JUALAN HARI RAYA DI KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

NOSTALGIA KAMPUNG DI WARNA WARNI AIDILFITRI 2017 | Assalamualaikum semua.. Tak lama lgi dah nak raya. Cepat betul masa berlalu kan. Korang dah shopping baju raya? Kalau belum, sama la kita. Ni nak tempah memang dah tak sempat dah sebab kebanyakan tukang jahit dah stop amnik tempahan. Kalau nak, alamatnya kena beli baju dah siap la.. Kat mana nak shopping? tu tak jadi masalah sebab ada banyak tempat tengah buat jualan sempena Aidilfitri yang akan datang tapi yang penting, sediakan aja duitnya.. hehe..

Jualan Hari Raya Di Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jualan Hari Raya Di Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Salah satu tempat yang korang boleh pergi untuk shopping adalah di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Bukan sahaja baju raya, malahan aksesori pakaian, tudung, biskut raya pun ada. Promosi yang diberi nama Warna Warni Aidilfitri 2017 ni bermula dari 1 Jun hingga 12 Jun 2017. Penganjuran kali ni adalah edisi yang ke-13 dah rupanya dan tema kali ni adalah berkonsepkan 'Nostalgia Kampung'. Dekorasi yang digunakan di tapak jualan semua berkonsepkan kampung yang membuatkan kita rasa mengimbau kembali kenangan susasana berhari raya di kampung. 

Jualan Hari Raya Di Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Pintu masuk tapak jualan

Sidang media bagi Warna Warni Aidilfitri 2017 kali ni disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir pada majlis ini adalah Yang Berbahagia Dato' Hajah Zuraida Binti Mokhtar (Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia), Yang Berusaha Encik Yusak Bin Haji Mahamod (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Kraftangan Malaysia), Yang Berusaha Encik Ibrahim Bin Ismail (Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Kraftangan Malaysia).
Selain dari jualan busana raya, perhiasan dan aksesori, peralatan dan kelengkapan raya, juadah raya, dekorasi dan hiasan rumah dari usahawan kraf, Warna Warni Aidilfitri 2017 juga turut diserikan dengan aktiviti menarik serta kemudahan untuk berbuka puasa. Mana la tau kan, dah sibuk shopping sampai masuk waktu berbuka. Jadi tak perlu rushing cari tempat makan. Ruang untuk Solat pun ada. So, tak perlu risau ye.


AKTIVITI MENARIK DI WARNA WARNI AIDILFITRI 2017


Berikut antara aktiviti menarik sepanjang penganjuran Warna Warni Aidilfitri 2017 :

Jualan Hari Raya Di Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Pelbagai jualan sempena hari raya

  • Jualan Kraf dan Perkhidmatan Aidilfitri
  • Pameran dan Jualan Produk Rekaan Baru Aidilfiri
  • Pameran Kraf Warisan Aidilfitri
  • Demonstrasi Produk Kraf
  • Interaktif Kraf -'Adunan Kraf Memeriahkan Raya'
  • Aroma Aidilfitri
  • Gema Aidilfitri
  • Akiviti Galakan Pengunjung
  • Cabaran Rentap Raya
  • As Salam Ya Ramadhan
  • Gaya Raya
  • Lawatan Berpandu Berkumpulan

Ha, kalau korang tak berkesempatan nak ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur, jangan risau. Kraftangan Malaysia juga ada bekerjasama dengan 9 lokasi lain untuk memastikan kita dapat membeli produk kraf. So, jangan majuk-majuk tau. Terjah aje ke 9 lokasi ni :

  • IOI Mall Puchong - 25 Mei hingga 23 Jun 2017
  • IOI Mall Putrajaya - 26 Mei hingga 27 Jun 2017
  • Sunway Putra Mall - 26 Mei hingga 2 Julai 2017
  • 1Utama Shopping Centre - 1 Jun hingga 23 Jun 2017
  • Great Eastern Mall - 1 Jun hingga 24 Jun 2017
  • Sungei Wang Plaza - 2 Jun hingga 22 Jun 2017
  • Sunway Velocity - 2 Jun hingga 23 Jun 2017
  • Mid Valley Megamall - 8 Jun hingga 24 Jun 2017
  • Sarawak Plaza - 9 Jun hingga 18 Jun 2017

Dah dah, lepas ni jangan ada yang menangis kat bucu katil ekk kalau tak dapat beli baju raya. Datang je ke Warna Warni Aidilfitri 2017 anjuran Komplels Kraf Kuala Lumpur. Tapi ingat, jangan la pulak shopping sampai tak hengat donia.. berbelanja la secara bijak ye.. hehe.. adiosss

Maklumat lanjut rujuk :


Post a Comment

0 Comments