STREET CHURROS OUTLET KE-7 DI SOGO KL

STREET CHURROS OUTLET KE-7 DI SOGO KL | Assalamualaikum semua.. Perhatian ! Perhatian !, nak bagi tau kat seluruh pembaca tersayang bahawa Street Churros kini telah membuka cawangan yang ke-7 iaitu di SOGO KL. Yeayyy.. seronok rasanya sebab lepas ni kalau mai shopping kat sini boleh la makan churros yang super sedap ni. Ye la, dah penat-penat dok shopping tu mesti dah tak lalu sangat nak makan nasi kan. Jadi, why not kita pilih menu makanan yang ringan-ringan macam churros yang ada di Street Churros ni.

Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL
Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL

Untuk pengetahuan semua, Street Churros merupakan sebuah rangkaian kafe yang menawarkan pelbagai menu churros terbesar di dunia dan ia berasal dari Korea Selatan. Wow, hebat kan. Di Malaysia pun sudah ada 7 outlet di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang. Churros ni memang sedap di makan sebagai pencuci mulut atau sebagai makanan ringan dan sesuai dihidangkan untuk pelbagai lapisan umur. Ni kalau kat negara Eropah dan Amerika Latin, churros ini diorang hidang masa breakfast di mana ia dimakan dengan cara mencelup ke dalam coklat panas dan diminum bersama cafe con leche (kopi susu).

Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL
Pelbagai Menu ada di Street Churros

Jujur aku cakap dalam banyak-banyak churros yang aku pernah makan paling sedap adalah di Street Churros. Sebelum ni pernah juga cuba di tempat lain tapi tak setanding kesedapan churros kat sini. Ini kerana di Street Churros mereka akan menghidangkan churros yang diperbuat dari bahan yang berkualiti dan segar serta dihidangkan secara panas-panas. Churros hanya akan digoreng apabila kita order mengikut menu yang ingini. Jadi, keenakan churros terjamin dan rasanya sangat sedap, rangup di luar dan lembut di bahagian dalam.

Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL
Seronok makan churros beramai-ramai


MENU DI STREET CHURROS


Terdapat pelbagai pilihan menu churros yang ditawarkan di Street Churros. Antaranya adalah seperti :

Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL
Ada banyak pilihan churros di Street Churros

Street Churros - Churros yang berbentuk seperti 'U' terbalik ni adalah trademark sebenar untuk Street Churros. Kalau perasan, bentuk yang sama juga ada dalam Logo Street Churros. Agak-agak korang la, apa maksud bentuk tu? Haaaa... bentuk tu sebenarnya adalah bentuk Ladam Kuda. Ooooo... baru ku tahu. hehe. Untuk menu Street Churros ni ada 3 jenis iaitu churros cinnamon, churros coklat dan churros keju. Churros ni boleh dimakan begitu sahaja atau boleh dimakan bersama dipping sauce seperti coklat, cream cheese, blueberry dan butterscotch.

Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL

Street Churros - RM5.90
Dipping Sauce - RM1.90

Filling Churros - Kalau rasa malas nak cicah-cicah, apa kata order je Filling Churros. Di bahagian tengah-tengah churros diisi dengan inti dan boleh dipilih sama ada nak inti perisa coklat, cream cheese, ataupun Korean Strawberry. Aku suggest korang cuba Korean Strawberry sebab tu perisa baru. Tapi kalau nak makan ramai-ramai, order je ketiga-tiganya.. hihi

Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL

Filling Churros - RM7.90

Stick Churros - Stick Churros ni pula didatangkan dalam saiz lebih kecil tapi banyak. Ia akan dihidangkan di dalam bekas dan yang menarik mengenai Stick Churros ni kita boleh pilih 2 perisa untuk satu hidangan. Antara pilihan bagi Stick Churros adalah coklat, cinnamon dan cheese. So, tak perlu berebut nak perisa apa ya... 

Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL

Stick Churros - RM9.90

Churro Fries - Churros ala-ala 'french fries'?? ya, di sini ada juga dijual churros yang berbentuk jejari halus dan rangup. Perisanya agak berbeza dari churros biasa iaitu sour cream, tomato dan seaweed. Aku paling suka yang seaweed tu. Sedap gila sampai tak sedar dah habis. haha

Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL

Churro Fries - RM7.90

Ice Cream Churros - Yang ni aku pasti kanak-kanak akan suka.. yaaa.. churros dimakan bersama ice cream. Bayangkan churros yang panas dicalit dengan aiskrim yang sejuk dan dimasukkan ke dalam mulut. Rasa meletop-letop enaknya... haha. Dasat kan. Tapi memang tak dapat digambarkan keenakkannya. Ya, ni pun salah satu favourite aku kat sini. Pilihan aiskrim yang ada adalah Swiss Cheese (plain) tetapi boleh ditambah dengan topping  chocoloate cheese, blueberry cheese dan butterscotch cheese. Korang kena cuba yang ni tau.

Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL

Ice Cream Churros Swiss Cheese (plain) - RM7.90
Add on topping - RM8.90

Ok, yang kat atas ni cerita pasal pilihan menu churros yang ada di Street Churros ni. Untuk air pun ada pelbagai jenis yang boleh dipilih. Antaranya ialah :

O'My Mango dan O'My Coconut [Shake] - Bagi sesiapa yang menggemari minuman yang viral ketika ini iaitu coconut shake dan mangga susu, jangan risau. Kat Street Churros pun ada pilihan minuman begini malahan bagi aku lebih sedap dari yang dijual di luar. Tak percaya?? ha, korang kena la cuba sendiri.

Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL

O'My Mango dan O'My Coconut [Shake] - RM9.90

Lemon, Passionfruit dan Korean Citron [Fruit Ade] - Bagi yang inginkan kesegaran, boleh order air minuman Fruit Ade ni. Haritu aku dah cuba air Korean Citron. Memang terasa sejuk dan segar tekak. Ni kalau panas-panas, memang mengidam nak order air ni. Next time nak cuba yang lain pulak.

Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL

Lemon, Passionfruit dan Korean Citron [Fruit Ade] - RM7.90

Cafe Latte, Caramel Macchiato, Spanish Latte [Coffee] - Bagi yang rasa penat mengantuk dan ingin kembali segarkan mata, boleh la order coffee kan. Sememangnya churros lebih enak dimakan bersama coffee. Ada pilihan nak coffee iced ataupun hot coffee. 


Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL

Iced - RM9.90
Hot - RM8.90

Caramel Macchiato, Spanish Latte
Iced - RM9.90 
Hot - RM8.90


Chocolate, Green Tea, Milk Tea [Non-Coffee] - Ada juga pilihan tea bagi yang taknak coffee. Sama juga boleh pilih nak panas ke sejuk. Kalau yang sejuk akan ditambah dengan foam untuk menambahkan lagi keenakan rasa air tersebut. Sama juga seperti coffee. 


Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL

Iced - RM8.90
Hot - RM7.90

Kalau rasa nak jimat, boleh juga order secara set di mana kita akan dapat satu churros dan satu minuman :

Set A - Street Churros  + Latte = RM11.90
Set B - Filling Churros + Latte = RM13.90
Set C - Stick Churros + Latte = RM15.90

Tak cukup?? Haa.. Ada juga set untuk bawa pulang yang dipanggil 'My Treasure Box'. Set ini mengandungi 10 Mini Churros bersama 4 dipping sauce dan 8 Mini Filling Churros. Tapi dinasihatkan kalau bawa pulang kena makan dalam tempoh masa 2 jam untuk pastikan churros masih sedap dan enak. 

My Treasure Box - RM32.90

Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL

Haaa.. menarikkan menu-menu yang ada di Street Churros ni. Bayangkan hanya berasaskan churros tapi boleh dipelbagaikan mengikut citarasa. Kadang-kadang ada juga promosi mengikut musim di mana perisa baru ditambah dalam menu seperti Perisa Durian. Wow, memang versatile la churros kat sini kan. Ni tak lama lagi dengar kata ada promosi untuk Hari Valentine. Nak tau apa promosi tu?? haaaa... jangan lupa follow social media Street Churros tau [link di bawah].

Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL


GIVEAWAY - STREET CHURROS

Perhatian 📣📣

Di sini dengan rasa rendah diri aku nak membuat Giveaway 
sebagai tanda penghargaan buat pembaca www.dikbee.com

Hadiah :
Discount Voucher Street Churros
[2 keping x 5 pemenang]

Cara Penyertaan :
Rujuk di Instagram [link]


Siapa kah yang bertuah itu??? tungguuuu 😍

Street Churros Outlet Ke-7 Di SOGO KL


Street Churros Sogo KL
LG-L4, 
Kompleks Sogo,
190 Jalan Tunku Abdul Rahman, 
City Centre 50100 Kuala Lumpur 
Tel : 03-22028898



Cawangan Street Churros yang lain : 

One Utama Mall
Lot LG319A 
Lower Ground Floor, 
1 Utama Shopping Centre 1, 
Lebuh Bandar Utama, 
Bandar Utama City Centre, Bandar Utama, 
47800 Petaling Jaya Selangor.
Tel: 03-76810710

IOI City Mall
LG-66A 
Lower Ground Floor IOI City Mall, 
62500 IOI Resort City, Putrajaya
Tel: 03-89592110

Sky Avenue
Lot No. T2-12,
 Level T2, 
Sky Avenue, 
Genting Highlands Resorts, 
69000 Genting Highland, 
Pahang Darul Makmur
Tel: 03-61013110

Berjaya Times Square
Lot LG-36, 
Lower Ground Floor, 
Berjaya Times Square, 
No.1 Jalan Imbi, 
55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-21106210

MyTOWN Shopping Centre
Lot no, B1-046, 
Basement 1,
MyTOWN Shopping Centre, 
No. 6 Jalan Cochrane, 
Seksyen 90,
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-92011099

Empire Shopping Gallery
Lot no, LK02A, 
Lower Ground Floor, 
Jalan SS 16/1, SS 16, 
Empire Shopping Gallery, 
47500 Subang Jaya Selangor
Tel : 03-56121055



Post a Comment

15 Comments

  1. Bestnyer. Kakak bila nak belanja saya makan Chuross ni?

    ReplyDelete
  2. I miss Churros so much. Will visit one of their outlet to have it.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi makan Churros ni. Nampak banyak post tentang makanan ni. Ngam sanganlah makan dengan coffee. Dah petang2 ni sedapnya kalau dapat! Bila lah nak ada outlet dekat Mid Valley. Dekat sikit nak pi. Hehe.

    ReplyDelete
  4. wah boleh kelaparan tenung churros tu lama2

    ReplyDelete
  5. Sapa minat churros memang heaven lah kalu dtg sini kan...

    ReplyDelete
  6. rindunya kat churross....lagi menikmatinya dgn passion fruit drink

    ReplyDelete
  7. Wahh sedapnya makan Churros...fav sis ni. Bila lah dapat makan lagi churros, lama dah x pekena..rindu lak tgok org makan

    ReplyDelete
  8. Tengok gambar pun dah terliur, memang kena pergi makan & rasa sendiri Street Churos ni lah. Nampak sedap & banyak betul pilihan yang ada.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  9. i love street churros.. it is yummy.. no wonder they are growing so fast and expanding all over

    ReplyDelete
  10. Sedapnya churros ni... ada macam2 flavor sekarang rupanya, bolehlah terjah lepas ni.. yummy churros yang makan dengan ice cream

    ReplyDelete
  11. ALA rasa macam nak makan CHUROOS lagi, sedap betul yang aiskrim makan dengan churros

    ReplyDelete
  12. terinngat-ingat lagi ni..hahaa..memang sedap..suka perisa coklat

    ReplyDelete
  13. Sedapnyaa! Teringin sangat nak try street churros ni.

    ReplyDelete
  14. Serius aku tak pernah makan churros ni weh, selalu tak berkesempatan nak mencuba menu dari kedai ni,sob...belanja la wak!

    ReplyDelete
  15. fav churros kt sini sbb sama mcm mkn kt korea dlu..pernh mkn churros kt cafe2 hipster tp xsedap

    ReplyDelete