BERBUKA PUASA DI HOTEL THE FEDERAL KUALA LUMPUR | Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi diberi peluang untuk berbuka puasa di
Restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur. Restoran ni adalah salah satu lokasi favourite aku untuk berbuka sebab kat sini ada banyak seafood. So, sape-sape yang suka seafood, boleh mai sini. Sebelum aku share dengan korang untuk
buffet ramadhan 2017, apa kata korang terjah dulu entri tahun lepas untuk
buffet ramadhan 2016 sebab entri kali ni aku just nak fokus pada makanan dan majlis berbuka puasa bersama anak yatim.
|
Berbuka Puasa Di Hotel The Federal Kuala Lumpur |
MENU BUFFET RAMADHAN 2017 DI RESTORAN KONTIKI, THE FEDERAL KUALA LUMPUR
Kali ni untuk buffet Ramadhan 2017, Restoran Kontiki The Federal KL menghidangkan menu makanan dengan bertemakan Sajian Nostalgia 60 Tahun Bersama Hotel Federal. Tema ini diambil sempena Ulang Tahun kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-60. Terdapat lebih kurang 100 menu makanan yang sedap disediakan termasuk hidangan kegemaran Perdana Menteri kita Yang Pertama iaitu Almarhum Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj.
Menu Makanan kegemaran Almarhum Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj :
Appetizers :
Gado Gado, rojak buah, ulam-ulam kampung, ikan masin, tauhu sumbat, pulut kuning dengan serunding, acar buah acar rampai, tempe goreng pedas, ikan rebus goreng, kerabu mangga, kerabu daging
|
Pelbagai jenis kerabu |
|
Pelbagai jenis pembuka selera |
BBQ Cylinder Station :
Udang, kupang, ikan pari, peha ayam, satay ayam dan daging, otak-otak, roti pita bersama ayam & kambing, murtabak & kari ayam, Kambing golek, ayam percik, steamboat
|
BBQ Cylinder Station |
|
Seafood Station |
|
Steamboat |
|
Nasi Briyani ayam |
|
Kambing bakar |
Soup Corner :
Cream of mushroom, four treasure with crabmeat, cream of tomato, seafood chowder, bubur lambuk
|
Soup Corner |
Main Dish :
Sushi & Shashimi, roasted & steamed chicken, pucuk manis lemak keledek, Ayam Padrik, Braised Assorted Mushroom with vegetable, grilled lamb cutlet on ratatouille, Roasted duck with quick orange sauce, paru goreng berempah, dalca kambing, mussel masal pedas asam, lamb kofta, ikan tenggiri asam pedas, ayam kurma berkentang, hungarian beef goulash, pasta arabiata, fried tiger prawns with thick soya sauce, sayor kobis goreng cendawan, baked pumpkin with provencal herb, daging kurma berkentang, char grilled minute steak glazed with mustard grain sauce and fried onion, pasta aglio-olio dan banyak lagi.
|
Kaunter Makanan utama |
|
Kepah Masak Asam Pedas |
|
Grilled Lamb Cutlet On Ratatouille |
|
Itik Panggang dengan Sos Oren |
|
Braised Beancurd With Seafood |
|
Yong Tau Fu |
|
Braised Assorted Mushroom With Vegetables |
|
Pucuk Manis Lemak Keledek |
|
New Potato With Chopped Parsley |
|
Paru Goreng Berempah |
|
Spaghetti Bolognese |
Desserts :
Dodol kampung, wajid kampung, bubur buah, bread & butter pudding, cheese cake, mixed nyonya kuih dan pelbagai lagi manisan dan pencuci mulut
|
Kek |
|
Kuih muih tradisi |
|
Kuih Muih Tradisi |
|
desserts |
|
desserts |
|
desserts |
|
desserts |
BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM
Tahun ini masa kami pergi berbuka puasa di Restoran Kontiki, The Federal KL juga turut meraikan Majlis berbuka puasa bersama anak-anak dari Rumah Nur Kasih Bestari. Comel je tengok wajah-wajah anak-anak ni. Tambah gembira bila melihat wajah anak-anak tersebut tersenyum riang mendapat duit raya sumbangan dari pihak Federal Hotels International dan The Federal Kuala Lumpur.
|
Pihak The Federal KL bersama sebahagian anak-anak Rumah Nur Kasih Bestari |
So, bagi korang yang menggemari makanan terutama makanan laut dan mencari-cari lokasi berbuka, boleh la pergi ke Restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur. Makanan kat sana memang best, sedap dan puas hati sebab ada banyak sangat pilihan. Rasa nak lepak makan sampai tutup je.. hehe. Info lanjut mengenai harga boleh rujuk kat bawah :
--------------------------------------------
Harga Buffet Ramadhan 2017 di The Federal Kuala Lumpur
RM 128 nett dewasa
RM 30 nett kanak-kanak
50% off untuk warga emas
----------------------------------------------
0 Comments