XIAOMI Mi5 PILIHAN UNTUK TELEFON BIMBIT KEDUA | Assalamualaikum semua.. Zaman sekarang ni aku yakin ramai di antara kita mempunyai lebih dari 1 telefon bimbit kan. Betul tak? Ya, aku pun sama weii. Sekarang ni pun aku ada dua telefon untuk kegunaan dalam urusan seharian. Mungkin ada di antara korang yang akan kata "Buat apa telefon banyak-banyak ni? Membazir je". Tapi hakikatnya, bila ada 2 telefon ni bukan la satu pembaziran malah boleh aku katakan sebagai keperluan. Tambahan pula aku ni seorang Blogger dan juga Host untuk satu aplikasi Live Streaming. Tu yang sangat-sangat perlukan 2 telefon tu sebab aku ni pengguna telefon tegar (heavy user).
Tapi malangnya, dua tiga menjak ni telefon kedua aku dah menunjukkan tanda-tanda nak tamat jangka hayatnya. Jadi aku pun mula mencari-cari telefon yang sesuai untuk dijadikan sebagai telefon kedua. Maksud sesuai tu kalau boleh biarlah yang mempunyai spesifikasi yang tinggi tapi pada kadar harga yang berpatutan. Maklum la, sekarang ni kena berjimat cermat sikit sebab dah jadi full time blogger.. huhu
Bila dah belek pelbagai jenis telefon dan minta pendapat dari rakan-rakan, akhirnya aku bercadang untuk memilih Xiaomi Mi5 sebagai pilihan. Mungkin jenama ni kurang menjadi buah mulut orang berbanding jenama lain yang gah, tapi bila melihat dari segi spesifikasi dia bagi aku dah cukup untuk aku jadikan sebagai telefon kedua. Lagipun, telefon kedua ni kalau boleh aku hanya nak fokus untuk ambil gambar dan video sahaja untuk kegunaan blog. So, aku hanya perlukan telefon yang mempunyai kamera yang cantik, RAM yang bagus dan jangka hayat bateri yang tahan lama. Faktor ini sudah mencukupi dan ciri-ciri ini ada pada telefon Xiaomi Mi5.
CIRI-CIRI TELEFON XIAOMI Mi5 YANG MEMIKAT HATIKU
Kamera Yang Berkualiti Tinggi
Percaya tak bahawa telefon Xiaomi Mi5 ni mempunyai kamera yang berkualiti tinggi ? Iya, ia memiliki kamera belakang 16-megapixel dan dilengkapi dengan sensor Sony IMX298 dan 4-axis OIS. Wow, OIS sangat penting terutama untuk kegunaan video. So, video kita akan lebih smooth dan tak bergegar seribu. Oh ya, Xiaomi Mi5 ni boleh rekod video 4K tau.. best weiii...
Performance Yang Tinggi Dan Kapasiti Storage Yang Besar
Aku paling geram dengan telefon kedua aku sekarang ni sebab bila nak install aplikasi baru, mesti keluar "Insufficient Storage". Geramnya rasa nak baling dinding je. Tak tau la apa yang penuh padahal yang tinggal hanya aplikasi yang basic je. Jadi, kalau boleh telefon kedua aku nanti nak yang ada storage yang besar dan pastinya yang performance laju. Jadi tak ada malah "hang" dah. So, spesikasi Xiaomi Mi5 yang memiliki skrin 5.15-inci dan dijana menggunakan cip Snapdragon 820, memori 3GB RAM, serta ruangan storan 32GB dah mencukupi bagi aku.
Jangka Hayat Bateri
Orang kata kalau selalu bergantung dengan powerbank nanti lama-lama telefon akan rosak kan. So, kalau boleh nak yang ada jangka hayat bateri yang besar. Mujur Xiaomi Mi5 ni didatangkan dengan bateri berkapasiti 3000 mAh. Lagi best sebab ia ada fungsi Quick Charge 3.0 di mana masa untuk charging akan lebih pantas sebanyak 20%. Jadi tak perlu tunggu lebih lama untuk charge telefon.
Ok, ni antara ciri-ciri yang membuatkan aku jatuh cinta dengan Xiaomi Mi5 ni. Tapi ada satu yang membuatkan aku lebih kuat untuk memilih telefon ni sebagai telefon kedua adalah kerana harganya yang mampu milik. Aku pun dah survey beberapa laman web dan aku dah tau dah mana nak beli telefon Xiaomi Mi5 ni. Yippieee...
3 Comments
Wah bagusnya! Nanti bolehlah nak survey! 😃
ReplyDeletetu la.. tgh survey gak ni sebab org kata brand xiaomi ni bagus
DeleteI recently came across your article and have been reading along. I want to express my admiration of your writing skill and ability to make readers read from the beginning to the end. I would like to read newer posts and to share my thoughts with you.
ReplyDeleteseo certification course