Sista Stardust Berries Rose Tanpa Risau Alahan Makanan Laut | Assalamualaikum semua.. Bila dah semakin meningkat umur ni macam-macam masalah yang datang. Paling ketara sekarang adalah jeragat. Huwaaa.. mana mai tah jeragat ni. Mungkin effect dari kerja site dulu kot. Mana taknya, setiap hari berjemur kat tengah panas, pastu balik office kena air-cond pulak. Lama-lama perasan kulit jadi kusam dan perasan ada tompok-tompok jeragat.. adoiiii... masalah tul.
Tapi bila dah berhenti kerja ni, ha boleh la membela muka kan. Apa lagi, macam-macam la produk aku usha. Iya, walaupun ada banyak produk di luar sana tapi kita kena cari yang sesuai dengan kita. Betul tak? Dalam banyak-banyak yang aku dok usha ni, ada satu produk yang buat aku tertarik iaitu Sista Stardust Berries Rose. Nak tau kenapa aku tertarik dengan produk ni?? Ha, sebab produk ni katanya sesuai untuk orang yang ada alahan makanan laut.
Ya, memang aku ni jenis yang ada alahan kepada makanan laut. Bila makan je seafood, mula la tergaru-garu. So, bila ada produk macam Sista Stardust Berries Rose ni aku dah tak perlu risau lagi.. yayyy... Apalagi aku pun terus la cuba. Setakat ni dah lebih 2 minggu aku ambil Sista Stardust Berries Rose ni.. Alhamdulillah, dah nampak perubahan pada kulit. Parut jerawat dah pudar dan yang penting jeragat pun dah nampak berkurangan. Syukurrrr....
APA SEBENARNYA SISTA STARDUST BERRIES ROSE NI?
Oppsss... excited pulak dok cerita lupa pulak nak perkenalkan pasal produk Sista Stardust Berries Rose ni. Kalau korang nak tau Sista Stardust Berries Rose ni merupakan makanan tambahan yang berasaskan daripada campuran bahan botani semulajadi untuk kesihatan dan kecantikan. Produk ni sangat sesuai untuk mereka yang ada alahan kepada makanan laut terutama yang ada resdung.
Antara kandungan istimewa yang ada dalam produk ni adalah ramuan dari Ekstrak Kelopak Rose (Japan Whitening) yang merupakan ramuan berpaten No.3818483 yang mana mampu merawat masalah kulit seperti pigmentasi, jeragat atau bintik hitam dan pelbagai lagi.
Selain tu ada juga kandungan bahan botani yang semulajadi seperti Serbuk Jus Oren, Acacia Gum, Perisa Strawberry, Ekstrak Buah Camu-Camu, Ekstrak Biji Anggur, Serbuk Jus Campuran Buah Beri (Blueberi, Strawberi, Rasberi Anggur, Cranberi, Plum), Serbuk Jus Acrola dan banyak lagi..
KELEBIHAN SISTA STARDUST BERRIES ROSE
✔ Mencerahkan dan memutihkan kulit seluruh badan
✔ Menghalang pembentukan black head dan white head
✔ Membantu mngurangkan masalah jerawat dan jeragat
✔ Mengatasi masalah kulit berminyak
✔ Mengatasi masalah liang pori terbuka
✔ Menjadikan kulit lebih lembab
✔ Membaiki tona kulit tidak sekata
✔ Sesuai untuk masalah kulit sensitif
✔ Menyihatkan penglihatan mata
TIPS PENGAMBILAN SISTA STARDUST BERRIES ROSE
Setiap pengambilan produk makanan tambahan mesti ada pantang larangkan. Baru la berkesan. Kalau tak, sia-sia la sebab tak beri efek. Ok, sama la jugak dengan pengambilan Sista Stardust Berries Rose. Ha, jom tengok apa tips pengambilan produk ni :
✔ Sesuai untuk umur 18 tahun ke atas
✔ Ibu mengandung hanya boleh selepas kandungan berusia 4 bulan
✔ Ibu dalam pantang kena tunggu habis pantang
✔ Tidak digalakkan pengambilan ketika datang bulan
✔ Tidak sesuai diminum ketika perut kosong
✔ Amalkan secara konsisten
✔ Kurangkan makan makanan bergoreng
✔ Elakkan pengambilan kicap soya
✔ Pantang minum susu ketika pengambilan produk ni
✔ Banyakkan minum air kosong
✔ Elakkan minum kopi kerana boleh mempercepatkan proses penuaan
✔ Tiada kesan sampingan bila berhenti pengambilan produk
CARA PENGAMBILAN SISTA STARDUST BERRIES ROSE
1) Campur 1 paket (10 grams) ke dalam 150ml air suam
2) Gunakan botol shaker yang diberi
3) Goncang sehingga larut
4) Minum serta-merta selepas penyediaan
Nota : Nak lagi sedap boleh bancuh guna air sejuk dan pengambilan disyorkan 1 paket sehari sebelum tidur...
Perhatian : Jika anda hamil, menyusu atau sedang mengambil ubat, sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan
TESTIMONI SISTA STARDUST BERRIES ROSE
Sebut pasal produk makanan tambahan ni mesti ada yang nak tau testimoni kan. Baru la tertarik dengan produk kan. Kat atas aku dah cerita pasal kesan kat diri sendiri tapi nak la jugak tau pendapat orang lain kan. Kang ada yang kata "Eleh, ye la tu. Tah tah tipu je".. Ha, kat sini aku share jugak testimoni dari orang lain. So, maknanya bukan aku je la yang syok sendiri.. hehe...
Haa, amacam?? So, memang terbukti yang pengguna Sista Stardust Berries Rose ni pun akui bahawa produk ini sesuai untuk mereka yang ada alahan kepada makanan laut. So, lepas ni dah tak perlu risau ye. Kalau berminat dengan produk Sista Stardust Berries Rose dan nak tau info lanjut boleh rujuk kat bawah ni :
Harga Sista Stardust Berries Rose :
RM150 untuk 60 hari
Website :
Facebook :
Instagram :
20 Comments
first time hear this brand, nampak ok, rose smells good..
ReplyDeleteBagusnya produk ni. Semua estrak buah dan buah-buah tu semua ada antioxidants. Ingatkan sesuai utk mereka yg ada alahan seafood sebab ada estrak udang or ketam dalam minuman tu. Hehehe. Siapa yg alergik seafood bleh la amalkan. Maybe juga sesuai utk mereka yg ada resdung. Why not kan. Hehe
ReplyDeleteWow banyak kelebihan ye consume sista stardust nie. Feedback pon positif je semua. Mesti laku keras nie.
ReplyDeletenak nak jugak muka glowing..oo minum ni muka leh npk glowing eh..ha nti boleh cuba
ReplyDeleteBanyak kelebihan sista stardust berries rose ni yer. Nampak pon macam sedap jer air tu. Keserasian tu yang penting kalau kita amalkan sesuatu produk.
ReplyDeletewow rose bagus untuk hal kecantikan dlman dan luaran
ReplyDeleteHari tu ada nampak mek onie ke sape ntah yang post pasal ni. Best tak supplement ni? Apa rasa dia? Sebab nampak color dia macam best. Hihi
ReplyDeleteRasa dia mesti sedap kan Dik Bee...patut la Dik Bee makin cantik sekarang...
ReplyDeletenampak macams edap je air kaler2 rose tu.. hihi.. produk ni emmang bagus ye untuk kulit bagi glowing dan lembap.. nak try tengok la nanti.. kot berkenan di hati..
ReplyDeleteOh my so this is your secret of beauty? Looks cool and wanna try this so much. I wanna get glow too...
ReplyDeleteAfter reading your review this product kinda convincing and I bet it's worth to give it a try.
Racheal
Banyak kebaikan sista stardust utk kulit ye. Boleh makin glowing dan flawless lah lepas ni. Yg penting bahan-bahanya dari bahan botanikal semulajadi dan selamat.
ReplyDeleteNampak produk ni mmg bagus untuk merawat kulit kusam. Kandungan wlpun seafood tapi bileh dinikmati oleh org yg alergik seafoof
ReplyDeletemacam sedap pulak nampak warna merah". teringin nak try,nak tahu apa rasa. bagus pula tu banyak benefit
ReplyDeleteCan't wait to try this after I berpantang, my skin is so dull lately and there's nothing much I can do to change it, hopefully it's just the pregnancy hormones, mind sharing how much does it cost?
ReplyDeleteSekarang tengok kulit Dik Bee ok je. Mulus dah. Memang persekitaran kerja, kena panas bagi kesan pada wajah. Bagus ada minuman kesihatan macam ni, penting untuk tindakan dari dalam juga. Dah consume bahan2 ni, memang kena minum air putih a lot (ingatkan diri sendiri juga yg kurang minum air!). harga pun ok sb untuk 2 bulan. Nice to try la produk ni.
ReplyDeletemacam sedap je tu rasa berries. orang lelaki boleh guna tak? kalau boleh, nak try suggest kat abang yang ada masalah alahan ni
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
waaa konmpem lah lepas ni dik bee semakin bertambah cantik gorgeous putih gebu gebas .. rasa macam nak try la body I perlukan benefits ni..
ReplyDeleteWahh bagus produk ni, bolehlah sis share gan kawan yang ada allergy teruk. Kesian tengok dia tak dapat makan makanan laut.
ReplyDeleteWah...byk juga pantang larang bila minum produk ni, kelopak bunga rose sebenarnya elok dimakan tp masa kak tanam bunga rose tak tau khasiatnya jadi biar gitu jer..
ReplyDeleteWah boleh try ni. Saya mmg jenis yang bibir bengkak lps makan ketam. Huhuu
ReplyDelete