LOKASI MENARIK DAN KEINDAHAN DI PAGAR ALAM, INDONESIA

LOKASI MENARIK DAN KEINDAHAN DI PAGAR ALAM, INDONESIA | Assalamualaikum semua.. Dalam entri yang lepas aku dah cerita pasal perjalanan dari Malaysia hingga menuju ke Kota Pagar Alam. Ada sesetengah orang menulis "Pagaralam". So, tak sure ejaan mana yang betul. Tapi yang pasti lokasi yang dimaksudkan adalah sama iaitu sebuah kota yang terletak di Sumatera Selatan Indonesia. Ya, mungkin lokasi ini agak jarang kedengaran dan kurang menjadi perhatian di kalangan pelancong terutama dari Malaysia tapi rupanya Kota Pagar Alam juga merupakan satu destinasi yang patut dikunjungi kerana terdapat banyak khazanah alam semulajadi yang tersembunyi di sini. Kat bawah ni aku share pengalaman aku sepanjang berada di Kota Pagar Alam sempena Media Famtrip International Musi Triboatton Palembang.

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam, Sumatera Selatan, Indonesia


Gunung Gare Resort Villa & Hotel


Setelah menempuh perjalanan yang panjang selama hampir 6 jam, akhirnya kami selamat sampai ke lokasi penginapan kami di Gunung Gare Resort Villa & Hotel. Fuhh jauh juga perjalanan sebab kami bertolak dari Lubuklinggau. Sepanjang perjalanan kami dapat melihat keindahan alam semula jadi dan juga perkampungan di pinggir jalan. Tapi sampai je bahagian jalan yang berliku, tidur je la sebab takut pening. Lagipun aku dah semalaman tak tidur, tu yang mengantuk sangat. Tapi biasa la, tidur dalam perjalanan ni kurang lena. Kejap bangun, kejap tidur...hehe 😫

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Gunung Gare Resort Villa & Hotel

Akhirnya lebih kurang pukul 9 malam (waktu di sana), kami tiba di Gunung Gare Resort Villa & Hotel. Ketibaan kami disambut dengan sapaan angin yang sejuk dan ditambah dengan hujan renyai-renyai menjadikan suhu menjadi lebih sejuk. Rupanya hotel kami ni terletak di kawasan tanah tinggi. Patut la perjalanan jauh dan jalan berliku. Ala-ala macam Cameron Highlands gichuu. Malam tu kami ada Dinner dengan Pagaralam Tourism Board dan setelah selesai masing-masing menuju ke bilik untuk tidur awal kerana esoknya kami ada misi dan perlu bangun seawal 3 pagi untuk bersiap. Haha, awal tak?? fuhhh.. boleh bangun ke tak ni.. 😂


Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Dinner dengan Pagaralam Tourism Board

Gunung Gare Resort Villa & Hotel ni terletak di kaki Gunung Gare dan mempunyai bilik yang unik tau. Mana taknya, biasa dalam bilik ada kipas dan air cond tapi kat sini berbeza di mana dalam bilik ada payung. Yea wakkk... payung-payung digantung di siling dan terdapat mural yang comel di dinding menjadikan biliknya lebih dramatik. Tapi malangnya bilik aku belum lagi ada dekorasi begini. Agaknya belum siap kot. Ni pun tumpang selfie kat bilik Onie.. hehe. Cantik kan. *tapi orang tua-tua kata tak elok bukak payung dalam rumah, nanti ular masuk. Betul ke?? 😥

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
comel bilik siap ada payung

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Bilik aku simple, mujur ada Swan yang comel ni

Di bahagian belakang Gunung Gare Resort Villa & Hotel ni terbentang pemandangan gunung Gare dan juga hamparan ladang teh yang menghijau. Subhanallah, cantiknya. Terasa nyaman dan sejuk mata memandang. Kan best kalau setiap hari dapat mengadap pemandangan macam ni. Jauh dari kesibukan kota dan menenangkan jiwa. Ni tak, hari-hari dok mengadap jalan raya yang sibuk. 😇


Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
View belakang hotel kami

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Pemandangan yang menghijau

Ada satu sudut di bangunan belakang yang menarik perhatian kami. Bayangkan dinding bangunan di cat dengan mural yang berwarna warni dari tingkat bawah hingga ke tingkat atas. Wow, memang cantik dan menarik. Ada juga signage Tangga 2001. Siap dengan kipas warna warni. Harus la jadi tumpuan untuk bergambar kan. Trademark dan bukti dah sampai ke sini. hehe.. Katanya di sini juga tumpuan anak-anak muda untuk berhibur bersama rakan-rakan kerana ada juga persembahan live band. So, boleh la lepak-lepak sambil order kopi. 🍵

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Cantik kan bangunan ni.. siap ada lukisan mural

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Kat sini waktu malam ada live band


Gunung Dempo


Kat atas aku ada mention pasal bangun seawal 3 pagi kan.. huwaaa, malas nya nak tinggalkan katil tapi demi misi mengejar sunrise, gigih jugak la bangun. Tak sabar nak tengok keindahan matahari terbit di bumi Sumatera Selatan ni. Tempat lain pun ada matahari terbit?? heyyyy... tak sama tau feel dia. Setiap tempat ada keistimewaan tersendiri. So, lokasi kami untuk melihat matahari terbit ni di atas Gunung Dempo. Mujur tak payah hiking, just naik guna kenderaan je. 🚐

Gunung Dempo ni terletak di Kota Pagar Alam, Sumatera Selatan dan merupakan salah satu tempat menarik yang ada di sini. Ketinggiannya ialah 3,195 dari aras laut menjadikannya yang tertinggi di dalam banjaran Bukit Barisan. Kalau korang nak tau nama Pagar Alam ini diambil sempena jajaran Bukit Barisan yang mengelilingi kota yang kelihatan seperti pagar. Menarik kan. 🌅

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Misi mengejar sunrise

Lebih kurang pukul 4 pagi gitu kami memulakan perjalanan yang memakan masa lebih kurang 40 minit dari penginapan kami hingga ke lokasi yang dituju. Bayangkan dengan keadaan yang gelap dan kami yang masih mengantuk, tak terfikir dah apa yang bakal menanti. Tapi bila kenderaan kami mula melalui jalan yang sangat sempit dan berliku-liku, terus semua jadi segar dan berdebar-debar. Sampai ada saatnya kenderaan kami terhenti dek kerana selekoh yang sangat tajam dan sempit. Berderau darah tapi mujur la abang driver cekap dan kondisi kenderaan dalam keadaan baik. Jadi kenderaan kami dapat dikawal dengan baik. 😵

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Tengah rekod timelapse untuk sunrise

Bila sampai ke lokasi yang sesuai untuk melihat sunrise, kami pun mengeluarkan gadget dan kamera masing-masing dan menunggu matahari terbit. Dari kejauhan kelihatan lampu-lampu berkelipan yang datang dari arah Kota Pagar Alam. Sayup-sayup je tapi belum jelas kerana pemandangan yang masih gelap. Masa ni suhu kat sini sangat sejuk lebih kurang 18°C gitu. Huhu, sejuk yakmat. Patut la diorang pesan suruh pakai jaket or baju tebal. ⛄

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Pemandangan Kota Pagar Alam sebelum matahari terbit

Setelah menunggu dengan sabar, akhirnya perlahan-lahan matahari mula menerbitkan cahayanya. Subhanallah, cantiknya. Masa ni rasa bertuah dan berbaloi sangat dapat tengok pemandangan yang indah ni walaupun terpaksa bangun awal. Betapa indahnya ciptaan Tuhan. Syukur alhamdulillah kerana berpeluang melihat kebesaranNya depan mata sendiri. 🌄

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Subhanallah, matahari mula memancarkan cahaya pagi

Bila matahari dah naik, baru la kami dapat melihat keseluruhan pemandangan disekeliling kami dan juga pemandangan Kota Pagar Alam yang sayup-sayup je kelihatan. Kami juga dapat melihat hamparan ladang teh yang menghijau dan juga jalan yang berliku-liku yang kami lalu tadi. Oooo.. macam ni rupanya jalan yang kami lalu tadi. Scary jugak 😂

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Sayup-sayup kelihatan pemandangan yang mula dilitupi kabus

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Kata belakang ni nampak jalan yang kami lalui.. seram tak?


Tugu Rimau


Lokasi tempat kami berhenti untuk melihat matahari terbit ni ni dinamakan Tugu Rimau dan terdapat Signage Pagar Alam yang besar. Ketinggian Tugu Rimau adalah 1,820 meter dari aras laut. Di sini juga merupakan titik permulaan kepada para pendaki yang ingin mendaki hingga ke puncak Gunung Dempo yang mana di puncaknya terdapat kawah gunung berapi. Kami tak naik sampai ke puncak sebab kena hiking. Kami hanya singgah di sini untuk melihat sunrise aje. 😎

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Tugu Rimau - Lokasi kami tengok sunrise

Di sini juga terdapat satu replika patung yang berbentuk Harimau yang memakai pakaian tradisi masyarakat Sumatera Selatan dan memegang Obor. Tugu ini dibina semasa Sumatera Selatan menjadi tuan rumah untuk Pekan Olahraga Nasional (PON) tahun 2004 lalu. Kini ia menjadi salah satu lokasi persinggahan untuk pengunjung yang datang dan ingin melihat keindahan alam semulajadi di Gunung Dempo. 🐯

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Replika Rimau memakai pakaian tradisi Sumatera Selatan


Kebun Teh Gunung Dempo


Semasa turun dari Gunung Dempo, kami dapat melihat kehijauan ladang teh yang sangat cantik ditambah dengan sinaran mentari pagi dan juga langit yang membiru. Dari jauh kelihatan para pekerja pengutip daun teh mula menjalankan tugas seharian demi mencari sesuap nasi. Dek kerana teruja melihat pemandangan yang indah ni, kami meminta izin dengan abang driver untuk berhenti bagi merakamkan foto sebagai kenangan. 📷

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Hamparan kebun teh

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Subur betul tanaman teh kat sini

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Bergambar dengan Ibu Qasinah yang bekerja sebagai pemetik daun teh


Air Terjun Tujuh Kenangan


Selepas breakfast di hotel, sekali lagi kami keluar dan bergerak menuju ke Air Terjun Tujuh Kenangan. Katanya kami perlu hiking dan melalui kawasan tanaman kopi untuk sampai ke lokasi tersebut. Oh tidakkk.. masa tu terfikir mampu ke? Maklum la aku ni dah lama tak exercise. Mau berkarat dah tulang temulang ni nak memanjat. Tapi tak pergi rugi pulak. So, bertabah la ekk. Mujur la laluan tak sukar dan ada step yang diperbuat dari buluh untuk memudahkan perjalanan but still kena hati-hati sebab laluan agak licin. 😀


Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Laluan ke Air Terjun Tujuh Kenangan

Setelah mendaki dan melalui denai yang agak licin selama lebih kurang 30 minit, akhirnya kami sampai ke Air Terjun Tujuh Kenangan. Kalau kat sini masyarakat temapatan panggil Curug Tujuh Kenangan. Curug tu maksudnya Air Terjun la. Kat sini orang tak ramai dan airnya bersih je nampak. Mungkin kerana kami sampai awal kot. Alangkah bestnya kalau dapat mandi tapi masa tak mengizinkan kerana masih banyak lokasi yang perlu kami pergi. Tak pe la. Takde rezeki. 😖

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Air Terjun Tujuh Kenangan

Selain dari Air Terjun Tujuh Kenangan ada lagi beberapa air terjun yang lain seperti Air Terjun Lematang Indah, Air Terjun Embun dan Air Terjun Mangkok tapi kami tak pergi. Selepas selesai bergambar kami pun bergerak balik dan melalui laluan yang sama. 💪

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Rasa nak mandi tapi tak sempat plak


Situs Megalith Tegur Wangi


Lepas balik dari Air Terjun Tujuh Kenangan singgah di satu kawasan sawah padi. Pelik juga kenapa singgah di sini. Menurutnya di sini terletaknya batu-batuan yang berbentuk manusia dan haiwan hasil dari tinggalan sejarah pada zaman dahulu. Di sini mereka memanggil batuan ini sebagai Megalith. Tapak Megalith ini banyak ditemui sekitar kawasan Kota Pagar Alam, Lahat dan sekitarnya di Sumatera Selatan. Lokasi yang kami singgah ni terletak di Tegur Wangi yang merupakan salah satu tapak penemuan Megalith. 😇

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Situs Megalith Tegur Wangi

Ha, ni la Megalith yang pertama kami tengok. Jelas kelihatan bentuk batu ini yang menyerupai wajah manusia kan. Kawasan keliling Megalith di pagar dan dibina bumbung agar terpelihara dari cuaca dan juga vandalisme. Hal ini adalah untuk memastikan Megalith tidak rosak atau musnah agar dapat menjadi tatapan anak cucu. Tapi ada juga sesetengah Megalith yang telah dipindahkan untuk dipamerkan di Muzium Nasional Jakarta dan Muzium Balaputra Dewa Palembang. 😍

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Arca manusia dan dolmen

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Megalith

Berhadapan (seberang sawah) dengan Megalith pula terdapat penemuan sebuah bilik yang diperbuat dari batu. Bilik batu ini ditemui dengan kedalaman 110cm, panjang dan lebar kira-kira 2 meter. Bilik batu ini memiliki atap, dinding, serta lantai yang diperbuat dari batu. Menurut masyarakat setempat, penemuan bilik ini membuktikan kewujudan pemujaan kuno dan  fungsi bilik batu tersebut adalah sebagai tempat pemujaan pada zaman dahulu. Tapi ada juga yang mengatakan bilik ini berfungsi sebagai persemadian nenek moyang dahulu. 😊

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Bilik batu yang dibina zaman dahulu


Lesehan Lembur Kuring Karjak


Bila dah jalan ke sana ke sini perut pun apa lagi, berkoroncong lagu dangdut la. Kruk krukk berbunyi. Lagipun time tu dah pukul 2 ptg. Maknanya kat Malaysia pukul 3 tu.. huishh, patut la lapar. Jadi destinasi seterusnya harus la ke restoran untuk makan time.. hehe. 😋

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Lesehan Lembur Kuring Karjak

Kali ni kami singgah di Lesehan Lembur Kuring Karjak untuk makan tengah hari. Restoran ini telah beroperasi dari tahun 1999 dan terkenal di sekitar Pagar Alam kerana keenakan Ikan Gurame yang merupakan menu utama di sini seperti ikan Gurame Asam Manis dan Ikan Gurame Panggang. Selain tu ada juga menu lain seperti ikan mas masak kuning, cah kangkung, tempe tahu goreng dan lalapan. Hidangan di sini enak banget (wah, speking sana terus..hihi). Memang terbaik la masakan mereka.👍

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Menu lunch kami hari ni.. sedap

Suasana ruang makan di sini juga menarik kerana pondok makan dibina di atas kolam. Agaknya memang konsep mereka di sini sebegini kot. Restoran semalam pun sama juga. Tapi seronok sebab kita dapat makan dengan santai sambil menikmati pemandangan keliling yang dipenuhi dengan tumbuhan sayur dan buah-buahan. Lagipun tak payah guna kipas atau air cond sebab dah ada angin semula jadi. Jimat kan.. hehe 👌

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Best weii dapat makan santai macam ni..


Kebun Jeruk (Limau) Gergah Sidarhan


Sebelum kami bergerak ke Lahat, destinasi terakhir kami di Pagar Alam ialah di Kebun Jeruk Gergah Sidarhan. Kalau di Malaysia jeruk tu maksudnya buah yang telah dijeruk dan menjadi masam. Tapi di sini maksud jeruk tu adalah buah limau. Berbeza kan maksudnya. Tapi takpe, tak jadi masalah pun kan. 😊

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Kebun Jeruk (Limau) Gergah Sidarhan

Di sini ada lebih kurang 400+ buah pokok buah limau yang sedang masak dan menguning. Geram tengok buah limau yang tengah menguning bergayut-gayut kat pokok. Tapi awas ye. Anda dilarang untuk memetik buah ini sendiri kerana dikhuatiri akan mencederakan pokok. Lagipun karang terpilih buah yang belum masak dan masam, rugi la. Ye tak.. So, biarla pekerja mereka yang petik kan. Harga untuk 1 kg limau adalah Rp. 30,000 manakala bayaran untuk masuk Rp10,000. 🍊

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Geram tengok buah limau yang bergayut ni


Hotel Grand Zuri Lahat


Setelah selesai melihat-lihat sekeliling kebun jeruk Gergah Sidarhan, kami pun meneruskan perjalanan ke Lahat. Di Lahat nanti kami akan menaiki keretapi pula untuk pergi ke Palembang. Tapi memandangkan hari dah petang dan seharian kami di luar. Maka setelah tiba di Lahat kami berhenti untuk mandi, berehat sebentar serta makan malam di Hotel Grand Zuri, Lahat. 🏢


Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Hotel Grand Zuri Lahat (sumber Agoda)

Hotel ni cantik dan kelihatan baru. Bilik pun selesa. Tapi malangnya malam ni tak tidur di sini pun. Tapi mujur la sempat jugak bergolek-golek atas katil dia. So, tak de la rasa ralat sangat kan. Makan malam kat sini pun sedap. Lepas dah kenyang, kami pun meneruskan perjalanan ke stesen keretapi Lahat. Tak jauh pun dari hotel Grand Zuri ni. 🚆


Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Bilik kami


Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Dinner dulu sebelum ke Stesen Keretapi



Stasiun Lahat


Lebih kurang pukul 9.30 malam kami tiba di Stasiun Lahat atau dalam bahasa kita mksudnya Stesen Keretapi Lahat. Stesen ni tak besar dan orang pun tak ramai. Tiket kami ke Palembang akan bertolak pada pukul 10.30 malam menaiki keretapi Sindang Marga. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 6 jam. So, tidur je la nanti.. hehe. 😫


Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Sampai dah ke Stasiun Lahat


Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Lagi sejam keretapi sampai..huwaa

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Boarding pass

Tepat pukul 10.30 malam train pun sampai. Kami masuk dan mencari seat yang ditetapkan. Suasana dalam keretapi tak jauh beza dengan keretapi kat Malaysia. Ruang duduk selesa dan ada plug untuk cas telefon. Bila semua dah duduk, lampu pun dimatikan. Pegawai pemeriksaan tiket pun dah cek tiket, so it's time to sleep.... 


Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Ruang dalam keretapi

Yeahh, seharian menjelajah dan meneroka tempat-tempat menarik dan melihat keindahan bumi Pagar Alam yang terletak di Sumatera Selatan, Indonesia. Tak puas rasanya. Tapi nak buat macam mana, perjalanan harus diteruskan. So, see u guys next entri untuk Palembang pulak.. adios.. 💋

Lokasi Menarik Dan Keindahan Di Pagar Alam Indonesia
Amboi orang belakang sempat jeling.. haha.. good nite


Event : Media FamTrip International Musi Triboatton Palembang
Tarikh : 8 - 12 November 2017
Terima Kasih Dinas Kebudayaan & Pariwisata Sumsel




Post a Comment

1 Comments

  1. I feel very grateful that I read this. It is very helpful and very informative and I really learned a lot from it.
    digital marketing

    ReplyDelete