MANGO FLOAT ROYALE MELAKA | Assalamualaikum semua.. Cuba korang dalam cuaca yang panas dapat meneguk air mangga yang sejuk dan pekat.. perghh, tak terkata nikmatnya weii... Ha, itu la perasaan yang aku rasa masa ke Melaka hari tu bila mana aku sempat singgah di satu lokasi yang viral di media sosial. Tempat ni kawan aku yang suggest. Nak tau kat mana? Ha, jawapannya di Mango Float Royale Melaka yang terletak di Sungai Putat, Melaka
Biasanya kalau ke Melaka orang kata tak sah kalau tak rasa kuih keria antarabangsa dengan coconut shake. Tapi bagi aku yang dah banyak kali ke Melaka nak la cuba kelainan pulak sebab kedua-dua menu kat atas ni aku dah rasa. So, kali ni nak pi cuba plak Mango Float Royale Melaka. Nak la jugak tengok apa yang special sampai jadi viral tu kan.
Perjalanan ke tempat ni melalui kawasan kampung yang tenang je tapi bila sampai aje ke lokasi Mango Float Royale Melaka ni tiba-tiba macam agak busy sebab banyak kereta keluar masuk. Wow, first impression dah kagum dengan sambutan pelanggan. Ramai jugak yang singgah ke sini. Mujur mudah nak parking sebab ada tempat disediakan tapi kalau time cuti mau penuh gak ni.
Dari luar dah kelihatan orang beratur untuk membeli air mangga yang viral kat Melaka ni. Kami pun tak ketinggalan la jugak. Lepas dapat booking table, memasing bergilir-gilir pergi beratur. Konsep kat sini self service ye. Tapi jangan risau, walaupun beratur tapi tak lama tunggu turn sebab pekerja kat sini cekap buat kerja. zap zap zap.. dah siap. Kalau nak bungkus bawak balik pun boleh.
Tadaaaa... ni la dia rupa Mango Float Royale Melaka yang viral tu. Ok, jap nak bismillah dulu. Slurpp sluppp.. mmm sedapnya. Terasa air mangga yang sejuk dan pekat lalu kat tekak. Bukan tu je, siap ada ketulan mangga segar dan ais krim vanila lagi. Patut la ramai yang suka. Memang sedap weii.. Berbeza dari air mangga yang aku minum sebelum ni. Dari segi harga pun tak mahal. Berbaloi dengan apa yang kita dapat.
HARGA MANGO FLOAT ROYALE MELAKA
RM 5.50
Selain dari Mango Float Royale Melaka, kat sekeliling kawasan tu ada juga kedai-kedai yang lain yang turut menjual pelbagai jenis makanan. Jadi takde la kita kelaparan kan kat sini. Sesambil minum Mango Float Royale Melaka boleh la menjamu selera sekali. Ha, ni menu yang kami order :
So, amacam?? Menarik tak? Ha, kalau korang ke Melaka, aku sarankan singgah la kat sini. Boleh tambah dalam itinerary persinggahan korang ke Melaka. Tapi ni tips aku, korang boleh singgah time nak balik ke KL sebab kalau melalui tol Ayer Keroh, dah tak jauh dah. Jangan risau, takkan sesat punya. Kalau nak waze pun boleh... hehe..
Note : akan datang dengar kata Mango Float Royale Melaka dah ada versi food truck. Kemungkinan besar beroperasi di Klebang. Ha, lepas ni kalau tak sempat ke Sungai Putat, boleh try di Klebang. Ingat tau, cari food truck warna oren yang ada tulis Mango Float Royale Melaka.. adios
Alamat:
Mango Float Royale Melaka
Kampung Sungai Putat,
75350 Batu Berendam, Melaka
Buka setiap hari
Waktu operasi :
12.00tgh - 11.30 mlm
Rehat : 6.30ptg - 8.30mlm
Ahad :
11.00pg - 6.00ptg
Waze : Mango Float Royale Melaka
Instagram:
Facebook:
11 Comments
wahhh,, turun melaka nanti boleh la cuba sini
ReplyDeleteiyeee... dah dekat dgn exit ayer keroh tu
DeleteDah try minum, memang sedap sangat. Terasa mangonya
ReplyDeletekann.. alaaa, nak rasa lagi kena ke melaka la jawabnya.. huhu
Deleteadakah lagi sedap dari food court kat oermqisuri ni? hehehehe tapi apa pon benda viral confirm
ReplyDeletemmg sedap rasa dia kan
nanti kalau ke negeri melaka memang kena singgah sini lagi. bukan manggo royale je. macam-macam ada kan
ReplyDeleteMemang terliur dengan menu yang sedap Dan minuman sejuk yang menyirap ke tekak. Melaka Makin maju.
ReplyDeleteSeronoknya dapat minum Mango Float Royale Melaka ni. Teringin nak rasa juga
ReplyDeletesedap kakk! memang rugilah kalau ke Melaka, tak singgah sini. lepasni selain kuih keria inshaaAllah akan ke sini jugakk. dah lah servis cepat-giler lepastu harga pun murah je.
ReplyDelete1st time dengar Mango Float. Adui menu yg cheeesy tu menggoda...huwaaa
ReplyDeleteAssalamu'alaikum,
ReplyDeletedh cuba,bos yg belanja.memang terbaik...