MENU BARU SERENDAH RM25 DI SUNWAY PUTRA HOTEL

MENU BARU SERENDAH RM25 DI SUNWAY PUTRA HOTEL | Assalamualaikum semua.. Sebagai seorang yang kuat makan aku suka mencari port baru dan tentu dah banyak tempat aku explore atau google. Tapi kebanyakan lokasi yang aku tuju mesti kedai makan atau pun restoran. Sebab bagi aku tempat-tempat begini dah tentu murah. Kadang-kadang tu teringin jugak nak makan kat hotel tapi dah tentu mahal kan.

Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel
Menjamu selera di Sunway Putra Hotel dengan Menu serendah RM25 nett sahaja

Ha, aku pasti korang pun berfikiran macam aku. Tapi rupa-rupanya salah wakk.. Baru ku tau rupanya di Sunway Putra Hotel ada menawarkan set A La Carte dengan harga serendah RM25 nett aje. Murah tak? Well, korang jangan la compare dengan nasi campur. Maksud aku reasonable la harga dia sebab kat hotel kan. Kalau makan kat restoran biasanya lebih kurang gitu jugak. Lagipun lokasi Sunway Putra Hotel ni sangat strategik dan dekat dengan stesen LRT PWTC dan juga Sunway Putra Mall. So, lepas shopping boleh la chill out sambil makan-makan kat sini kan.

Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel
Ruang makan yang luas

Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel
Tempat duduk yang selesa

Bermula pada 1 March 2018, ada 8 pilihan menu baru untuk set A La Carte ni. Setiap set akan disertakan dengan dessert of the day dan juga pilihan air minuman tea atau coffee. Setiap satu dari menu ini adalah dari air tangan Executive Chef Rossham Rosli yang telah mempunyai pengalaman 28 tahun dalam bidang kulinari. Wow, lama tu.. Dah banyak negara dah Chef Rossham ni merantau menimba ilmu dan beliau pernah mendapat anugerah Best Head1Malaysian Chef dari Chefs Association Of Malaysia (CAM). Berikut adalah senarai 8 menu baru tersebut :

Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel
Indonesian Fried Rice with Malinja Crackers

Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel
Sunway Putra Club Sandwiches

Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel
Grilled Chicken Chop with Mashed Potato

Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel
Trio Mushroom's Spaghetti With Garlic Bread

Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel
Margherita Pizza

Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel
Curry Noodle with Cockles

Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel
Vegetable Curry Tauhu With Jeera Pulou Rice

Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel
Fish Tikka with Jeera Pulou Rice

8 MENU BARU A LA CARTE 
(Main Dish + Dessert Of the Day + Tea/Coffee)
HARGA : RM25 nett per set

Masa Operasi :
11 pagi - 10 malam
Setiap hari


Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel
A slice of cake or

Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel
a slice of fruit

Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel
Tea or Coffee

Seriously aku katakan dengan menu-menu yang dihidangkan kat sini memang berbaloi sebab portion dia besar. Actually selain menu kat atas ni ada juga menu-menu lain seperti Nasi Lemak Goreng Berapi, Angel Hair Golden Pasta With Soft Shell Crab, Mongolian BBQ Fried Noodles, Carbmeat Sandwich, Lobster Noodle Cantonese Style dan banyak lagi tapi harganya di antara RM25 nett hingga RM39 nett. Sesuai sangat kalau bawak family or kawan-kawan datang makan kat sini. Ya, sekali sekala ajak makan kat hotel, apa salahnya ye tak. Tapi kalau harga macam ni, tiap-tiap minggu pun tak pa.. hehe. 

Menu Baru Serendah RM25 Di Sunway Putra Hotel
Coffee House

Oh, lupa nak bagitahu tempatnya adalah di Coffee House, Level 9, Sunway Putra Hotel. Ada laluan ke Hotel dari parking Sunway Putra Mall dan juga dari Stesen LRT. So, jangan lupa ajak kengkawan, family ataupun officemate ke sini ye. Kalau boleh ajak la iols sekali.. hehe.. Untuk sebarang pertanyaan atau booking boleh rujuk link di bawah ni ye :

Booking tel :
03-40409988

Email : 
spkl.dine@sunwayhotels.com

Website : 

Facebook : 

Instagram : 




Post a Comment

17 Comments

  1. Suka betul intro you tu.'Sebagai seorang yang kuat makan' hahaha me too. Same here. That menu for that price? I will try this.

    ReplyDelete
  2. Not bad harga dia sgt berpatutan juga lah kalau per set.. Mcm2 ada selain western kan.. Harga hotel sesuai sgtla..tp kan.. Tgk pinggan dia besar juga ea. Isi pun banyak..sebab ada sstgh hotel pinggan xbesar mana.. Aishh.. Pakkal jauh kalau tak dh try menu kat sini.. Geram tgk menu yg disediakan..

    ReplyDelete
  3. Sama la.kita..memang suka makan dan suka explore tempat makan yg baru. Menarik yer makan kat sini,dengan harga RM25 dpt hidangan lengkap macamni memang berbaloi sangat2. Nak try jugak la nanti

    ReplyDelete
  4. Do I see it wrongly? Really RM25 for this wonderful and delicious dish? Must must cheaper and worth to order.

    ReplyDelete
  5. Tak sangka kan, makan kat hotel ber prestig macam ni pun boleh tahan sama harga dengan restoran lain. Mampu milik sangat.

    ReplyDelete
  6. for hotel RM25 really is cheap and believe will attract more people to try... taraf hotel with such price.. SEMPOIiiii

    Racheal

    ReplyDelete
  7. Best mkn kat hotel ni..lagi2 buffet dia..perghhh hilma suka..harga pun ok..last time company ade buat tea time kat sini..mmg x menghampakan

    ReplyDelete
  8. Oh how nice! And for the variety, I have to say that the price point is certainly affordable :) Plus the Grilled Chicken Chop with Mashed Potato looks so tempting, definitely feeling hungry at this hour already XD

    ReplyDelete
  9. Wahhh serious murah harga makanan dia, tengok makanan dia pun macam sedapp je. Bolehlah nanti sis terjah ke sana bila2 free nanti

    ReplyDelete
  10. Akak tgok entry dikbee ni kat hospital..terus berbunyi perut akak dik bee..murah tu kalau ala carte RM25 nett ..mana nak dpt kat tempat lain kan

    ReplyDelete
  11. RM 25 per nett gila murah, kentang tu dah la tebal tebal isinya mak aih teruja tengok yang nasi goreng tu siap ada telur, eh aphal tibatiba perut jadi lapar bila tengok gambar gambar makanan ni dikbee, boleh hilang niat diet ku setalh catu makanan hahahahahahah

    ReplyDelete
  12. Alamak.. .!! Tergoda laaa nengok menu nya. Memula nasi goreng Indonesia tu. Pastu scroll... . Huwaaaa!!
    Nak kena pegi laaa jawabnya. Semua bikin nina terliur

    ReplyDelete
  13. Wow! ok juga pelbagai menu from western to asian with main course, dessert or fruits and drinks only RM25 in the city. I m tempted to try their Grilled Chicken Chop with Mashed Potato.

    ReplyDelete
  14. Rm25 tu mmg murah utk mkn dihotel. Banyak choices lagi... tempting tgk pizza tu...

    ReplyDelete
  15. Serous rm25? Murah gak tu kan..dah la hotel..spaghetti mushroom tu looks nyummmehhhh

    ReplyDelete
  16. Cik Bee- opis lame saya dulu kat sunway putra tower sblh je sunway hotel ni. Xpenah tahu pasal ni ape pun thanks sbb kongsi info

    ReplyDelete