MOVIE REVIEW : FILEM SURF THIS LOVE - GELORA JIWA

MOVIE REVIEW : FILEM SURF THIS LOVE | Assalamualaikum semua.. Ingat tak lagi filem Surf This Love yang aku ada cerita tempoh hari?? Kalau lupa, boleh baca kat SINI.. Ha, kalau korang nak tau, pada 19 Feb yang lalu aku berpeluang pergi ke Malam Gala Surf This Love untuk menjadi antara yang terawal untuk menonton filem ni. Tarikh sebenar tayangan adalah pada 22 Feb nanti. So, sebagai yang terawal dapat tengok filem ni, mesti korang nak tau kan best ke tidak filem Surf This Love ni kan.. hihi

Movie Review, Surf This Love - Gelora Jiwa
Malam Gala Surf This Love

Bagi korang yang belum mengetahui mengenai Filem Surf This Love, ni filem melayu tau. Bukan cerita orang putih. Tajuk je in English sebab nak naikkan mood mengenai sukan luncur air. Ye la, biasanya sukan luncur air ni kan kat oversea je. Kiranya filem ni la yang pertama di Malaysia yang menceritakan kisah mengenai sukan luncur air ni. Watak-watak dalam filem ni pun kebanyakan menggunakan nama panggilan macam orang putih tapi ada sebab kenapa mereka menggunakan nama-nama tu. Kalau nak tau, kena tonton tau.. hehe

Movie Review, Surf This Love - Gelora Jiwa
Haa, ni la Billy hero dalam filem ni.. good job Shukri Yahaya

Ok, secara keseluruhan bagi aku filem Surf This Love ni sebuah filem yang santai dan kelakar. Mana tak nya, dari awal lagi dah gelak terbahak-bahak dek penangan watak Billy yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya. Kelakar weiii... Berbeza dengan watak dia sebelum ni dalam cerita  Andainya Takdir yang panas baran. Good job Shukri Yahaya.. Untuk watak heroin pulak menampilkan seorang blogger bernama Mia, lakonan Cristina Suzanne. Ha, sehati sejiwa la pulak kita ekk Mia, geng blogger gak ni. Camni nak pi Pulau Tioman la jugak. Mana tau boleh jumpa jodoh kat sana.. ahakkss

Movie Review, Surf This Love - Gelora Jiwa
Barisan pelakon dan penerbit filem Surf This Love

Dalam filem Surf This Love ni juga banyak menekankan mengenai hubungan persahabatan antara 3 peluncur air iaitu Bobby (Mustaqim Bahadon), Jimmy (Pekin Ibrahim) dan Mike (Josiah Hogan). Namun disebabkan satu kejadian di Bali, Bobby telah meninggal dunia dan Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Tapi bagi aku agak kecewa sedikit kerana tidak dinyatakan dengan jelas apakah insiden yang berlaku. So, aku agak tertanya-tanya jugak la apa sebenarnya yang  terjadi di sana sehingga meragut nyawa dan memutuskan tali persahabatan di antara mereka. hurmm..

Movie Review, Surf This Love - Gelora Jiwa
Ramai peminat Billy ni.. hehe

Untuk ending pulak aku menjangkakan yang Billy akan memasuki pertandingan luncur air dan menjulang trofi kemenangan, rupa-rupanya tidak. Haha, tinggi pulak expectation aku ni. Tah tah akan ada Filem Surf This Love 2 kot, mana tau kan.. So, hopefully kalau ada nak jugak tengok Billy berjaya mengalahkan Mike Malaya. Tak gitu?? Caiyokkk Billy..

Movie Review, Surf This Love - Gelora Jiwa
Tengok filem Surf This Love beramai-ramai 

Ok la, tak nak komen lebih-lebih. Kalau nak tau kena la tengok filem Surf This Love ni sendiri di pawagam. Best ke tidak, bergantung pada korang sendiri, yang kat atas ni adalah ulasan peribadi aku je.. Tapi yang pasti lepas tengok cerita ni terus rasa nak pi bercuti kat pulau.. waahhhh, tak sabar nak ke Pulau Tioman.. hehe


Filem : Surf This Love - Gelora Juara
Terbitan : GSR Production Sdn Bhd
Pengarah : Waan Hafiz
Lakonan : Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan, Ardel Ayana, Syuhaida Abraz (Dottie), Mustaqim Bahadon
Tarikh tayangan diseluruh pawagam Malaysia : 22 Febuari 2018
Sinopsis : Baca SINI



Post a Comment

2 Comments