TARIKAN TERBARU DAN MENARIK DI LOST WORLD OF TAMBUN | Assalamualaikum semua.. Girangnya rasa di hati bila sekali lagi dapat berpeluang bercuti ke
Lost World Of Tambun. Salah satu tempat favourite kat Negeri Perak. Kenapa aku suka pergi sini ? Sebab ada banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat kat sini. Iye weiii... Actually hujung tahun lepas aku dah datang sini. Korang boleh baca kat entri aku yang lepas iaitu
GLAMPING : PENGALAMAN BERKHEMAH DI LOST WORLD OF TAMBUN. Tapi memandangkan percutian 2 hari 1 malam je, memang tak cukup untuk explore seluruh kawasan
Lost World Of Tambun. So, kali ni aku nak pi explore lagi apa yang menarik kat sana. Lagipun sekarang ada tarikan terbaru. Lagi la excited.. yippieeee..
 |
Tarikan Terbaru Dan Menarik Di Lost World Of Tambun |
Macam biasa la, percutian kali ni harus la pergi beramai-ramai dengan geng Projek Travel. Lagi best sebab kali ni ada beberapa orang lagi dari #sahabatPT yang join. Meriah BakHang.. Dua tiga hari sebelum hari kejadian, memasing dah tazzabar nak pi sana. Siap ada yang packing awal tu. Nampak tak betapa excited memasing. Kesemua kami yang pi dalam 11 orang dan kami decide untuk car pool je. Senang nak singgah memana nanti.
 |
Kali ni datang dengan geng Projek Travel & SahabatPT.. havoc weii |
Memandangkan sebelum ni dah pernah datang ke
Lost World of Tambun, so masa sampai tu memasing dok bercerita pasal kisah pengalaman masa pertama kali datang dulu. Kali ni kami masih memilih untuk stay di
Glamping juga sebab situ best dan lebih dekat dengan alam semulajadi. Pemandangan pun cantik. Sepanjang perjalanan masuk dengan menaiki
buggy untuk ke tapak
Glamping, semua dok sessi
#throwback gichuuu.. saje nak share dengan kawan-kawan yang baru first time datang. Bagi depa sama-sama rasa excited... hehe..
 |
Buggy dah tunggu nak bawak kami. Keriangan bermula di sini.. yippie |
GLAMPING ATAS AIR
Sampai aje kat tapak Glamping, Dah banyak perubahan kat situ. Dulu kami duduk khemah di atas bukit tapi kali ni kami dapat khemah di tepi tasik. Untuk lelaki pula, ada yang dapat khemah dekat tepi tasik dan ada yang dapat atas tasik. Wow, bestnye. Dulu masa kami pi takde yang atas air ni. Iye, sekarang pihak Lost World Of Tambun dah tambah tarikan terbaru dimana kita boleh pilih Glamping di atas air. Tapi buat masa ni cuma ada satu khemah je yang atas air, yang lain di tepi tasik. So, kami beri keutamaan pada geng lelaki untuk merasai pengalaman tidur di dalam Glamping di atas air.
 |
Glamping tepi tasik |
 |
Glamping atas tasik |
Untung la dapat dok atas tasik ekk korang. Tapi elok jugak budak-budak lelaki yang duk situ. Kang kalau jadi pape, depa leh survive.. haha... Ala, don't worry la. InshaAllah khemah tu takkan hanyut punya ke tengah tasik kerana ia telah diikat ke pokok menggunakan tali yang kuat dan platform khemah tu juga kukuh dan tidak akan tenggelam. Cuma kalau hari berangin dengan kuat, terasa juga la bergoyang-goyang. Nasib baik masa kami pi tu takde hujan atau ribut. So, semua orang boleh tidur dengan aman, ditemani bulan bintang-bintang yang berkerdipan.
 |
Tarikan terbaru di Lost World Of Tambun - Glamping atas air |
Dari segi kelengkapan dan kemudahan, Glamping atas air ni sama juga macam yang di darat. Ada
katil, kipas, meja kecil, cermin, toiletries (kecuali berus gigi dan ubat gigi), ampaian dan juga kerusi meja di luar khemah untuk bersantai-santai. Bahagian dalam khemah juga besar dan selesa dilapik dengan carpet manakala bahagian luar pula dilapik dengan rumput tiruan. Pendek kata memang selesa la cuma waktu siang agak panas sedikit tapi ok la sebab siang takkan nak dok khemah kan. Baik pi jenjalan kat theme park atau petting zoo.. hehe.
 |
Rupa dalam Glamping, sangat selesa tau |
HIPPO KINGDOM
Dulu masa kami mai, Hippo Kingdom ni tak siap lagi. So, tak sempat nak merasa. Ha, sekarang dah boleh masuk so boleh la tengok haiwan-haiwan yang ada kat dalam tu.. Kalau pengunjung biasa pun boleh mai sini tapi kena naik train la sebab jauh juga nak menapak. Tapi kalau duk Glamping, dekat je sebab lokasi Hippo Kingdom sebelah je. So, aktiviti pertama hari ni adalah berjumpa kawan-kawan comel kat dalam Hippo Kingdom.. jommmmm...
 |
Yang pun tarikan terbaru, Hippo Kingdom |
Kalau dah namanya
Hippo Kingdom of course la watak utama kat dalam ni adalah Badak atau nama saintifiknya
Hippopotamus kan. Sesungguhnya badak yang comel yakmat ni bernama
Juwita. Comel kan, sporting plak tu. Pandai amik hati peminat dan sentiasa bersedia kalau ada peminat nak bergambar. Cewahhh... curlasss kaw Juwita. Sebenarnya Juwita ni memang suka berendam dalam air dan hanya akan muncul di permukaan air seketika untuk menyedut udara. Ruangan bawah air (underwater view) ini pula yang pertama dibina di Malaysia bagi memudahkan pengunjung untuk melihat Juwita dengan lebih dekat. Korang percaya tak yang Juwita ni makan sayur sebanyak 70kg sehari ? Fuyooo, dasat selera dia...
 |
Alahai comelnya cik Juwita ni |
Awal tahun dulu masa pergi ke Jepun, rasa rugi sangat sebab tak sempat pergi ke Nara, lokasi di mana banyak rusa berkeliaran dan kita boleh bergambar dengan rusa-rusa tersebut. Tapi kini, perasaan ralat tu terubat bila akhirnya dapat juga bergambar dengan rusa kat Lost World Of Tambun. Iye, kat dalam Hippo Kingdom ni ada banyak rusa bebas berkeliaran dan kita boleh memberi makan sekaligus dapat bergambar dengan rusa tersebut. Mula-mula memang takut nak dekat dengan rusa tu, tapi bila dah 2-3 kali pose, akhirnya berjaya juga snap gambar yang cantik. So, lepas ni kalau korang nak fefeling macam kat Nara Jepun, datang je kat Lost World Of Tambun ni.. hihi
 |
Mula-mula takut tapi rupanya jinak |
Selain dari badak dan rusa, ada juga beberapa lagi binatang kat sini seperti buaya, heyna (dubuk), flamingo dan emu pun ada kat sini. Ni kalau bawak anak-anak mai sini, mesti diorang suka sebab dapat tengok setiap binatang dengan dekat dan jelas. Kalau kena masa, boleh bagi makan jugak.
Lepas abis je pusing-pusing kat dalam Hippo Kingdom, perut pun dah lapar. So, kami makan dulu tengah hari dan lepas tu kami diberitahu yang sebelah petang ada aktiviti menarik untuk kami. Kami semua terkejut dan tak menyangka yang kami dapat berpeluang merasai pengalaman melakukan aktiviti tersebut. Walaupun tidak diberitahu secara awal dan kami tidak menyediakan pakaian yang bersesuaian tapi tu bukan halangan tau. Depa dah prepare rupanya dan tiada alasan nak ngelat. Nak tau aktiviti apa yang bakal kami lakukan?? Jeng.. jeng.. jeng.. Bagi teaser je dulu, info lanjut kena tunggu next entry.. Haha. Kijam tak???
 |
Eh, ape ni?? Aktiviti apa yang akan kami lalui?? |
 |
Safety helmet, head lamp, air, energy bar |
Malam tu masing-masing kepenatan dan kelaparan. Ditambah pulak dengan hidangan makan malam berkonsepkan barbeque, apa lagi semua makan dengan berselera. Pulak tu semua menu malam tu sedap sampaikan mushroom soup pun sedap. Kekenyangan kami dibuatnya. Thank you chef.. Lepas menikmati dinner, kami turun ke Lost World Hot Springs untuk melihat persembahan Flaming Percussion dan Tales Of The Tribe. Lepas tu, apa lagi berendam la. Segar sikit rasa badan bila dapat berendam dalam air panas. Maklum la, semua keletihan lepas buat aktiviti petang tadi. Kat Lost World Hot Springs ni boleh berendam sampai pukul 11 malam. So, memang sampai pukul 11 la kami berendam. Rugi tak manfaatkan, ye tak.
 |
Sessi barbeque untuk dinner |
5 Comments
Sungguh menarik The World Of Tambun, Perak. Ada kesempatan nak pergi ke sana.
ReplyDeleteNampak gaya kena kumpul duit dulu ni. Harga tiket emmhh boleh tahan.
Takkan nak pergi sorang-sorang, mesti bawa family.
Betul tu, pergi dgn family or kawan2 lebih berbaloi.. ^_^
DeleteHappening habis.
ReplyDeleteNampak gaya Mrs. A kena repeat lagi ni
seronok sebab ada tarikan baru kat sana ^_^
DeleteKita boleh stay dlm tu selama mana yg boleh ke? Ke kena beli tiket asing?
ReplyDelete