TARIKAN TERBARU DAN MENARIK DI LOST WORLD OF TAMBUN

TARIKAN TERBARU DAN MENARIK DI LOST WORLD OF TAMBUN | Assalamualaikum semua.. Girangnya rasa di hati bila sekali lagi dapat berpeluang bercuti ke Lost World Of Tambun. Salah satu tempat favourite kat Negeri Perak. Kenapa aku suka pergi sini ? Sebab ada banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat kat sini. Iye weiii... Actually hujung tahun lepas aku dah datang sini. Korang boleh baca kat entri aku yang lepas iaitu GLAMPING : PENGALAMAN BERKHEMAH DI LOST WORLD OF TAMBUN. Tapi memandangkan percutian 2 hari 1 malam je, memang tak cukup untuk explore seluruh kawasan Lost World Of Tambun. So, kali ni aku nak pi explore lagi apa yang menarik kat sana. Lagipun sekarang ada tarikan terbaru. Lagi la excited.. yippieeee..

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun

Macam biasa la, percutian kali ni harus la pergi beramai-ramai dengan geng Projek Travel. Lagi best sebab kali ni ada beberapa orang lagi dari #sahabatPT yang join. Meriah BakHang.. Dua tiga hari sebelum hari kejadian, memasing dah tazzabar nak pi sana. Siap ada yang packing awal tu. Nampak tak betapa excited memasing. Kesemua kami yang pi dalam 11 orang dan kami decide untuk car pool je. Senang nak singgah memana nanti.

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Kali ni datang dengan geng Projek Travel & SahabatPT.. havoc weii

Memandangkan sebelum ni dah pernah datang ke Lost World of Tambun, so masa sampai tu memasing dok bercerita pasal kisah pengalaman masa pertama kali datang dulu. Kali ni kami masih memilih untuk stay di Glamping juga sebab situ best dan lebih dekat dengan alam semulajadi. Pemandangan pun cantik. Sepanjang perjalanan masuk dengan menaiki buggy untuk ke tapak Glamping, semua dok sessi #throwback gichuuu.. saje nak share dengan kawan-kawan yang baru first time datang. Bagi depa sama-sama rasa excited... hehe..

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Buggy dah tunggu nak bawak kami. Keriangan bermula di sini.. yippie


GLAMPING ATAS AIR


Sampai aje kat tapak Glamping, Dah banyak perubahan kat situ. Dulu kami duduk khemah di atas bukit tapi kali ni kami dapat khemah di tepi tasik. Untuk lelaki pula, ada yang dapat khemah dekat tepi tasik dan ada yang dapat atas tasik. Wow, bestnye. Dulu masa kami pi takde yang atas air ni. Iye, sekarang pihak Lost World Of Tambun dah tambah tarikan terbaru dimana kita boleh pilih Glamping di atas air. Tapi buat masa ni cuma ada satu khemah je yang atas air, yang lain di tepi tasik. So, kami beri keutamaan pada geng lelaki untuk merasai pengalaman tidur di dalam Glamping di atas air.

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Glamping tepi tasik

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Glamping atas tasik

Untung la dapat dok atas tasik ekk korang. Tapi elok jugak budak-budak lelaki yang duk situ. Kang kalau jadi pape, depa leh survive.. haha... Ala, don't worry la. InshaAllah khemah tu takkan hanyut punya ke tengah tasik kerana ia telah diikat ke pokok menggunakan tali yang kuat dan platform khemah tu juga kukuh dan tidak akan tenggelam. Cuma kalau hari berangin dengan kuat, terasa juga la bergoyang-goyang. Nasib baik masa kami pi tu takde hujan atau ribut. So, semua orang boleh tidur dengan aman, ditemani bulan bintang-bintang yang berkerdipan.

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Tarikan terbaru di Lost World Of Tambun - Glamping atas air

Dari segi kelengkapan dan kemudahan, Glamping atas air ni sama juga macam yang di darat. Ada katil, kipas, meja kecil, cermin, toiletries (kecuali berus gigi dan ubat gigi), ampaian dan juga kerusi meja di luar khemah untuk bersantai-santai. Bahagian dalam khemah juga besar dan selesa dilapik dengan carpet manakala bahagian luar pula dilapik dengan rumput tiruan. Pendek kata memang selesa la cuma waktu siang agak panas sedikit tapi ok la sebab siang takkan nak dok khemah kan. Baik pi jenjalan kat theme park atau petting zoo.. hehe.

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Rupa dalam Glamping, sangat selesa tau


HIPPO KINGDOM


Dulu masa kami mai, Hippo Kingdom ni tak siap lagi. So, tak sempat nak merasa. Ha, sekarang dah boleh masuk so boleh la tengok haiwan-haiwan yang ada kat dalam tu.. Kalau pengunjung biasa pun boleh mai sini tapi kena naik train la sebab jauh juga nak menapak. Tapi kalau duk Glamping, dekat je sebab lokasi Hippo Kingdom sebelah je. So, aktiviti pertama hari ni adalah berjumpa kawan-kawan comel kat dalam Hippo Kingdom.. jommmmm...

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Yang pun tarikan terbaru, Hippo Kingdom

Kalau dah namanya Hippo Kingdom of course la watak utama kat dalam ni adalah Badak atau nama saintifiknya Hippopotamus kan. Sesungguhnya badak yang comel yakmat ni bernama Juwita. Comel kan, sporting plak tu. Pandai amik hati peminat dan sentiasa bersedia kalau ada peminat nak bergambar. Cewahhh... curlasss kaw Juwita. Sebenarnya Juwita ni memang suka berendam dalam air dan hanya akan muncul di permukaan air seketika untuk menyedut udara. Ruangan bawah air (underwater view) ini pula yang pertama dibina di Malaysia bagi memudahkan pengunjung untuk melihat Juwita dengan lebih dekat. Korang percaya tak yang Juwita ni makan sayur sebanyak 70kg sehari ? Fuyooo, dasat selera dia...

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Alahai comelnya cik Juwita ni

Awal tahun dulu masa pergi ke Jepun, rasa rugi sangat sebab tak sempat pergi ke Nara, lokasi di mana banyak rusa berkeliaran dan kita boleh bergambar dengan rusa-rusa tersebut. Tapi kini, perasaan ralat tu terubat bila akhirnya dapat juga bergambar dengan rusa kat Lost World Of Tambun. Iye, kat dalam Hippo Kingdom ni ada banyak rusa bebas berkeliaran dan kita boleh memberi makan sekaligus dapat bergambar dengan rusa tersebut. Mula-mula memang takut nak dekat dengan rusa tu, tapi bila dah 2-3 kali pose, akhirnya berjaya juga snap gambar yang cantik. So, lepas ni kalau korang nak fefeling macam kat Nara Jepun, datang je kat Lost World Of Tambun ni.. hihi

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Mula-mula takut tapi rupanya jinak

Selain dari badak dan rusa, ada juga beberapa lagi binatang kat sini seperti buaya, heyna (dubuk), flamingo dan emu pun ada kat sini. Ni kalau bawak anak-anak mai sini, mesti diorang suka sebab dapat tengok setiap binatang dengan dekat dan jelas. Kalau kena masa, boleh bagi makan jugak.

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Hyena (dubuk)

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Emu

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Buaya

Lepas abis je pusing-pusing kat dalam Hippo Kingdom, perut pun dah lapar. So, kami makan dulu tengah hari dan lepas tu kami diberitahu yang sebelah petang ada aktiviti menarik untuk kami. Kami semua terkejut dan tak menyangka yang kami dapat berpeluang merasai pengalaman melakukan aktiviti tersebut. Walaupun tidak diberitahu secara awal dan kami tidak menyediakan pakaian yang bersesuaian tapi tu bukan halangan tau. Depa dah prepare rupanya dan tiada alasan nak ngelat. Nak tau aktiviti apa yang bakal kami lakukan?? Jeng.. jeng.. jeng.. Bagi teaser je dulu, info lanjut kena tunggu next entry.. Haha. Kijam tak???

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Eh, ape ni?? Aktiviti apa yang akan kami lalui??

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Safety helmet, head lamp, air, energy bar

Malam tu masing-masing kepenatan dan kelaparan. Ditambah pulak dengan hidangan makan malam berkonsepkan barbeque, apa lagi semua makan dengan berselera. Pulak tu semua menu malam tu sedap sampaikan mushroom soup pun sedap. Kekenyangan kami dibuatnya. Thank you chef.. Lepas menikmati dinner, kami turun ke Lost World Hot Springs untuk melihat persembahan Flaming Percussion dan Tales Of The Tribe. Lepas tu, apa lagi berendam la. Segar sikit rasa badan bila dapat berendam dalam air panas. Maklum la, semua keletihan lepas buat aktiviti petang tadi. Kat Lost World Hot Springs ni boleh berendam sampai pukul 11 malam. So, memang sampai pukul 11 la kami berendam. Rugi tak manfaatkan, ye tak.

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Sessi barbeque untuk dinner

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Sedap giler.. yummy

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Flaming Percussion

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Tales Of The Tribe

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Makan Tutti Frutti sebelum berendam

Bila Lost World Hot Springs dah tutup, kami pun balik ke tapak Glamping. Tapi rasa sayang pulak bila tido awal sebab bila malam, pihak kakitangan LWOT yang jaga kami akan pasang unggun api. Bestnya kalau dapat lepak depan unggun api sambil membawang ataupun bukak cerita hantu. Tapiiiiii.... apakan daya semua tu tinggal angan-angan jek sebab semua dah mengantuk dan masuk khemah.. huhu.. good night..

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Pandangan Glamping waktu malam, siap ada unggun api tau


BILIK AIR DAN TANDAS BARU YANG SELESA


Keesokan harinya rasa malas je nak bangun. Rupanya kat luar baru lepas hujan. Patut la sejuk yakmat ditambah dengan keempukan bantal dan katil, tak rasa macam tidur dalam khemah pun. Betapa selesanya Glamping ni, kalah katil aku kat umah. Tapi nak tak nak, kena bangun jugak sebab kejap lagi kena pi breakfast. Lepas tu nak explore theme park pulak. Tapi sebelum tu kena la mandi kan. Ha, kalau dulu toilet agak jauh dekat area Tin Valley tapi sekarang dah ada tandas dan bilik air baru yang lebih dekat dengan tapak Glamping. Tandas dan bilik air dia sangat selesa, cantik dan yang penting ada water heater. So, korang jangan risau ekk, takde nye kekdah mandi kat tasik. Cuma kena jalan sikit la.

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Tandas dan bilik air baru yang sangat selesa


POWER BREAKFAST DI WETLAND


Lepas je mandi kami terus bersiap nak pi breakfast sebab perut dah lapar. Macam biasa la kena naik buggy untuk ke lokasi breakfast. Tapi ingatkan breakfast kami hari ni kat Garden Terrace macam dulu, rupanya lain weiii. Kami dibawa ke Petting Zoo dan dekat situ kami disambut dengan kejutan iaitu Power Breakfast Di Wetland. Siyesly, cantik sangat lokasi breakfast kami kali ni. Satu kawasan paya yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan hijau dan dikelilingi dinding batu kapur yang juga dilitupi tumbuh-tumbuhan hijau memang memukau pandangan. Di tengah-tengah paya tu dibina pelantar kayu dan di situ la kami menikmati sarapan sihat ala western. Berkonsepkan back to nature, satu pengalaman yang sangat-sangat berharga bila dapat merasai pengalaman Power Breakfast di Wetland. Syabas pihak Lost World Of Tambun. Rasa macam nak duduk situ sampai petang je.

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Power Breakfast di Wetland

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Cantik giler pemandangan kat sini

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Antara menu breakfast yang disediakan, semuanya menu sihat


TARANTULA ALLEY DAN PETTING ZOO


Lepas breakfast, kami dibawa ke Tarantula Alley. Lokasi Tarantula Alley ni bersambung dari Wetland ke Petting Zoo. Dulu masa kami mai, tak masuk area ni. Mujur Cik Wawa dan Nurliza (wakil LWOT) ada, depa la yang guide kami sambil bagi penerangan pasal tarantula. Eh, korang tau ke tarantula tu ape? Kalau tak tau, tengok gambar bawah ni..

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Tarantula Alley
Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Ni la Tarantula.. hehe


Lepas tengok tarantula, kami menghala ke Petting Zoo. Kat sini ada banyak haiwan-haiwan yang kecil dan comel. Ada juga yang besar seperti tapir dan jebon. First time tengok rupa jebon. Sebelum ni selalu refer jebon tu pada orang yang perangai tak senonoh je.. hehe. Paling best masuk bahagian burung sebab kat sini boleh bagi makan dan burung akan hinggap kat tangan kita. Geli tapi best.. hehe

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Petting Zoo

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Alahai, manjanya burung kakak tua ni

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Sape tak kenal Jebon? Ha, ni la rupa Jebon

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Yang ni pulak Tapir

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Banyak lagi haiwan kat sini selain dari dalam gambar.. ehh haha

Dah puas berjalan-jalan dan berkenalan dengan segala jenis haiwan kat dalam Petting Zoo, tiba la masa untuk mandi-manda. Tapi aku tak join mandi sebab malas nak salin baju. Kebetulan masa kami keluar dari Petting Zoo tu ada show Malayana Story. So, layan show je la. Lepas tu kami balik ke khemah untuk kemas barang dan makan tengah hari.

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Tak sabar nak pi mandi le tuuu

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Bestnya dapat berendam

Maka petang tu berakhir la percutian aku kali ni di Lost World Of Tambun. Walaupun kali ni pun hanya percutian 2 hari 1 malam juga tapi puas hati sangat sebab dapat melihat dan merasai sendiri tarikan terbaru yang menarik di Lost World Of Tambun. So, kalau korang nak mai sini make sure korang stay lama sikit dan explore seluruh kawasan dalam LWOT ni. Next entri aku akan share satu aktiviti menarik yang dah aku lalui semalam. Nak citer sini kang panjang berjela. Korang tunggu tau. Untuk maklumat selanjutnya boleh rujuk kat bawah ni :

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Time to go home

Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun
Thank you Lost World Of Tambun

Website :

Facebook :

Instagram : 




Post a Comment

5 Comments

  1. Sungguh menarik The World Of Tambun, Perak. Ada kesempatan nak pergi ke sana.

    Nampak gaya kena kumpul duit dulu ni. Harga tiket emmhh boleh tahan.

    Takkan nak pergi sorang-sorang, mesti bawa family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, pergi dgn family or kawan2 lebih berbaloi.. ^_^

      Delete
  2. Happening habis.
    Nampak gaya Mrs. A kena repeat lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sebab ada tarikan baru kat sana ^_^

      Delete
  3. Kita boleh stay dlm tu selama mana yg boleh ke? Ke kena beli tiket asing?

    ReplyDelete