BERBUKA PUASA DAN MENGINAP DI PHILEA RESORT & SPA MELAKA

BERBUKA PUASA DAN MENGINAP DI PHILEA RESORT & SPA MELAKA | Assalamualaikum semua... Alhamdulillah dah masuk hari ke-6 kita berpuasa. Hari ni nak share satu lagi untuk berbuka puasa tapi lokasi kali ni jauh sikit la iaitu kat Melaka. Iye la asyik promote lokasi berbuka puasa kat area Kuala Lumpur je kan. Kecik hati orang luar kawasan KL, kannn...

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Berbuka Puasa di Philea Resort & Spa Melaka

So, lokasi pilihan kali ni adalah di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka. Jauh ?? tak la jauh sangat. Kalau ikut gaya pemanduan aku, dalam sejam lebih sampai la dari Kuala Lumpur ke sana. Tapi kalau untuk korang-korang yang berada di Melaka, dekat je kan. Ala, sekali sekala nak merasa gak berbuka puasa di perantauan kan.. lagipun ada promosi best sempena Ramadhan. Nak tau? Baca sampai habis.


MENU BUFFET RAMADHAN 2017 DI PHILEA RESORT & SPA MELAKA


Kalau pergi ke buffet ramadhan ni memang la menu hampir sama di kebanyakan tempat tapi yang berbeza dari segi rasa. Tu sebab aku suka pergi ke banyak lokasi untuk merasai keenakan masakan melayu sempena ramadhan ni. Untuk Philea Resort & Spa, Buffet Ramadhan kali ni bertemakan ‘Heritage Flavours’ yang menyajikan pilihan hidangan tradisional dan Asia. Terdapat 3 pusingan menu yang pasti memikat selera dari pembuka selera, hidangan utama hinggalah ke pencuci mulut.

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Team Bloggers

Kalau sebut hidangan selera kampung, pastinya akan memikat selera kan. Tambah-tambah time bulan puasa ni. Antara menu utama yang ada kat sini seperti Sup Kambing Mamak, Kari Kepala Ikan, Asam Pedas Ikan, Daging Gulai Kawah, Daging Panggang bersama Sarawak Black Pepper Sos, Braised Lamb with Chinese Herbs, Rendang Tok, Pajeri Nenas Johor, Gulai Kepala Ikan Utara, Kambing Masala, Bubur Lambuk, Kerang Goreng dengan Cili, Nasi Briyani dan banyak lagi.

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Bubur Lambuk

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Nasi Briyani

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Kambing Masala

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Pajeri Nenas Johor

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Kari ayam

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Gulai Kepala Ikan Utara


Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Rendang Tok

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Stir-Fried Mussel with Chili

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Braised Japanese Bean Curd With Crab Meat

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Pelbagai jenis Kerabu, rojak

Selain tu, ada juga disediakan gerai-geri kecil seakan-akan bazar untuk menambahkan kemeriahan suasana berbuka puasa. Makanan yang disediakan di gerai-gerai ni bercirikan Asia seperti Bukhara Lamb Carcass, Seafood Tempanyaki, pemilihan Pasta, Dim Sum, Tandoori Chicken dan makanan tempatan seperti Satay Kajang, Nasi Ayam dan Itik, Penang Asam Laksa dan lain-lain lagi.

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Satay Ayam dan Daging

Tapi dalam banyak-banyak menu ni, korang kena try Sup Gearbox dia weii... memang terbaik dan meletopsss... Bayangkan dia punya sumsum yang banyak, isi dia yang mudah tanggal dan paling penting sup dia yang perghhh... Memang sedap tau. Bak kata orang Melaka "Merecik Hawauuu".. 😋

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Sup GearBox

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Perghhh.. merecik hawau

Untuk desserts pulak, korang jangan tak tau, kat sini ada tapaiiii... my favourite tau. Ada Tapai Pulut dengan Tapai Ubi. Teringat tapai arwah nenek dulu. Sedapnya.. Selain tu ada juga pelbagai Dodol, Kurma, Kuih Lapis, puding, mousse yang pelbagai dan kek, ais krim dan buah-buahan segar, Ais Kacang kegemaran di Malaysia, Ais Krim Goyang, minuman Kordial, Jus, Kopi, Teh Tarik dan banyak lagi.

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Kurma

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Dodol

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Kuih melayu

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Tiramisu Cake

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Desserts

Bufet Ramadhan bertemakan 'Heritage Flavours' disediakan setiap hari dari 27 Mei hingga 23 Jun 2017 di Oasis Square, Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka. Jangan risau, kemudahan parking dan surau juga disediakan untuk semua tetamu yang beragama Islam dalam tempoh bufet Ramadhan ini. Jadi, tak perlu tergesa-gesa makan dan balik ye, boleh solat dulu di sini dan kemudian sambung semula makan. 

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Barisan Chef

Harga Buffet Ramadhan 2017 di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka
RM 98 nett dewasa
RM 58 nett kanak-kanak/ warga emas
(umur 4-11 Tahun / Warga Emas 60 tahun keatas )

Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan, 
sila hubungi bufet hotline Ramadhan di
06-232 8336 
atau 
fb@phileahotel.com.my (e-mel)

----------------------------------------------------------------------

Bagi sesiapa yang datang dari jauh contoh Kuala Lumpur macam aku, boleh la stay kat sini satu malam. Ye la, bila perut dah kekenyangan tak sanggup pulak rasa nak drive balik kan. So, apa kata just Check-In je kat Philea Resort & Spa ni. Mahal?? eh, tak la. Sempena bulan ramadan resort ini menawarkan pakej Ramadhan eksklusif. Bermula dari 27 Mei hingga 23 Jun 2017, korang boleh stay sini satu malam di Pavilion Room dengan harga RM380 nett. Pakej termasuk breakfast / sahur untuk 2 orang. Kalau nak sekali dengan Buffet Ramadhan pun boleh, just ADD ON RM140 nett untuk dua orang di Oasis Square. 

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Paviliom Room

Berbuka Puasa Dan Menginap di Philea Resort & Spa Melaka
Best woo katil dia

Wow, bagi aku harga promosi tu dah sangat-sangat murah tau. Bayangkan harga asal bilik tu dalam RM1000++ tau. Ha, bila lagi kan nak merasa pengalaman menginap di Philea Resort & Spa ni. Lagipun sekarang kan musim cuti sekolah. So, apa salahnya bawa family untuk berubah angin dengan berbuka puasa dan menginap di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka ni. Kalau nak, cepat-cepat booking kat nombor bawah ni :

Untuk Tempahan Ramadhan Pakej  ( Penginapan) 

Tel : 06-289 3399
email : resv@phileahotel.com



Post a Comment

0 Comments