SALIMA SKIN SOLUTIONS KINI DI MALAYSIA | Assalamualaikum semua... Pernah dengar produk Salima Skin Solutions ? Ya, mungkin ada yang pernah dengar tapi jujur aku cakap ini pertama kali aku mendengar pasal produk ni. Tapi itu tidak menjadi halangan untuk kita mengambil tahu dan mendengar penerangan mengenai produk ni kan. Mana la tau produk ni sesuai dengan kulit kita terutama yang mengalami masalah kulit yang teruk sebab katanya produk ni lain dari yang lain. Apa, yang special tu?? Meh aku share info yang aku dapat masa sesi Meet & Greet bersama pengasas produk ni sendiri iaitu Madam Salima Amsa.
Meet & Greet bersama pengasas Salima Skin Solutions |
Ok, first of all produk Salima Skin Solutions ni bukan produk tempatan ye. Produk ni dihasilkan setelah 15 tahun Madam Salima membuat research bersama-sama dengan pakar-pakar kecantikan di Canada dan merupakan produk kecantikan yang pertama diiktaraf sebagai Halal. So, walaupun bukan produk tempatan, korang jangan ragu-ragu tau. Produk ini juga dihasilkan bukan sahaja untuk merawat masalah kulit tetapi turut membantu membangkitkan aura kecantikan yang ada pada diri kita. Ha.. baru la rasa confident nak keluar ke khalayak ramai kan.
Salima Skin Solutions |
Produk Salima Skin Solutions ni sesuai untuk pelbagai jenis kulit bukan sahaja untuk kulit asia bahkan sesuai juga untuk kulit wanita di Timur Tengah ataupun di Afrika. Senang kata sesuai untuk semua jenis kulit di seluruh dunia la. Nak tau kenapa? Sebabnya Salima Skin Solutions ni diformulasikan secara semulajadi tanpa sebarang alkohol, bahan kimia terlarang, ataupun dari haiwan. So, sangat selamat pada kulit ye..
Pengasas produk Salima Skin Solutions bersama barisan artis tempatan |
Apa yang bagusnya untuk Produk Salima Skins Solutions ni sebelum kita beli produk mereka, kita boleh mendapat khidmat nasihat mengenai masalah kulit kita terlebih dahulu sebelum membeli produk yang sesuai. Ada consultant khas yang akan membantu kita secara online. Mereka akan menjawab segala persoalan dari pelanggan dalam tempoh 24 jam. Ini penting kerana mereka menawarkan 3 kategori produk mengikut masalah kulit iaitu :
- Hyperpigmented / Aging Skin
- Dehydrated / Sensitive Skin
- Oily / Acne Skin
Produk Salima Skin Solutions |
Ha, bagus kan khidmat yang disediakan oleh Salima Skin Solutions ni. Baru la kita tau yang mana sesuai untuk kulit kita. Takde la main hentam je guna. Tu yang membuatkan segala masalah kat kulit tak surut walaupun dok tenyeh hari-hari. Tengok la Pengasasnya, walaupun umur dah melebihi 40 tahun tapi kulit wajahnya masih tip top. Jeles weiii... Jadi, kalau nak jugak kulit muka cantik macam beliau, kena la guna produk dari Salima Skin Solutions jugak kan..
Sedikit info mengenai Madam Salima, beliau mempunyai lebih dari 15 tahun pengalaman dalam bidang estetik perubatan canggih, dibimbing oleh pakar-pakar penjagaan kulit dan doktor di seluruh dunia untuk menyempurnakan bidangnya. Beliau lulus dengan Kepujian dalam Perubatan Estetik dan merupakan Juruteknik Estetik Perubatan Laser yang disahkan sepenuhnya. Beliau juga mempunyai Ijazah Kehormat dalam mekanikal kimia. Salima juga bekerja dengan Pengarah dan ketua editor Vogue Italy (Franca Sozzani), memberikan perkhidmatan estetik perubatan kepada Top Model yang memerlukan kulit yang mulus sebagai asset dalam kerjaya.
Salima Skin Solutions Kini Di Malaysia |
Atas sebab ini, dia ingin menyumbangkan kepakaran mengenai teknik kecantikan kulit untuk membantu wanita bukan sahaja di Kanada, tetapi di seluruh dunia. Dan kini Salima Skin Solutions dah memasuki pasaran Malaysia tau. Yeahhh, korang boleh rujuk maklumat lanjut pasal produk Salima Skin Solutions ni di :
2 Comments
Macam mana nak beli produk ni? Ada jual online x?
ReplyDeleteIt is perfect time to make some plans for the future and it is time to be happy. I've read this post and if I could I desire to suggest you some interesting things or suggestions. Perhaps you could write next articles referring to this article. I want to read more things about it!
ReplyDeletedigital marketing malaysia