Terbaru ada hidangan istimewa yang aku pasti akan buat semua orang terliur. Tengok rupa je pun dah mampu buat perut berkeroncong. Amboiii.. special sangat ke tu?? Ha, harus la. Hidangan istimewa ni resepi dia datang dari jauh tau. Nak tau dari mana? Ya, jawapannya adalah resepi hidangan istimewa ni di bawa khas dari Sri Lanka. Tapi yang lebih istimewa, kita tak perlu pun ke sana untuk menikmati hidangan ni. Sebaliknya hanya perlu ke Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur sahaja. Jimat tambang.. hehe
Berbalik kepada hidangan istimewa dari Sri Lanka, sajian utama yang disediakan adalah
Sri Lankan Crab Curry. Terdapat 2 jenis cara masakan yang berbeza untuk hidangan ketam ini iaitu
Sri Lankan Crab Curry (Colombo) dan Sri Lankan Crab Curry (Jaffna). Walaupun kedua-dua hidangan ni menggunakan rempah ratus dari Sri Lanka tetapi terdapat perbezaan yang ketara diantara keduanya. Kuah Sri Lankan Crab (Colombo) berwarna lebih gelap dan pekat manakala Sri Lankan Crab (Jaffna) pula lebih mirip dengan hidangan kari ketam kita di sini. Cumanya dari segi rasa kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing.
|
Sri Lankan Crab Curry (Colombo) |
|
Sri Lankan Crab Curry (Jaffna) |
Selain dari hidangan ketam ni, ada juga hidangan lain yang turut dihidangkan. Semua hidangan ni memang juga merupakan resepi dari Sri Lanka. Antaranya adalah seperti
Soothi, Brinjal Moju, Negombo Style Prawn Curry, Mutton Poal Poriyal, Ladie Finger dan Murunga Peratal.
|
Soothi |
|
Murunga Peratal |
|
Ladie Finger |
|
Mutton Poal Poriyal |
|
Brinjal Moju |
|
Negombo Style Prawn Curry |
Untuk hidangan ringan ataupun pencuci mulut ada pilihan sama ada nak
appam (hoppers), string hoppers, pol sambol, seeni sambal, Kothu Roti, dan watalappam. Baru-baru ni ada tengok video orang buat appam kat Bangsar. Rupa-rupanya appam ni makanan dari Sri Lanka. Baru ku tahu..hehe. Ada beberapa pilihan appam disediakan tapi aku paling suka appam telur.. sedap..
|
Kothu Roti |
|
String Hoppers |
|
Hoppers (egg) |
|
Seeni Sambol |
|
Pol Sambol |
Masa kami datang makan kat Restoran Essence Sheraton Imperial Kuala Lumpur ni, kami cukup bertuah kerana dapat melihat sendiri cara
Chef Siva menyediakan Sri Lankan Crab (Jaffna), Appam (hoppers) dan juga Kothu Roti. Nampak macam senang je cara masak dia tapi yang istimewanya adalah rempah ratus yang digunakan. Ha, jangan tak tau, semua rempah ratus dibawa khas dari Sri Lanka sampaikan kulit kayu manis pun dari sana tau..
|
Chef Siva membuat demo dan memberi penerangan mengenai masakan dari Sri Lanka |
Uishhh.. panjang pulak aku bercerita pasal hidangan istimewa dari Sri Lanka ni. Apa kata korang mai sendiri ke Restoran Essence Sheraton Imperial Kuala Lumpur dan rasai sendiri keenakan menu yang disediakan oleh Chef Siva bermula dari
6 hingga 11 Februari 2018. Iya wakkk, memang limited time, tapi sempat lagi nak pi ni. Bawak sekali keluarga dan kawan-kawan sebab kalau pi sorang, tak habis ketam tu.. hehe... Untuk info lanjut boleh rujuk di bawah :
Harga bermula dari :
RM143 untuk dewasa
RM71.50 untuk kanak-kanak
Alamat :
Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail, Chow Kit,
50250 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon :
60327179900
Website :
2 Comments
Waaah boleh cuba ni😍
ReplyDeleteboleh.. boleh... hehe
Delete