WAFFLE YANG SEDAP DAN SPECIAL DI WAFFLEMEISTER BANGSAR | Assalamualaikum semua... Bila duduk-duduk mengadap laptop ni, terbayang pulak waffle yang sedap kat Bangsar. Haritu dah pi sana beramai-ramai dengan budak-budak Projek Travel. Memang best lepak situ sambil borak-borak. Pekena pulak waffle yang special siap topping dan coklat, fuhhh meleleh ayaq liuq... Ni yang buat rasa teringin nak pi lagi.
|
Waffle Yang Sedap Dan Special Di Wafflemeister Bangsar |
Lokasi yang aku maksudkan adalah satu-satunya Wafflemeister cawangan Malaysia yang terletak di Bangsar. Selalu kan kalau makan waffle kat kiosk dalam shopping mall kan. Tapi ni lain, waffle ni dijual dalam restoran tau. So, memang selesa sangat nak duduk lepak situ. Dekorasi simple tapi moden, ruangnya luas, kerusi meja pun cantik, sesuai untuk datang bersama pasangan, family dan kawan-kawan. Lokasi asal Wafflemeister ni sebenarnya kat KLCC tapi kini dah berpindah ke Bangsar. So, peminat-peminat Wafflemeister jangan kecewa tau. Depa ada je ni, cuma berpindah tempat.
|
Wafflemeister Di Bangsar |
|
Ruang dalam Wafflemeister |
APA YANG SPECIAL KAT WAFFLEMEISTER NI ?
Apa yang special sangat pasal Wafflemeister ni ? Ha, bagi aku memang Wafflemeister ni special dan sedap sebab dia tak sama macam waffle yang lain. Waffle kat sini dibuat daripada doh yang diimport khas dari Belgium yang diberi nama Liège Waffles. Doh ni dibuat secara handmade hasil dari resepi rahsia dari sebuah keluarga yang berasal dari sana. Lagipun doh ni berbentuk pekat bukan cair macam kita biasa tengok tu. Tekstur dan rasa dia pun berbeza tau sebab adunan dia ada mengandungi "Pearl Sugars" yang menghasilkan lapisan karamel bila dibakar dan seterusnya menghasilkan waffle yang rangup di luar dan lembut di dalam. Perghh, sedapnya bila makan panas-panas dan dihidang dengan topping pulak.... yummyyy
|
Liège waffles doh yang diimport dari Belgium |
TOPPING WAFFLE YANG MENGGIURKAN
|
Topping Waffle yang menggiurkan |
Sebut pasal topping, mesti terbayang something yang manis kan. Sebelum ni aku pernah makan waffle bertopping coklat yang sangat manis, pekat sampai melekat kat tekak. Terus rasa muak. Jangan risau, dekat Wafflemeister ni topping yang digunakan tidak terlampau manis. Kira macam semanis wajah I je... miahahahaha... perasan betul hakak ni. Ada 3 jenis coklat yang boleh dipilih iaitu Milk, Dark atau White Chocolate. Coklat ni pun diimport dari Belgium jugak. Atas coklat tu, boleh tambah lagi dengan topping yang lain juga seperti biskut oreo, marshmallow, ataupun buah buahan. Jom tengok waffle yang aku pilih hari tu.
|
Cream & Cookies |
|
Go Bananas |
|
Strawberry Heaven |
|
Dream Team |
|
Marshmellow Surprise |
SWEET CREPES PUN ADA
Selain dari waffle, kami juga ada order Sweet Crepes. Sedap juga crepes kat sini sebab guna inti buah-buahan dan topping coklat. Crepes ni kalau orang melayu kata lempeng la tapi kat sini crepes yang digunakan nipis dan lembut. So, takde la rasa tepung sangat. Antara Sweet Crepes yang kami order seperti The Meister, British Delight, Nutella dan Banoffe. Sedap weiiii... siap menambah kami order.
|
British Delight |
|
The Meister |
|
Nutella |
|
Banofee |
Menu kat atas ni antara menu yang kami order tapi kalau ikutkan ada banyak lagi pilihan yang ada dekat sini. Ada menu kek, cupcake, brownie, banana split, gelato dan macam-macam lagi .. So, kalau korang datang sini, mesti korang rambang mata nak order apa. Tapi yang pasti waffle menu wajib order ye. hehe
|
Menu lain yang ada di Wafflemeister |
Dok tunjuk makanan je, mesti ada minuman kan. Untuk minuman pulak kami pilih yang manis juga iaitu Thick Shakes. Saje order yang manis jugak sebab nak cuba signature drink kat sini. Tapi kalau nak order air minuman yang lain pun ada juga. Minuman panas seperti kopi dan teh pun ada.
|
Thick Shakes |
Copp.. ada lagi satu yang special kat sini. Ha, yang memang betul-betul special sebab tak pernah lagi aku jumpa kat tempat lain. Kisahnya, masa amik order tu, waiter tu tanya la nama. Laa.. dah kenapa nak tanya nama pulak ni. Nak ngorat ke?? Bila tengok muka aku terkulat-kulat, baru la diberitahu yang rupanya kat sini nama kita akan ditulis atas pinggan menggunakan coklat. wow, specialkan. Rasa macam sayang nak rosakkan nama kat plate tu. Selain nama, boleh jugak kalau nak tulis perkataan lain contoh macam Happy Birthday ke Happy Anniversary ke.. tak kisah la. Tapi jangan la panjang-panjang. Jenuh pulak depa nak tulis.. hehe
|
Special kat sini ukiran nama di pinggan menggunakan coklat |
Amacam? best kan Wafflemeister ni. Special dan lain dari waffle yang lain. So, kalau korang teringin nak makan Waffle yang sedap dan special, jom ke Wafflemeister Malaysia di Bangsar. Ajak semua kawan-kawan, family ataupun officemate ke sini. Kalau datang hari Rabu, Wafflemeister ada buat promosi untuk setiap hari Rabu dengan diskaun sehingga 30% untuk kesemua jenis waffle. Ha, lagi jimat. Tapi kalau nak datang hari lain pun boleh jeeeee..... haha.. adiosss
|
Wafflemeister Malaysia |
Alamat :
7, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tel :
+60 3-2202 1817
Facebook:
Instagram:
0 Comments