TEX CAFÉ KONSEP BARU DI TEXAS CHICKEN SURIA KLCC

TEX CAFÉ KONSEP BARU DI TEXAS CHICKEN SURIA KLCC | Assalamualaikum semua.. Dalam banyak-banyak ayam goreng, ayam goreng mana paling best?? Haaa... dah tentu la ayam yang digoreng sendiri kan. Kah! Kemain puji diri sendiri.. haha.. Sebenarnya nak cerita pasal satu restoran yang menyediakan ayam goreng kegemaran ramai iaitu Texas Chicken. Tahu tak korang bahawa baru-baru ni Texas Chicken dah buka cawangan terbaru di Suria KLCC? Yeayy, lepas ni kalau pi KLCC boleh makan ayam goreng favourite iolsss...

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Pembukaan outlet Texas Chicken ke 42 di Suria KLCC

Eh, bukan tu aje. Rupanya Texas Chicken cawangan Suria KLCC ni ada konsep baru di mana ada dibuka sekali dengan Tex Café. Katanya ia bukan sahaja outlet yang pertama di Malaysia malah yang pertama di dunia jugak. Wow, bangga jap. Tahniah Texas Chicken atas pembukaan cawangan yang ke 42 dan juga turut memperkenalkan Tex Café.

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Tahniah Texas Chicken Malaysia

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Kaunter Menu Utama Texas Chicken

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Tex Café yang pertama di Malaysia & Dunia

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Antara menu di Tex Café

Apa yang best pasal Texas Chicken ni? Ok, sape yang belum tahu atau belum pernah makan di Texas Chicken, aku suggest korang pergi la try. Ayam goreng mereka memang best, sedap dan rangup. Rasa isi ayam dia pun sedap sebab rempah yang digunakan meresap hingga ke isi. Korang boleh pilih sama ada nak Original ataupun Spicy. Selain tu, ada juga Mexican Burger yang mengandungi isi ayam yang tebal, Mexican Wrap, Jalapeno Cheese Bombers dan banyak lagi. Setiap set akan dapat Coleslaw dan Mashed Potatoes. Air pulak boleh refill tau. Ha, puas hati bila makan dan yang penting cukup mengenyangkan.

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Set di Texas Chicken

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Ayam Goreng Rangup Texas Chicken

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Mexican Burger

Bagi korang yang tak mau makan ayam, boleh la makan menu yang ringan di Tex Café. Kat sini ada pelbagai jenis desserts seperti Honey-Butter Biscuits, Chocolate Chip Biscuits, Marble Cheese Cake, Chocolate Lava Cake, Chocolate Chip Muffin dan Red Velvet With Cheese Muffin. Aku dah try makan semua jenis desserts yang dijual kat sini. Memang sedap. Ditambah pulak dengan minuman yang panas atau sejuk seperti Cappuccino, Latte, Espresso dan Chococlate. Perghhh.. memang santai.

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Menu di Tex Café

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Chocolate Chip Muffin dan Red Velvet With Cheese Muffin

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Marble Cheese Cake

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Chocolate Lava Cake

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Honey-Butter Biscuits & Chocolate Chip Biscuits

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Minuman sejuk dan panas

Untuk outlet di Suria KLCC ni, ruangnya sangat besar dan terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada ruang meja panjang untuk mereka yang datang beramai-ramai dan ada ruang untuk mereka yang datang dalam kumpulan kecil. Pastu ada satu ruang khas untuk mereka yang ingin menggunakan plug. Ha, senang la nak cas telefon ataupun membuat kerja sambil makan kan. Untuk mereka yang inginkan ruang lebih privacy untuk membuat majlis seperti Majlis Hari Jadi pun ada disediakan. Ruangan ni ada penghadang partition jadi tak akan mengganggu pelanggan yang lain. Kesimpulannya outlet di Suria KLCC ni memang besar dan selesa.

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Ruang yang besar dan selesa

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Ada ruang yang mempunyai plug

Sekarang ada promosi sempena pembukaan Outlet di Suria KLCC di mana setiap pembelian melebihi RM35 akan mendapat beg istimewa Cooler Tote ni. Best beg ni sebab boleh pastikan makanan kekal panas atau sejuk untuk tempoh yang lama. Tapi terhad kepada 2,000 orang pertama je. So, siapa cepat dia dapat.. hehe.

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Promosi Pembukaan Outlet Suria KLCC

Jadi, kalau datang ke Suria KLCC jangan lupa singgah di Outlet Texas Chicken yang terletak di Level Concourse. Ajak sekali kengkawan atau family untuk merasai keenakan ayam goreng dan juga manisan yang dijual di Tex Café. .. adios...

Tex Café Konsep Baru Di Texas Chicken Suria KLCC
Happy dapat makan di Texas Chicken

Maklumat lanjut pasal menu dan promosi boleh layari www.texaschickenmalaysia.com



Post a Comment

3 Comments

  1. menarik! sekarang sungguh banyak alternatif kepada KFC kann :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. tapi honestly mmg ayam Texas ni sedap. sekali rasa nak lagi ^_^

      Delete
  2. Really nice and interesting post. I was looking for this kind of information and enjoyed reading this one. Keep posting. Thanks for sharing.
    digital marketing

    ReplyDelete