TARIKAN DAN INFO MENARIK DI EXPO NEGARAKU 2017

TARIKAN DAN INFO MENARIK DI EXPO NEGARAKU 2017 | Assalamualaikum semua.. Sape dah pergi ke Expo Negaraku 2017 ? Angkat tangan!!... yeahhhh, sape dah pergi sep sikit. Aku pun dah pergi ke sana minggu lepas. Macam biasa la pergi dengan dak-dak blogger. Asalnya just nak tengok apa yang menarik kat situ sebab ada tengok kat iklan televisyen tapi bila dah sampai, wow tak sangka weii letopss giler. Bayangkan padang kat Dataran Merdeka tu bertukar wajah dengan adanya 5 kubah yang penuh dengan informasi mengenai kemajuan negara. So, apa yang menarik mengenai Expo Negaraku ni? Ha, meh baca bawah ni.

Tarikan dan Info Menarik Expo Negaraku 2017
Cheq dah sampai Expo Negaraku 2017

Tarikan dan Info Menarik Expo Negaraku 2017

Pada mulanya aku ingat pameran kat Expo Negaraku 2017 ni mesti membosankan dan hanya mempamerkan info-info yang ala-ala pameran sejarah. Tapi ternyata sangkaan aku meleset. Rupanya kat sini ada disediakan 5 kubah besar, siap ada simulator dan juga paparan skrin interaktif yang membolehkan kita berinteraksi secara layar digital. Fuhh.. canggih plak ayatnya. Senang kata kat dalam kubah tu depa buat model dan skrin yang membolehkan kita berinteraksi dan merasai pengalaman bagai berada di lokasi sebenar. Ok, jom tengok apa yang menarik di dalam 5 kubah ni :

Tarikan dan Info Menarik Expo Negaraku 2017
Ni la pintu masuk Kubah tu

Kubah 1 : Tuah Dikongsi Bersama
Selepas beratur dengan sabar, perjalanan pengembaraan bermula dengan Kubah 1 di mana kita akan menonton video di Skrin Besar mengenai kisah Alia yang mempunyai jiwa yang besar. Nak tau siapa Alia?? ha, kena la mai dan saksikan sendiri.. hehe

Tarikan dan Info Menarik Expo Negaraku 2017
Siapa Alia??

Kubah 2 : Kemudahan Infrastruktur
Dalam Kubah 2 ni kita akan melihat sendiri bagaimana kemudahan infrastruktur yang membawa transformasi kepada kehidupan rakyat Malaysia. Kat dalam kubah ni siap ada simulator yang membolehkan kita merasai sendiri pengalaman menaiki kemudahan awam yang ada di negara kita. Pandai depa buat simulator tu. Ada simulasi MRT, Bas dan Kapal Terbang. Budak-budak mesti suka.

Tarikan dan Info Menarik Expo Negaraku 2017
Proses menebuk terowong

Tarikan dan Info Menarik Expo Negaraku 2017
Acah-acah naik LRT

Kubah 3 : Kehidupan Kesejahteraan
Untuk Kubah 3 ni pasal infrastruktur juga tapi lebih kepada kemudahan dari segi perumahan, persekolahan dan juga melihat sendiri testimoni kelebihan-kelebihan pelbagai program dan inisiatif yang menjana pertumbuhan ekonomi dan menambahbaik tahap kehidupan dan kesejahteraan rakyat. Yang menariknya kat sini kita boleh tengok jenis-jenis telefon zaman dulu-dulu weii... Memang menggamit memori.

Tarikan dan Info Menarik Expo Negaraku 2017
Hello, sape di sana?? Windu Public phone

Kubah 4 : Gaya Hidup Malaysia
Pernah pergi ke Langkawi? Ha, kat Kubah 4 ni kita akan merasai sendiri pengalaman seolah-olah menaiki naik cable car di Langkawi. Selain tu kita juga akan menikmati keindahan semulajadi negara melalui replika hutan hijau yang ada di Malaysia, bertemankan bunyi deruan air terjun. Siap ada laluan jambatan gantung tau.

Tarikan dan Info Menarik Expo Negaraku 2017
Wow, jambatan gantung pun ada??

Kubah 5 : Masa Depan Gemilang
Kat Kubah 5 ni paling best sebab ada paparan visual 360 darjah. Bayangkan skrin yang luas dengan visual yang berputar di sekeliling kita. Sakit tengkok? Tak la sebab kat situ disediakan kerusi dan bag bean untuk kita baring bagi memudahkan kita tengok paparan visual 360 darjah mengenai masa depan negara. Canggih weii..

Tarikan dan Info Menarik Expo Negaraku 2017
Get ready nak tengok paparan visual 360 darjah

Menarik kan kelima-lima kubah ni. Memang canggih dan berbaloi duduk kat dalam tu. Yang bestnya walaupun ramai tapi tak rasa panas pun sebab air-cond yang digunakan mampu menampung kapasiti besar. Kalau boleh nak duduk lama-lama dan explore habis-habisan sebab selesa sangat kat dalam tu. Tapi memandangkan ada tugasan yang perlu dilaksanakan, so tak boleh la nak lama-lama kat dalam tu. Insha Allah kalau ada peluang nak repeat lagi... ada sesape nak teman?? cewah.. hehe

Tarikan dan Info Menarik Expo Negaraku 2017
Pintu masuk pun dah ada kipas air

Tu baru cerita pasal 5 Kubah yang ada di sana. Belum lagi aktiviti-aktiviti lain yang turut dilangsungkan bersama sepanjang program ni. Berikut senarai aktiviti mengikut minggu sepanjang Expo Negaraku ini berlangsung :


Minggu 1 - Kesihatan & Kesejahteraan
  • Upacara Pembukaan
  • Zumbanation
  • Kejohanan Futsal Expo Negaraku


Minggu 2 - Citarasa Kita
  • Pesta Fiesta 2017
  • Pesta Buah-Buahan


Minggu 3 - Kebudayaan & Pelancongan
  • Kenali Budaya di Negeri-Negeri Malaysia
  • Malam Bersama Pelawak Terkemuka
  • Penghargaan Tokoh-Tokoh Malaysia


Minggu 4 - Aktiviti & Permainan
  • Permainan Rakyat
  • Go-Kart
  • Penutup


Tarikan dan Info Menarik Expo Negaraku 2017
Bestnya kat Expo Negaraku ni

Untuk pengetahuan korang, Expo Negaraku ini diilhamkan dan juga dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak bagi mempamerkan projek-projek infrastruktur terdahulu, semasa dan masa hadapan yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia demi menyediakan kehidupan yang lebih bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

Tarikan dan Info Menarik Expo Negaraku 2017
Jom bawak family dan rakan ke Expo Negaraku.. best

Bagi aku ini la Expo Infrastruktur Mega yang pertama di Malaysia dan aku sarankan korang kena datang tambahan pula tak lama lagi cuti sekolah dah bermula. Best weii.. Lagipun tiada bayaran dikenakan. Iya wakk, bayaran masuk ke Expo Negaraku ni PERCUMA je. Inilah masanya nak bawa anak-anak untuk mengenai sejarah pembangunan negara kita di samping mengetahui apakah arah tuju serta pembangunan pada masa akan datang. So, kalau korang nak pergi, kat sini aku senaraikan sedikit tips untuk korang :

Tips ke Expo Negaraku 2017

  • Tak perlu menaiki kenderaan sendiri ke sini. Korang boleh pilih sama ada menaiki LRT dan turun di Masjid Jamek
  • Boleh juga menggunakan khidmat GRAB dan nikmati RM5 OFF X 2 RIDES dengan menggunakan kod promo #EXPONEGARAKU17 untuk perjalanan yang ke-1000 pertama setiap hari.
  • Tak perlu bawa makanan kerana di sini ada jualan FOOD TRUCK. Yang penting sediakan duit aje.. hehe
  • Kalau ada pengunjung yang datang dari jauh, jangan risau. Korang boleh rancang percutian ke sini dan pilihlah hotel yang ada promosi seperti Grand Millenium Kuala Lumpur, Pullman Hotels and Resorts Kuala Lumpur, Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur, StarPoints Hotel Kuala Lumpur, Fraser Place Kuala Lumpur, Premiera Hotel Kuala Lumpur dan Hotel Transit Kuala Lumpur.
  • Kalau dah datang ke Expo Negaraku, jangan lupa ambil gambar banyak-banyak dan muat naik ke laman sosial korang dengan menggunakan #EXPONEGARAKU. Mana tau gambar korang terpilih untuk memenangi hadiah menarik. Best tu..
  • Akhir sekali, meh tengok video kat bawah ni supaya korang boleh dapat gambaran kemeriahan di Expo Negaraku. Jangan lupa tekan like sekali tau.. hehe..


Expo Negaraku
Lokasi : Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Tarikh : 15 Nov hingga 15 Dis 2017
Masa : 10am hingga 10pm
Bayaran : PERCUMA.

Post a Comment

6 Comments

  1. Menarik! Tak berkesempatan nak pegi. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, lama lagi sampai 15 Dis 2017. sempat je kalau nak pi.. hehe

      Delete
  2. best, yang penting percuma. nanti leh g lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inashaAllah... gi reramai, nak makan nasi ayam goreng kunyit

      Delete
  3. Wahhh seronoknyaaaa. Kena pergi juga ni!

    ReplyDelete
  4. cool stuff you have and you keep overhaul every one of us
    digital marketing malaysia

    ReplyDelete