JEJAK KAKI DI LUBUKLINGGAU SUMATERA SELATAN INDONESIA

JEJAK KAKI DI LUBUKLINGGAU SUMATERA SELATAN INDONESIA | Assalamualaikum semua.. Rasa bagai tak percaya bila dapat tawaran untuk menjelajah bumi Sumatera Selatan Indonesia sempena Famtrip International Musi Triboatton. Terus kelam kelibut packing semua baju dan segala keperluan untuk dibawa kerana trip kami akan berlangsung selama 5 hari 4 malam. Masa tu tak fikir apa dah, sumbat je baju yang ada sebab flight kami keesokkan paginya.

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Media Famtrip International Mussi Triboatton

Trip kali ini aku dapat pergi dengan Mek Onie dan juga Hasif. Wah excited weii sebab dapat pergi dengan my partner in crime Mek Onie. Hasif pulak memang dah lama kenal tapi tak pernah lagi pergi trip or travel dengan dia. Kira first time la ni. Selain dari kami, ada lagi 2 blogger lain dari Malaysia tapi tak pernah jumpa iaitu Aqashah (wakil Pojiegraphy) dan juga Farah. So, pagi rabu tu baru jumpa diorang kat KLIA2. Yeay, nice to meet uols.. 😍

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Bersama blogger Mekonie, Hasif dan Aqashah

Sebagai permulaan perjalanan, kami menaiki penerbangan Air Asia AK 380 dari KLIA2 ke Jakarta. Kenapa ke Jakarta? Sebenarnya kami hanya transit je kat sini. Destinasi sebenar kami adalah ke Palembang. Tapi sebelum sampai ke sana, kami akan singgah di beberapa lokasi yang menarik sekitar Sumatera Selatan. Ketibaan kami di Jakarta disambut oleh Mas Eka dan ada lagi seorang lagi kami bertemu di Lubuklinggau iaitu Mbak Esa (Wakil dari Tourism Sumatera Selatan). Mereka la yang bertanggungjawab menjaga kami sepanjang sessi Famtrip ni berlangsung. Masa kat airport Jakarta, kami juga berjumpa dengan 2 lagi blogger dari Singapura yang sangat peramah dan humble iaitu Hannah dan juga Jeremy. Nice to meet uols too 😍

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Cakk.. eh, ada blogger dari Sangapore Hannah & Jeremy la. Yang hensem tu plak Mas Eka

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Gabungan 2 negara Malaysia & Singapura

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Ni pulak Mbak Esa yang cantik 😗

Perjalanan kami seterusnya adalah dengan menaiki penerbangan Nam Air IN 014 dari Jakarta ke Lubuklinggau. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang sejam gitu. Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Bandar Lubuklinggau ni kan. Aku pun first time dengar. Mujur la dapat join trip ni. Dapat jugak aku share experience aku sepanjang perjalanan kami ke sana dan juga destinasi lain yang menarik yang bakal kami kunjungi. So, pastikan korang follow blog aku tau. hehe.. 💕

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Dalam Flight Nam Air ke Lubuklinggau

Lebih kurang pukul 1.30 petang (waktu tempatan) kami selamat mendarat di Lubuklinggau Silampari Airport. Alhamdulillah cuaca cerah dan baik. Dalam hati rasa bersyukur sangat kerana perjalanan kami dipermudahkan dan dapat menjejakkan kaki di bumi Lubuklinggau buat pertama kali. Tak habis kat situ, kami turut dikejutkan dengan sambutan dari Wakil Tourism di sana dengan mengkalungkan kami kain selendang (untuk perempuan) dan memakaikan tanjak (untuk lelaki) sebagai tanda Selamat Datang. Perghhh... terharu weiii. Rasa macam VIP plak, padahal kami ni insan biasa-biasa je wakkk.. Thank you so much Dinas Kebudayaan & Pariwisata Sumsel.. 💋

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Alhamdulillah selamat menjejakkan kaki di Lubuklinggau

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Lubuklinggau Silampari Airport

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Kami disambut dengan disarungkan selendang

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Kenangan Indah bermula di sini


Gubug Makan Mang Engking Sebroyot, Lubuklinggau


Untuk hari pertama ni kami tidak singgah mana-mana lokasi menarik melainkan singgah di sebuah restoran untuk makan tengah hari. Selebihnya kami akan menempuh perjalanan yang jauh ke Kota Pagaralam yang akan memakan masa 4 jam atau lebih. Jadi memandangkan masih jauh perjalanan kami makan dan berehat agak lama di Gubug Makan Mang Engking Sebroyot, Lubuklinggau. 😋

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Destinasi pertama harus la makan.. yippiee

Dek kerana lapar, masing-masing dah tak sabar nak makan. Tapi walau macam mana lapar sekalipun, kamera harus makan dulu la. Haha, dah nama pun blogger kan. Sanggup tu tahan lapar. Di sini kami dihidangkan dengan menu masakan dari sunda. Menu utama yang dihidangkan adalah ikan gurame atau kita panggil ikan talapia. Aku perasan selama aku pergi ke Indonesia, memang banyak dihidangkan dengan ikan gurame. Jarang jumpa ikan lain. Kenapa ekk?? Tapi tak jadi masalah sebab aku memang suka ikan gurame. Tambah lagi kalau gurame bakar cicah air asam, perghhh ssedap ooo.. Selain tu ada jugak dihidangkan ayam goreng, udang bakar, sotong tepung, kangkung dan lalapan. Alhamdulillah, kenyang.. 😆

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Macam-macam ada.. lapar ni

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Ok, jemput makan dulu ya

Lepas makan, kami berehat di gazebo yang diperbuat dari buluh dan dibina di sekelilingi kolam ikan. Cantik sungguh restoran ni. Besar pulak tu. Sesuai sangat kalau nak buat majlis keraian di sini. Rasa hilang penat walaupun dah melalui perjalanan beribu-ribu kilometer. Oh ya, gazebo ni unik tau sebab ada pelantar dibina khas untuk mereka yang ingin membuat foot spa. Nak tau sape yang urut? Haaa, tentu la ikan-ikan yang kelaparan dalam kolam tu.. haha... don't worry, ikan ni takkan baham kaki korang cuma dia akan gigit-gigit manja je.. hehe 😃

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Cantik betul restoran ni
Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Siap ada gazebo kecil



Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Tak berani nak hulur kaki.. haha

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Awak lapar ekk...

Setelah puas berehat, kami pun meneruskan perjalanan ke Kota Pagaralam yang akan mengambil masa 4 jam katanya. Perhh.. bertabah la. Mula-mula ok la boleh tahan mata melihat pemandangan sepanjang perjalanan. Tapi bila dah masuk jalan yang berliku, aku memaksa diri untuk tidur. Bukan apa, takut pening dan ditambah pulak dengan kurang tidur. Takut karang demam pulak. Rugi weiii. .😁

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Kenderaan rasmi yang membawa kami sepanjang perjalanan

Masa dalam perjalanan, aku tersedar kerana kami berhenti di Sat Lantas Polres Empat Lawang. Ingatkan dah sampai rupanya berhenti untuk ke tandas. Kami dinasihatkan untuk ke tandas kerana perjalanan kami selepas ni akan melalui kawasan hutan sahaja dan tiada tempat untuk ke tandas. Kami juga akan diiring dengan kereta polis untuk memastikan perjalanan kami lancar.

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Sat Lantas Polres Empat Lawang

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Perjalanan kami diiring polis untuk keselamatan

Ini la serba sedikit cerita mengenai pengalaman pertama aku jejak kaki di Lubuklinggau Sumatera Selatan, Indonesia tempoh hari. Perjalanan diteruskan hingga malam hari untuk sampai di Kota Pagaralam. Apa yang menarik di Kota Pagaralam? Haaa.. nantikan entri aku yang seterusnya yek.. adiossss 😗

Jejak Kaki Di Lubuklinggau Sumatera Selatan Indonesia
Habis dah part 1, tunggu entri akan datang ye.. hehe

Event : Media FamTrip International Musi Triboatton Palembang
Tarikh : 8 - 12 November 2017
Terima Kasih Dinas Kebudayaan & Pariwisata Sumsel



Post a Comment

7 Comments

  1. Yeayyy seronoknya baca! Rindu trip ni. Bilalah kita boleh travel sama-sama lagi ni, Kak Bee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyyy... nanti kita travel sesama tauuuu... hehe

      Delete
  2. cantiknya restoran dia kak. siap ada gazebo lagi. bilalah ni dapat ke sana. jomlaaa plan pergi kak.

    ReplyDelete
  3. kelasnya restoran tu kak. kalau ke sana nanti, nak singgah jugaklah macamni hehee

    ReplyDelete
  4. Rindunya bumi Sumatera. Tak sabar nak ulang jalan lokasi ini lagi.

    ReplyDelete
  5. sronok nye die ke LUBUKLINGGAU SUMATERA SELATAN INDONESIA...tgk gmbr makanan tu lpr plak...gmbr ikan ternganga mulut tu nice capture

    ReplyDelete
  6. I am really enjoying reading your well written articles. It looks like you spend a lot of effort and time on your blog. I have bookmarked it and I am looking forward to reading new articles. Keep up the good work.
    digital marketing

    ReplyDelete