JOM #DISCOVERKENINGAU SEMPENA TAHUN MELAWAT KENINGAU 2018

JOM #DISCOVERKENINGAU SEMPENA TAHUN MELAWAT KENINGAU 2018 | Assalamualaikum semua.. Baru-baru ni masa aku pergi ke persembahan teater dramatari Latana The Bobohizan di Auditorium Experimen ASWARA, aku tertarik dengan kebudayaan mereka. Persembahan ini adalah bertujuan untuk membantu usaha dalam mempromosikan produk kebudayaan Negeri Sabah khususnya Kadazandusun sekaligus menyambut Tahun Melawat Keningau 2018

Jom #DiscoverKeningau Sempena Tahun Melawat Keningau 2018
Tahun Melawat Keningau 2018

Sejurus habis persembahan, telah berlangsung Majlis Pelancaran Visit Keningau Year 2018 peringkat Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Keningau, Tuan Haji Yusop Bin Haji Osman. Beliau juga turut mengalu-alukan kehadiran pengunjung dari semenanjung ke sana untuk melihat sendiri keindahan bumi Keningau.

Jom #DiscoverKeningau Sempena Tahun Melawat Keningau 2018
Pegawai Daerah Keningau, Tuan Haji Yusop Bin Haji Osman

Mungkin nama Keningau masih belum menjadi destinasi pilihan para pelancong ke Sabah seperti Kota Kinabalu, Tawau, Semporna tapi jangan terkejut tau kalau aku katakan yang Keningau mempunyai sesuatu yang berharga untuk dilawati. Iyee wakk.. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sendiri telah mengisytiharkan 2018 sebagai 'Tahun Melawat Keningau' dengan membawa slogan 'Permata di Pedalaman Utara Borneo'. 


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KENINGAU


Sejujurnya sebelum ni aku pun tidak begitu mengenali Keningau. Tapi sejak menonton Filem Tombiruo, baru la aku tau serba sedikit mengenai daerah ini. Keningau merupakan sebuah daerah yang besar dan kaya dengan alam semulajadi kerana lokasinya yang berada di jajaran Banjaran Crocker. Di daerah Keningau terdapat banyak kawasan yang boleh dilawati seperti :

Jom #DiscoverKeningau Sempena Tahun Melawat Keningau 2018
Google Map Bumi Keningau


TEMPAT BERSEJARAH
✔ The Oath Stone 
✔ Muzium Warisan Keningau 
✔ Ansip Ferry Memorial Park
✔ World War 2 Memorial Park
✔ Japan Surrender Point -Kg.Nuntunan
✔ Rumah Besar OKK Sedomon 
✔ Galeri Batu Unik Rohaimin -Kg.Baginda

ADVENTURES
✔ Matanoi Hill 
✔ Trig Hill
✔ Lugas Hill
✔ Kikiran Hill
✔ Air Terjun Mandanan
✔ Air Terjun Tinaaman & Lubuk Pinamansok
   -Sub Station Taman Banjaran Crocker Kg.Ulu Senagang.
✔ Air Terjun Berkembar -Kg.Pangas Ulu
✔ Gua Laing
✔ Gua Batu Salag -Kg.Lipasu
✔ Sub-Station Minitinduk Trails (Rafflesia Park)
✔ Batu Minitinduk

PASAR TEMPATAN
✔ Tamu Ground Keningau
   -Every Thursday & Sunday
✔ Tamu Apin-Apin
   -Every Saturday
✔ Tamu Sook
   -Every Sunday
✔ Keningau Night Market
   -Everyday
✔ Tamu Kraf Taman Bandukan

TAMAN
✔ Pusat Rekreasi Taman Bandukan
✔ Kapayan Recreation Resources 
✔ Tasik Elyas
✔ Taman Seri Cempaka -Kg.Kota Ayangan
✔ Taman Sahabat
✔ Taman Banjaran Crocker
✔ Mee Woo Resort 
✔ Sungai Tagal Kg.Nuntunan
✔ Sungai Tagal Kg.Ulu Senagang
✔ Sungai Tagal Taman Bandukan

PELANCONGAN AGRO
✔ Evergreen Live Stock (Eco-Yap) -Kg.Bomboi
   -Pusat Penternakan Lembu Terbesar di Malaysia.
✔ Pusat Penternakan Sebrang (Live Stock)
   -Pusat Penternakan Rusa Terbesar di Malaysia
✔ Pusat Pelancongan Bukit Kayu Manis
    -Kg.Bangau

PELANCONGAN KEAGAMAAN
✔ Masjid Al-Taqwa 
✔ Masjid Al-Rahim
✔ Guang Ji Temple
✔ Gereja St.Francis Xavier 
✔ Pusat Ziarah Keluarga Kudus Keuskupan Keningau

KRAFTANGAN
✔ Pusat Kraftangan Sabah
✔ Kampung Kraf Kg.Batu Lunguyan
✔ Kampung Kraf Kg.Ulu Senagang
✔ Kampung Kraf Kg.Kuala Kahaba

Haaa.. banyak kan tempat yang boleh dilawati tapi dalam banyak-banyak ni aku tertarik dengan satu lokasi yang sangat cantik di Keningau. Tempat ini dikongsi oleh saudara Rafie Robert di laman sosial beliau.


Matanoi Hill


Serius cantik macam kat negara seberang. Padahal di Keningau weiii... Selain dari tempat menarik, makanan di sana juga unik. Selepas Majlis Pelancaran Visit Keningau Year 2018 peringkat Kuala Lumpur tu aku sempat merasa salah satu makanan tradisi masyarakat Kadazandusun di Keningau seperti Tuhau, Tuhau Sayur dan Bosou Ikan. Semua makanan ni mampu membuka selera terutama bila makan dengan nasi panas. 

Jom #DiscoverKeningau Sempena Tahun Melawat Keningau 2018
Tuhau, Tuhau Sayur dan Bosou Ikan

Wah memang banyak perkara-perkara menarik yang perlu diterokai di Keningau, Sabah ni. Harap satu hari nanti aku akan dapat menjejakkan kaki di bumi Keningau ni dan melihat sendiri keindahan yang ada di sana. InshaAllah, nanti kalau pergi aku akan kongsikan dengan lebih lanjut kat blog ekk... Apapun tahniah kepada Keningau kerana dipilih sebagai destinasi pilihan yang harus dilawati untuk tahun 2018 ini.... adios..

Jom #DiscoverKeningau Sempena Tahun Melawat Keningau 2018

JOM #DISCOVERKENINGAU 2018

Facebook : 




Post a Comment

16 Comments

  1. tak pernah sampai sini..mcm2 ada..dan nampak menarik pulak tu

    ReplyDelete
  2. Banyak gile tempat menarik kat KenigauK..nice sharing info sis

    ReplyDelete
  3. done follow DikBee.
    aida lom lagi dpt jejak kaki ke sabah :) lom ada ruang...
    sabah memang kaya dgn alam semulajadi, kan. indah. tenang. hijau.

    ReplyDelete
  4. Allah bestnya !! Teringin nak ke Keningau. Last time i went to Sabah didnt get the chance to visit there. Next time insyaAllah, i'll pay a visit to Keningau. Thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  5. Nama Keninga mmg selalu dengar tapi belum pernah ke sana lagi.. boleh juga plan sbg destinasi jenjalan nanti. Mmg nampak menarik utk dikunjungi.. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  6. besnya, Lisa belum berkesampatan lagi nak pergi keningau tapi tengah plan juga nak ke sana sebab orang kata kat sana banyak tempat menarik dan nature environment.

    ReplyDelete
  7. Dulu emi x tau sgt pasal keningau. tahu pun lepas baca novel tombiruo. lepas tu la mula duk google pasal keningau. sbb mcm menarik je tempatnya

    ReplyDelete
  8. Wah, tak pernah sampai ke sabah. Nnt boleh la melawat ke keningau

    ReplyDelete
  9. Pernah ke sabah tapi keningau belum rasanya bah... Mesti suatu hari nanti ke sini. Cantik bangat

    ReplyDelete
  10. Haritu terlepas trip ke Mabul. So tak pernah lah lagi sampai Sabah n Sarawak. Banyak juga tempat menarik di Keningau. Senang boleh saya check list tersebut.

    ReplyDelete
  11. giler banyak tempat2 menarik di Keningau. kalau p seminggu pun tak cukup nak explore ni

    ReplyDelete
  12. Looks interesting, I have not been there but I should really put this in my wishlist.

    ReplyDelete
  13. Wow! I feel like visiting Keningau also, so many things to do there.

    ReplyDelete
  14. Banyak tempat yang menarik dekat keningau , teringin pergi... bestnye aktiviti yang diadakan!

    ReplyDelete
  15. baru tahu pasa tahun melawat keningau ni. kalau banyak aktiviti best, sgt berbaloi

    ReplyDelete
  16. bln dpn sy blik sabah kg halaman suami..dah plan ngn hubby nk jln2 ke keningau, sb kg suami di bongawan..so x jauh sgt nk ke keningau..tahun lpas blik sabah hya ke kundasang,ranau,k.k, telipok,innanam,tamparulli,papar,penampang,membakut..

    ReplyDelete