MENU MENARIK DAN SEDAP DI RASA UTARA | Assalamualaikum semua.. Sebut pasal makan, siyesly aku ni bukan la jenis yang cerewet. Tak kisah la orang hidang apa pun, aku makan je (kecuali yang haram la.. hukhikk). Selebihnya i is ok jeeee... Tapikan kalau keluar beramai-ramai mana boleh ikut tekak kita je kan. Kena la cari tempat yang ada pelbagai jenis menu makanan. Baru la syok nak order. Ni kang ada yang nak makan western la, ada yang nak makan nasi la.. So, kena la cari tempat yang boleh penuhi selera semua..
Menu Menarik Dan Sedap Di Rasa Utara |
Nah, kalau ada masalah gini, apa kata korang pi makan kat Restoran Rasa Utara sebabnya kat situ ada pelbagai jenis menu. Aku dah try dah makan kat sini hari tu dengan bebudak ni. Honestly ini kali pertama aku makan kat restoran Rasa Utara ni. Aku ingatkan kat sini hanya menghidangkan masakan dari utara je, rupanya sangkaan aku tu meleset. Selain dari menu-menu makanan yang terkenal di kawasan utara, ada je menu-menu lain yang dihidangkan. Terbaru, mereka juga memperkenalkan burger sebagai menu baru untuk menambahkan variety pilihan makanan.
Pelbagai menu ada di Rasa Utara |
Bila dah banyak pilihan, apa lagi memasing order sakan laaa.. Kalau boleh semua menu nak cuba.. haha. Macam kaya je memasing kan walauponnnn.. Tapi bagi aku harga kat restoran Rasa Utara ni takde la mahal sangat. Portion makanan pun besar. So, memang worth it la. Kalau nak best, bila dah makan reramai ni, memasing order yang berlainan, then boleh share share. Bijak tak??? Lagipun confirm korang akan confuse nak order ape sebab semua menu kat Rasa Utara ni nampak sedap dan menarik. Macam kami ritu pun sama buat gitu gak. So, ni menu yang kami order.
Mencuba set baru iaitu burger di Rasa Utara |
MENU PILIHAN KAMI DI RASA UTARA
Burger Ayam Rendang |
Burger Ayam Telur Berkeju |
Nasi Goreng Rasa Utara |
Set Nasi Rasa Utara |
Set Ayam Goreng Cili Lagenda |
Ikan Menari ( Sambal Nuklear & Sambal Kicap Hitam) |
Mi Soto |
Laksa Kedah |
Satay Ayam |
Mango Pudding |
Sago Gula Melaka |
Samosa Ayam |
Karipap |
Ayam Nyonya Pinang |
Sirap Selasih Laici |
Calamansi Asam Boi (dah minum baru teringat nak ambil gambar.. hehe) |
Tudiaaaa... banyak kan tapi bukan untuk makan sorang, tu semua untuk 10 orang makan la. Siyesly memang sedap semua menu yang kami order tu. Nak rekemen yang mana satu pun buntu sebab semua sedap-sedap belaka. Tu untung bila makan reramai ni. Meriah dengan makanan, meriah dengan suasana ditambah dengan makanan yang sedap, ha berjam-jam la duk kat situ. Lagipun restoran Rasa Utara ni selesa dan memang sesuai untuk seisi keluarga.
Meriah tau, penuh satu meja |
Jadinya kalau korang mencari-cari lokasi untuk makan bersama keluarga, kawan-kawan ataupun yang istimewa boleh la singgah di sini kerana terdapat pelbagai jenis menu yang menarik dan sedap di restoran Rasa Utara. Lokasi yang kami pergi ni di Berjaya Times Square. Tapi ada satu lagi di cawangan di Mid Valley Megamall. Sebelum pergi, apa kata korang rujuk dulu link kat bawah ni, sebab kadang-kadang Restoran Rasa Utara ni ada buat promosi best tau... Jangan lupa tau!!
Restoran Rasa Utara |
Website:
Fecebook:
Instagram:
BERJAYA TIMES SQUARE
Lot G-12 & G-13, Ground Floor,
NO.1, Jalan Imbi,
55100 Kuala Lmpur
Tel: 03-21100884
Waktu Operasi :
7.30 Pagi - 11.00 Malam
MID VALLEY MEGAMALL
LG 049-050, Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur
Tel: 03-22013258/03-22820749
Waktu Operasi :
10.00 Pagi - 10.00 Malam
7 Comments
nampak sedap semuanya... yg tgk ni pun buntu juga...
ReplyDeletekalau gitu kena datang ramai2 la... nanti leh share2
DeleteSedapnya nampak... Terus rasa lapar
ReplyDeletekite yg tulis ni pun sama wakkk... terus lapar
DeletePernah makan sekali kat sini...sedap dan harga pun reasonable
ReplyDeleteportion pun besar.. worth it
DeleteI would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. I am hoping the same best work from you in the future as well. In fact your creative writing abilities has inspired me to start my own Blog Engine blog now. Really the blogging is spreading its wings rapidly. Your write up is a fine example of it.
ReplyDeleteseo certification course