brand |
|
Peserta pertandingan memasak |
Berbalik kepada pertandingan memasak menggunakan produk Awang Brand, tiga orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan memasak ini iaitu Pn Nannie Isa, Pn Aanatasia dan penyanyi/pelakon yang tengah meningkat naik iaitu Nabila Razali. Mereka memilih menu Sambal Udang, Ayam Masak Lemak Cili Padi dan Rendang Ayam. Pemenangnya adalah Nabila Razali. Tahniah..
|
Buffet Selera Muhibah di Red Box PLUS |
Berkenaan Buffet Selera Muhibah di Red Box PLUS bersama Awang Brand, jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi pihak Red Box PLUS Karaoke, Pavilion Kuala Lumpur :
Harga Buffet Selera Muhibah :
Ahad hingga Khamis ialah RM70 seorang
Jumaat dan Sabtu pula ialah RM76 eorang
Telefon :
03-2148 3322
Website :
0 Comments