BUFFET MAMMA MIA BRUNCH HIDANGAN MAKANAN ITALI

BUFFET MAMMA MIA BRUNCH HIDANGAN MAKANAN ITALI | Assalamualaikum semua.. Melangkah masuk ke Villa Danieli yang terletak di dalam Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur terasa bagai di negara Itali tau. Mana taknya, rekabentuk dan hiasan dalaman nya menyerupai restoran yang berada di Itali. Suka tengok dekorasi dia jugak. Siap dengan lukisan-lukisan yang dilukis dengan tangan tau. Cantik sangat. Selama ni dok tengok kat dalam TV je, tapi bila datang sini terasa bagai betul-betul di Itali. Ye la, nak terbang ke sana bukannya murah, mahal kotttt...

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Villa Danieli, Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Kalau dah hiasan dalaman fefeling bagai di Itali, takkan la pulak nak makan nasi lemak kat dalam tu kan. Harus la makan makanan Itali juga. Kat Villa Danieli ni ada menawarkan hidangan secara buffet iaitu Mamma Mia Italian Brunch. Bersesuaian dengan nama Mamma Mia yang bermaksud "Ibu Saya" dah tentu hidangan yang disediakan adalah resepi asli yang dibawa khas dari Itali. So, aku suggest penggemar-penggemar ataupun sesiapa yang mengidam nak makan makanan Itali, datang la ke Villa Danieli, Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Aku sendiri dah datang ke Villa Daneili ni dan merasai keenakan makanan Itali di sini. So, boleh la share ngan korang.. hehe. 

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Hiasan dalaman Villa Danieli, Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Bar Counter

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Sudut untuk makan berdua

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Sudut meja makan classic

Bila sebut makanan Itali, menu apa yang korang terfikir? Yaaaa... dah tentu la pizza dan spaghetti kan. Kat sini hidangan ni akan dimasak oleh chef upon request by customer. Oh ya, walaupun hidangan Mamma Mia Italian Brunch adalah berkonsepkan buffet tapi menu utama kena order kerana chef akan masak dan hidangkan secara panas kepada pelanggan demi menjaga kualiti dan rasa makanan. Terdapat 14 menu utama yang boleh dipilih dan korang pesan la banyak mana pun, nanti chef akan masak. Sementara tunggu chef masak, ada juga hidangan yang boleh diambil secara buffet seperti seafood on ice, pelbagai jenis salad dan juga roti. Paling penting korang kena rasa keenakan Beef Wellington, sejenis daging yang disalut dengan pastry. Selain tu ada juga menu makanan lain yang sedap sedap belaka. Nah, aku belanja gambar-gambar makanan yang ada kat sana.

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Buffet untuk appertizer

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Buffet untuk appertizer

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Sudut bahagian pastry

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Antara menu utama yang kami order

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Braised Lamb Shank With Polenta

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Seafood Risotto With Mussels, Clams and Prawns

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Mix Grilled Seafood Platter

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Whole Sea Bass Mediterranean Style

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Mussel Scoppiate

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Grilled Octopus with Cherry Tomato Basil Salad

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Homemade Fettuccini Carbonara with Chicken

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Spaghetti Puttanesca Serve In Tomato Sauce

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Oyster

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Salmon

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Smoke duck

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Seafood On Ice

Amacam terliur tak?? Bukan senang nak cari makanan Itali yang asli macam ni. Di Villa Danieli segala penggunaan bahan yang digunakan diselia oleh chef yang didatangkan khas dari Itali untuk menjaga dan mengekalkan keaslian resepi dan rasa. So, menu kat sini takde istilah ikut tekak melayu ekk. Kang ada plak yang cari cili padi, memang takde laaaa... dah dah, jangan dicari cili padi kat sini, haha.. Nah, sapa yang suka makan makanan Itali, mai makan kat Villa Danieli ni.

Hidangan buffet Mamma Mia Brunch

Masa :
11 pagi hingga 3 petang
setiap hari AHAD sahaja

Harga :
RM121 nett/dewasa
RM60.50 nett/kanak-kanak (9-12 tahun)
(termasuk coffee dan teh)

Buffet Mamma Mia Brunch Hidangan Makanan Itali
Barisan Chef di Villa Danieli

Jangan lupa ajak family atau kawan-kawan datang ke sini pada hujung minggu (ahad). Sambil-sambil makan, boleh chillax bersama mereka dengan santai dan didendangkan dengan alunan lagu-lagu hits oleh penyanyi yang mempunyai suara yang hebat. Memang terpukau la dengar suara penyanyi tu. Hilang seketika stress sepanjang minggu sebab dah rasa macam kat Itali kan.. haha.. 

Untuk maklumat lanjut :
Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Jalan Sultan Ismail, 
Kuala Lumpur, 
50250, Malaysia


No.Tel : 
03-2717 9922 | 03-2717 9900

Email: 
villa.danieli@sheraton.com

Website :




Post a Comment

1 Comments

  1. We are tied directly into the sate’s renewal database which allows us to process your request almost instantly. buy essays
    digital marketing malaysia

    ReplyDelete