MENU BARU DI BOAT NOODLE SEPANJANG FEBRUARI 2018 | Assalamualaikum semua... Sape sini peminat Boat Noodle?? haaaa,, sama la kita. Dulu-dulu aku tak tau pun pasal boat noodle ni. Semua ni pengaruh dari kengkawan la yang selalu duk cerita pasal keenakan mee sampan yang berasal dari negara Thailand ni. Sekarang aku pun dah terjebak dah. Asyik teringat je especially kuah dia yang sedap tu. Tapi bukan setakat mee sampan je, menu yang lain pun sedap jugak.. 😍
Dah sampai Boat Noodle.. yeyyy |
Apa yang menarik kat Boat Noodle ni aku suka konsep makan bertambah dia. Kat sini setiap hidangan disediakan dalam mangkuk kecil dan kita boleh order berapa banyak mangkuk selagi mampu. Aku macam biasa la kalau order kat Boat Noodle ni mesti bertingkek-tingkek (bahasa negeri sembilan la pulak.. haha) mangkuk. Baru puas hati tau sebab dapat rasa semua jenis mee sampan yang ada. Siap lawan lagi dengan orang sebelah sape punya susunan mangkuk paling tinggi.. haha, dasar kuat makan kannnn... Eh, tapi memang trademark kat Boat Noodle ni mangkuk susun bertingkat. So, kalau korang makan semangkuk je memang tak best la..
Ok, stoppp.. Sekarang ni nak cerita pasal menu kat Boat Noodle, dengar kata ada menu baru... Haaa, Baru-baru ni bertempat di Boat Noodle Empire Damansara telah diadakan "Boat Noodle's New Year Blogger Event" untuk memperkenlkan menu baru sempena ketibaan bulan Februari dan juga New Year untuk Chinese Calendar. Menu apa yang baru tu?? ha, boleh tengok kat bawah ni :
Prosperity Yum (Beef/Chicken)
Kalau sebelum ni ada 2 pilihan kuah iaitu Pathumthani dan Ayutthaya, terbaru Boat Noodle memperkenalkan satu lagi kuah iaitu Prosperity Yum. Kalau korang nak tau, Prosperity Yum ni sebenarnya kuah berperisa Tomyam bersama santan yang memang sinonim sebagai signature dish di negara Thailand. Yeayy, sebagai pennggemar tomyam, ini merupakan pilihan yang tepat bila Boat Noodle membawa menu ini ke dalam pilihan menu. So, kita boleh pilih Prosperity Yum ayam atau daging dan dimakan dengan Rice Noodles ataupun Springy Noodles. Makin bertambah la bilangan mangkuk aku.. haha
Thai Fried Chicken
Nampak gayanya ini la menu yang bakal aku repeat banyak kali. Iya wakk, rasa Thai Fried Chicken ni memang sedap. Seriusly kalau datang ke Boat Noodle, korang kena order jugak menu ni. Rasa ayam dia yang berempah dan disalut dengan tepung yang rangup ditambah pulak dengan pencecah sos thai.. perghhh... Rasa sekali pasti nak lagi. Tak cukup sepinggan ni... Percayalah..
Blue Butterfly
Perasan tak kat dalam gambar ni belah bawah air tu warna biru manakala bahagian atas warna ungu?? haaa, itu yang menarik mengenai minuman Blue Butterfly ni. Warna asalnya adalah biru kerana ia menggunakan pewarna asli dari bunga telang. Tau tak bunga telang ni juga digunakan untuk menjadikan warna nasi kerabu warna biru. Ha, itu la yang menjadikan air ni warna biru juga. Tetapi apabila dituang dengan jus limau, warna air minuman ni bertukar menjadi ungu.. haa, magik kannn
Mango Smoothie
Ha, ni satu lagi air yang wajib korang cuba. Walaupun smoothie (sebab ais dikisar bersama) tetapi rasa buah mangga tu masih pekat. Bila sedut je terasa nyaman kat tekak. Jangan risau, kisaran ais dia sangat halus. Jadi tak de masalah nak sedut air ni. Yang penting rasa mangga dia yang padu membuatkan kita rasa tak puas nak sedut.
Ha, ini la 4 menu baru yang ada di Boat Noodle sepanjang bulan Februari 2018 ni. Nampak gayanya sape-sape penggemar Boat Noodle kena cepat-cepat la ke sana untuk merasai keenakan menu baru ni. Kalau boleh la kan, nak seru korang ajak kawan-kawan dengan family sekali. Mana tau kalau permintaan tinggi, Boat Noodle akan lanjutkan tempoh untuk menu baru ni. Ha, dapat la merasa lagi kan next month. Hopefully laaaa Boat Noodle dapat tunai kan permintaan iols yang memang suka makan kat situ ni... Apa pun, kalau makan di Boat Noodle, mangkuk pasti bertingkat-tingkat.. hehe adios
Amboiii.. berselera makan ekkk.. hehe |
Seronok makan beramai-ramai di Boat Noodle (kredit Mekonie) |
Untuk rujukan boleh klik link di bawah :
Facebook :
Instagram :
23 Comments
lama dah tak makan boat noodle, selalu dia punya yang meee tu yang sedap, memang makan bertingkat tingkat la , i paling suka teh dia memang kaw kaw kaw eh nanti nak singgah la boat noodle minggu ni
ReplyDeleteTiap bulan ada promosi berbeza ke? Tak pernah akak Cuba lagi. Kasihan tak. Kalau Ada rezeki nak juga cuba resepi boat noodles.
ReplyDeleteThai fried chicken macam yummy. Kena cuba ni
ReplyDeleteWakkkkkk! Bila nak repeat makan lagi ni.ishhhh... rindu lak rasa tomyam dia tu...sedap wak.
ReplyDeletekena try cepat2 ni sbb limited. saya pulak suka tomyam. hehe!
ReplyDeletebelum sampai lagi kat boat noodle ni..tp tengok menu baru dia terliur pulak..
ReplyDeleteDah tryyg menu lama tapi not my taste. Menu baru nampak sedap la pulak.
ReplyDeleteaida x pernah brkesempatan ke boat noodle.
ReplyDeletedok la dgr aje. aduhai...
dia konsep mangkuk gitu, sesuai lah aida bwk anak-anak nanti.
diorang bukan nyer makan byk byk...
Kecoq aiyak liuq cheq. Ada boat noodles kat Putrajaya ni. Nanti nak pi try la Thai Fried Chicken dian..nampak sedap ja tu.
ReplyDeleteAlaaaa... Perut yang kenyang jadi lapar balik ni. Tapi boat noodle memang sedap. Dah lama tak pekena boat noodle.
ReplyDeletelisa tak pernah lagi makan kat boat noodle ni tapi kawan cakap sedap. Dan bila baca post ni rasa macam nak try sekarang je, nampak sedap dan mouthwatering ..huhuh
ReplyDeleteAir pepel tu paling mengancam. Nampk sedap giler. Dah lama tak terjah boot noodle, teringin lah pulok
ReplyDeleteYeah dah ada tom yum..sebenarnya dah lama xmenapak ke boat noodle ni boleh la alasan nak pegi try yum tu. Memang kenaorder bertingkek2 kan baru la puas hati. Mango smoothie pun ada tu ish ish
ReplyDeleteTak pernah merasa lagi makan di Boat Noodles.bertingkat tingkat mangkuk saya tgk.ramai pula up psl boat noodles ni..bikin craving je
ReplyDeleteTak pernah try lagi boat noodle ni. Ada kesempatan nanti bolehlah cuba. Geram pulak tengok ayam tu hihi
ReplyDeletetak penah try lagi menu baru yg boat noodles prosperity yum tu. nt kena g try..
ReplyDeleteKann..kalau makan kat sini mesti amek gambar mangkuk bertingakt tu. Nak kena cuba lah menu sempena CNY ni. Berapa mangkuk ye i boleh makan nanti? Hehe
ReplyDeleteOK tak pernah lagi makan kat Boat Noodle ni Konsepnya sama macam makan di restoran sushi la kan. Mangkuk nak kena bertingkek-tingkek hehe.. tapi nampak cam tak cukup tinggi lagi mangkuk DikBee tu..kena tambah banyak lagi tu.. :-p haha
ReplyDeletetk sempat cuba lg menu baru ni...mango smothie tu nmpk menariknya..biasa order thai ice tea
ReplyDeleteBelum pernah makan lagi di boat Noodle ni.. tapi memang famous betul kan Boat noodle ni.. segan pulak TB yang tak pernah makan kat sana.. huhu.. apa-apa pun.. menu-mewnu dia nampak sedap je semuanya..
ReplyDeleteNampak sedap-sedapnya menu baru Boat Noodle. Saya ni pun dah dekat setahun tak makan macam ni. Bolehlah cheat day kat sini lepas ni
ReplyDeleteSedapnya.. rasa macam hujung minggu ada orang akan ke sana ni. Hehehe
ReplyDeletewow
ReplyDeleteuntung dpt makan menu baru
sedap2 pula nampaknya tu