Masa lalu dekat area Maxis Centre dari jauh aku dah tercium bau yang sangat sedap. Masa tu perut aku yang acah-acah kenyang terus jadi lapar. Rupa-rupanya bau yang sedap tu datang dari Dairy Tooth Ice House. Patut la depa dok puji sedap, rupanya dari bau pun dah mampu buat orang tergoda. Ni yang buat aku tak sabar nak order ni... Sabaq no wahai perut.
Tadaaaa.. Ini la rupa
Egg Puffs di
Dairy Tooth Ice House yang famous dan sedap tu. Snek istimewa yang berasal dari Hong Kong dan sesuai dimakan oleh pelbagai peringkat umur. Uniknya
egg puffs kat sini kerana ia berbentuk bulat-bulat seperti papan telur. Bila makan terasa kelembutan di bahagian bulat-bulat tu tetapi rangup di bahagian tepi. Disarankan makan masa panas-panas dan aku yakin mesti ramai yang makan on the spot sebab tergoda dengan baunya. Ada 5 perisa yang boleh dipilih mengikut selera masing-masing iaitu
DT Original HK Egg Puffs, Sesame Egg Puffs, Chocolate Eggs Puffs, Seaweed Egg Puffs dan
Cheese Egg Puffs. Ikut hati nak je order semua tapi jangan tamak, nak makan sorang je kan. Tapi aku rekemen yang
Cheese Egg Puffs. Sedappp...
|
Pembuatan Egg Puffs |
|
Acuan yang berbentuk bulat-bulat |
|
Chocolate Eggs Puffs |
|
DT Original HK Egg Puffs |
|
Sedap makan panas-panas |
Selain dari
Egg puffs, kat
Dairy Tooth Ice House ni ada juga menjual
Polo Bun,
Waffle dan
French Toast.
Polo Bun ni sedap dan lembut je rotinya. Yang special pasal
Polo Bun ni adalah di bahagian tengah ada butter manakala di bahagian atas pula ada diletakkan
caramel. Rasa manis-manis masin gitu.
Waffle pulak ada pilihan
Chocolate, Peanut dan
Kaya. Nak campur pun boleh. Manakala untuk
French Toast pula ada
Ice Cream French Toast,
Peanut Butter French Toast,
Butter Sugar French Toast,
Chocolate French Toast, dan
Spicy Meat Floss French Toast. Jadi kalau ada yang tak nak order egg puffs, boleh je order menu lain ni kan.
Untuk air pulak, harus la aku order air yang famous kat sini iaitu
DT Signature HK Milk Tea. Maybe rasanya lain sedikit dari teh ais kita tapi tak salah kalau nak cuba kan. Tapi aku yakin penggemar
Hong Kong Milk Tea, ni la peluang korang nak merasai keenakannya kerana sekarang ada harga promosi iaitu
RM2 sahaja.
MURAH weiii... Kalau nak order air lain pun ada jugak. Tapi takde harga istimewa la.. hehe
|
DT Signature HK Milk Tea |
|
Minuman lain yang boleh diorder |
Rupa-rupanya sedap-sedap juga ekk
snek dari Hong Kong ni. Patut la dah ada 3 cawangan kat Malaysia ni. Katanya yang kat Sunway Pyramid ni adalah cawangan ketiga dan baru dibuka bulan Julai lepas. Elok juga kan ada pilihan makanan sebegini. Yela, kalau nak ke Hong Kong tu tah bila zaman la nak sampai. Lagipun kat sana of course kita was was nak makan. So, kalau korang nak rasa keenakan
Egg Puffs yang sedap ni, datang la ke
Dairy Tooth Ice House yang terletak di
Berjaya Times Square, Jaya One dan
Sunway Pyramid.
|
Dairy Tooth Ice House |
Facebook :
Instagram :
2 Comments
Bestnya kak. Kena makan panas-panas baru sedap hehe
ReplyDeletebetul tu... makan panas-panas sedap. rangup kat tepi2 dia
Delete