HIDANGAN TENGAH HARI EKSKLUSIF DI KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE | Assalamualaikum semua.. Menjelang hujung tahun ni banyak la company yang mencari-cari lokasi untuk membuat jamuan kan. So, kepada wakil-wakil syarikat yang tengah dok survey tu boleh la mengintai-intai satu lokasi yang exclusive tapi berbaloi iaitu di Kuala Lumpur Convention Centre. Ini kerana pihak mereka ada memperkenalkan 8 menu terbaru masakan cina untuk pakej makan tengah hari.
Hidangan Tengah Hari Eksklusif Di Kuala Lumpur Convention Centre |
Baru-baru ni aku sempat menghadiri dan merasai sendiri keenakan 8 menu tersebut yang dihidangkan sempena majlis memperkenalkan dan mempromosikan kepada umum terutama kepada pelanggan setia Kuala Lumpur Convention Centre. Selain itu mereka juga turut memperkenalkan promosi terbaru untuk Centre's Accredited Supplier Programme. Meh kita tengok 8 menu yang menyelerakan tu :
Five Happiness Combination Platter |
Seafood Chowder with Silken Beancurd and Enoki Mushroom |
Roasted Sesame Chicken with 5 Spice Salt |
Deep-fried fish fillet with Tumeric and Ginger Sauce Portuguese Style |
Stir- fried Prawn with Shrimp Paste enhanced with Curry Spice Kum Heong Style |
Braised San Ken beancurd Dumpling with Bailing Mushroom and Broccoli Florets |
Wok- fried rice With Shredded Cuttlefish and Silver Anchovies |
Chilled Honeydew Melon with Pearl Sago |
Wadusss... menarik kan menu yang dihidangkan. Menurut Chef Chef Hisham bin Jaafar selaku Chef Eksekutif menu terbaru masakan Cina ini menggabungkan citarasa kontemporari bersama gabungan makanan tradisi masyarakat Cina di Malaysia. Selain itu, team kulinari yang terlibat dalam penyediaan menu ini juga telah berjaya memenangi pelbagai anugerah seperti The Most Outstanding Team in Culinary, Most Outstanding Chef, Most Outstanding Artist dan Most Outstanding Apprentice!. Mereka juga membawa pulang pingat 10 emas, 11 perak dan 6 gangsa dalam pertandingan di Culinaire Malaysia 2017. Berikut pakej harga bagi set menu makan tengah hari yang eksklusif ni :
Exclusive Luncheon at Kuala Lumpur Convention Centre
Harga : RM1,600++
Pakej untuk 1 meja/ 10 orang
Hidangan "8 Course Chinese Menu"
Tarikh promosi tempahan :
3 Oktober 2017- 30 November 2017
Oh ya, Sebarang tempahan yang disahkan sebelum 30 November 2017 akan menikmati kadar yang sama untuk 2018. Maknanya kalau nak buat tempahan untuk Tahun baru Cina dah boleh dah ni. Lagipun untuk menggandakan kebahagiaan, di sini ada menawarkan "Yee Sang" dari RM188 ++ untuk hidangan 10 orang dan hidangan salmon segar untuk melengkapkan pilihan menu jamuan sempena Tahun Baru Cina.
Yee Sang with Salmon |
Di samping tawaran ini, para pelanggan juga boleh menikmati Pakej Baru iaitu "Meeting Package Solution". Pakej ini termasuk hidangan pilihan Chef semasa coffee break dan juga untuk makan tengahari berharga RM200.00 ++ seorang, dengan pilihan yang tersedia untuk pakej setengah hari.
Mr Alan Pyor, General Manager |
Chef Hisham Jaafar, Executive Chef & Chef Andrew Lee, Chinese Master Chef |
Turut berkongsi maklumat, Angeline Van Den Broecke selaku Pengarah Jualan & Pemasaran memberitahu bahawa Kuala Lumpur Convention Centre akan membuat pengubahsuaian dan menyediakan ruang yang lebih besar iaitu seluas 11,000m2 ruang fleksibel dan pelbagai guna tambahan, yang bermakna lebih banyak ruang untuk selesa menampung pameran yang lebih besar dan mesyuarat persatuan antarabangsa, serta peristiwa serentak, dan peluang bagi ramai pelanggan semasa untuk membuat event.
Wow, maknanya makin banyak la ruang untuk buat event ataupun majlis keraian kan. So, kalau nak membuat tempahan untuk makan tengahari ni boleh la layari ke :
3 Comments
fuyooo makan di KL Convec la dikbee....mesti sedapkan
ReplyDeleteharus la sedapp kan.. hihi
DeleteIf your looking for Online Illinois license plate sticker renewals then you have need to come to the right place.We offer the fastest Illinois license plate sticker renewals in the state.
ReplyDeleteseo certification course