BUFFET SEMPENA KRISMAS DI RESTORAN NOOK ALOFT KUALA LUMPUR SENTRAL | Assalamualaikum semua.. Terasa cepat masa berlalu, tanpa sedar kita akan melangkah ke bulan Disember dah. Bagi anak-anak pastinya tersenyum riang sebab dah tiba musim cuti sekolah. Bagi yang bekerja, yeayyy time ni la nak keluar lambat sket sebab jalan tak jem. haha betui dak?? Dan bagi yang menganut agama Kristian, pastinya bulan ni bulan yang bermakna buat mereka kerana bakal menyambut perayaan Hari Natal ataupun biasa kita sebut Hari Krismas.
Buffet Sempena Krismas Di Restoran Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral |
Sama perayaan Umat Islam, sempena kehadiran Krismas mereka juga akan menyambut dengan meriah dan menghidangkan pelbagai hidangan yang enak terutama hidangan tradisi yang menjadi signature setiap kali perayaan ni disambut. Ye la macam kita gak, kalau raya ada ketupat, lemang, rendang dan lain-lain. Depa pun ada gak. Kalau nak rasa makanan tradisi sempena hari Krismas, Restoran Nook yang terletak di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral ada menawarkan Buffet Makan Malam sempena Perayaan Krismas.
Rasanya semua orang tahu kalau Perayaan Krismas tak lari dengan hidangan tradisi Ayam Turki kan. Tau ke ayam turki ni yang mana? haaa.. yang bunyi "kluk kluk kluk" tu.. tetiba teringat kampung sebab jiran ada bela ayam turki ni.. hehe. Kat Restoran Nook ni mereka juga tak ketinggalan menghidangkan Ayam Turki Bakar (Roasted Turkey) yang diberi nama Nook's Oven-Roasted Garlic Rosemary Whole Turkey. Perghhh.. sedapnya. Ditambah pulak dengan beberapa side dishes & sauces seperti Prunes and Chestnut Stuffing, Giblet Gravy, Cranberry Sauce, Natural Chicken Jus, Mustard Potato Dauphin Oise, Grilled Pumpkin, Buttered Broccoli Polonaise, Braised Carrot in Orange Reduction termasuk juga Sauteed Brussel Sprout.
Selain dari Ayam Turki, ada banyak lagi makanan yang sedap dihidangkan di Restoran Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral ni sempena Hari Krismas. Antara hidangan yang ada seperti Herbed Crumbed Roasted Lamb Leg, Beef Stroganoff, Braised Hickory Smoked Short Rib, Peri-Peri Roasted Whole Chicken, Beef Goulash, Steamed Sea Bass dan banyak lagi. Semua hidangan ni korang kena makan dengan hidangan sampingan seperti Apple & Chestnut Stuffing, Brussel Sprout with Bacon, Herbed Potato Wedges, Creamy Garlic Mashed Potatoes, Smokey Gratinated Mushroom Ham Mac ‘n’ Cheese dan Steamed Crushed Potato. Baru la hidangan yang kita makan tu lengkap. Orang kata 'completed set' la. Hurmm... dapnyerrrr
Slow Cooked Mexican Marinated Striploin Of Beef |
Apple Raisin and Chesnut Stuffing & Honey Maple Roasted Trio Potato |
Sauted Brussel Sprout With Bacon |
Prawn Fritters & Nachos |
Assorted Pizzas |
Gratin Marinara Seafood With Fennel and Basil |
Classic Irish Lamb Stew |
Whole Steamed Snapper With Superior Soya Stock |
Eh, kalau ada di antara korang yang nak makan masakan melayu, jangan khuatir. Kat Restoran Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral ni tetap tak lupakan hidangan tradisi kita. Dengan menerapkan Asian Flavour, beberapa hidangan turut disediakan seperti Stewed beef in Turmeric & Coconut, Prawns with Chilli Paste dan Stink Beans, Spicy Deep-Fried Fermented Bean Curd bersama Potato, French Bean bersama Dhall, Bhendi Kurma, Ghee Rice bersama Chick Pea, Buttered Prawn bersama Oats, Stir-Fried Beef bersama Chinese Barbeque Sauce, Fried Bamboo Shoot bersama Olive Leaves dan banyak lagi. Banyak betul pilihan yang ada disini.
Braised Chicken Cooked With Turmeric & Coconut |
Mackerel Cooked With Chilli & Tamarind |
Stewed Beef In Soya Sauce & Local Spices |
Noodle Station |
Bila dah kenyang, jangan lupa untuk merasai keenakan desserts yang dihidangkan di sini. Dah la sedap, comel lak tu. Suka tengok kek dan pastry yang dihiasi dengan patung Santa Claus yang comel siap dengan rusa lagi. Alahai, sayang rasa nak makan. hehe.. Antara desserts yang ada seperti Apple, Pumpkin, Pecan dan Lemon Meringue Pie. Kalau untuk kek pulak ada Chocolate Log Cake, Cappuccino Cheesecake, Butterscotch Trifle, Mixed Berry Pavlova, Sticky Toffee Pudding with Caramel Sauce, Strawberry Cheese Cake, Chocolate Mint Brownies, Citrus Profiterole, Black Forest Push Pops dan banyak lagi. Fuhhh... banyak kan. Tapi kena rasa semua... baru best.. hehe
American Style Chocolate Cake |
Apple and Cranberry Gallette |
Chocolate Log Cake |
Marble Butter Cake |
X'mas Cupcakes |
X'mas Cupcakes |
Seafood On Ice |
Fruits |
Alhamdulillah, aku dah rasa semua makanan yang sedap kat sini masa Buffet Preview ritu. Kalau korang nak juga merasa hidangan di sini, korang boleh rujuk info di bawah ni. Jangan lupa bawak family dan kengkawan sekali tau... Adiosss
Nook’s Christmas Buffet Aloft Kuala Lumpur Sentral
Tarikh :
1 Disember 2017 sehingga 30 Disember 2017
Masa :
jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam
Harga :
RM118 nett per dewasa
Ambang Hari Natal RM128 nett per dewasa
Lokasi :
NOOK, Aras 1, Aloft KL Sentral,
No 5 Jalan Stesen Sentral,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tempahan :
+(60) 3 2723 1188
Website :
3 Comments
wahhh... sedapnya makanan-makanan dalam gambar tu. brussels sprout tu teringin sangat nak rasa. susah nak dapat kat area terengganu sini. rasa dia macam kacang2 sket kan?
ReplyDeletehaah.. macam kacang tp rangup2 sket
DeleteI really enjoy simply reading all of your weblogs. Simply wanted to inform you that you have people like me who appreciate your work. Definitely a great post. Hats off to you! The information that you have provided is very helpful.
ReplyDeletedigital marketing