DEWAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

DEWAN DAN PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP DI AMBASSADOR PUTRAJAYA | Assalamualaikum semua.. Hari ni terasa nak menanyi lagu kahwin je. Mentang-mentang la nak update story pasal pakej perkahwinan kan. Bukan apa, seronok tengok orang nak kahwin ni sebab masing-masing tengah sibuk mencari dan memilih keperluan yang terbaik untuk hari bahagia mereka nanti. Eeeee... nak kahwin jugak la.. Boleh?? tapi calon takde wakkk.. haha

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Pakej perkahwinan idaman

Dari pandangan mata kita memang seronok dan tumpang gembira bila mendengar saudara mara ataupun sahabat ingin mendirikan rumahtangga. Tapi bagi bakal pengantin, mesti pening kepala nak memikirkan segala keperluan kan. Mana nak cari pelamin lagi, katering lagi, paling penting dewan selaku lokasi majlis. Ayooo, selagi tak dapat booking, susah nak tetapkan tarikh perkahwinan.

Kalau kat kampung mungkin berbeza sikit sebab di sana setiap rumah biasanya ada kawasan yang luas. Tapi kalau kat kampung aku pun kebanyakan dah mula buat di dewan sebab faktor-faktor keselamatan dan keselesaan. Lagipun tak penat nak kemas rumah sebelum dan selepas kenduri. Betul tak?

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Ambassador Putrajaya

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Antara pelanggan di Ambassador Putrajaya

Jadi hari ni aku nak kongsikan dengan korang mengenai Ambassador Putrajaya yang menyediakan dewan dan juga pakej perkahwinan yang lengkap bagi bakal pengantin yang berada di kawasan sekitar Putrajaya, Bangi, Cyberjaya, dan kawasan sekitarnya. Ya, boleh dikatakan di sini semua keperluan pengantin ada disediakan di bawah satu bumbung seperti dewan, katering, busana pengantin, makeup, photographer, PA system dan lain-lain. Bak kata orang putih One Stop Centre.. ghituuuu...

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Penerangan pakej perkahwinan oleh Puan Norfazlin

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Bergambar beramai-ramai

Aku sendiri dah pergi ke Ambassador Putrajaya yang diuruskan oleh Hanana Group. Bukan apa, dah alang-alang ada peluang ni boleh la survey-survey pakej perkahwinan kat sini kan. Lagipun pemilik Hanana Group iaitu Puan Norfazlin atau lebih dikenali sebagai Lin sangat-sangat peramah begitu juga dengan staff-staff yang lain. Aku rasa macam dah kenal lama pulak bila berborak dengan mereka. Nanti kalau dah ada calon suami, boleh la ajak mai sini... hehe.. nampak tak permainan iols.. Tapi tak salah kan berangan dulu. Mana tau esok-esok dimakbulkan. Ok, jom tengok perkhidmatan yang ditawarkan di sini..


DEWAN PERKAHWINAN


Macam aku cakap kat atas tadi, perkara pertama yang perlu di dititik beratkan bagi bakal pengantin adalah lokasi perkahwinan. Di Ambassador Putrajaya ni ada disediakan 2 dewan yang boleh disewa iaitu Dewan Ambassador dan Dewan Dirgahayu. Dewan Ambassador yang terletak di tingkat bawah boleh memuatkan kapasiti 350 orang dalam satu-satu masa. Manakala Dewan Dirgahayu terletak di aras 3 dan bersaiz lebih kecil. Sesuai untuk majlis pertunangan ataupun pernikahan. Kedua-dua dewan ni dilengkapi dengan kemudahan air-cond dan juga hiasan dalaman. Sebenarnya dewan ini tidak terhad kepada perkahwinan je. Kalau nak sewa untuk seminar, majlis hari jadi ataupun apa-apa keraian pun boleh.

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Dewan Ambassador

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Ruang dalam Dewan Ambassador

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Dewan Dirgahayu

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Hiasan dalam Dewan Dirgahayu mengikut citarasa pelanggan


PELAMIN


Kat sini ada beberapa pilihan pelamin boleh disesuaikan mengikut tema dan bajet. Bagi yang mempunyai bajet lebih, pelamin boleh diolah mengikut citarasa pelanggan manakala jika ingin pelamin yang sedia ada pun boleh. Bagi aku hasil tangan mereka sangat cantik dan berseni. Ye la, demi kepuasan pelanggan kan. Ha, ni antara contoh pelamin yang pernah mereka hasilkan untuk pelanggan terdahulu.. Cantik kannnn...

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Contoh Pelamin 1

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Contoh Pelamin 2

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Contoh Pelamin 3


BAJU PENGANTIN


Pilihan baju pengantin kat sini memang banyak. Ada yang kembang, ada songket, ada yang modern. Pendek kata memang rambang mata la nak pilih. Kebanyakan baju kat sini pernah digunakan tapi ada juga baju yang belum pernah digunakan lagi. Kira baju baru la. Masa aku pergi tu, kitorang diberi peluang untuk mencuba baju-baju yang ada kat sini. Apa lagi, masing-masing excited mencuba. Ha bila lagi kan.

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Antara pilihan Busana Pengantin

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Teringin nak pakai tapi hurmm kena diet dulu.. huhu

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Kawan-kawan mencuba baju pengantin.. cantik

Ha, sebenarnya yang kat atas ni kira perkhidmatan utama yang disediakan oleh Hanana Group kepada pelanggan mereka. Tapi bagi bakal pengantin yang malas nak fikir banyak perkara, apa kata guna khidmat wedding planner dan ambil pakej terus. Kat sini ada 2 pilihan pakej lengkap untuk majlis perkahwinan iaitu Pakej Sri Tanjung yang berharga RM35,000 dan Pakej Sri Pinangyang berharga RM48,000. Minimum deposit untuk setiap pakej adalah RM5,000.

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Pakej Sri Tanjung

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Pakej Sri Pinang


📣📣 Berita Baik
Sekarang ada promosi Diskaun RM10,000
*limited slot


Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Kek perkahwinan

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Katering - menu utama

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Katering - Menu sampingan

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Hiasan meja makan

Haishh, rasanya dah banyak aku cerita ni. Maklum la terlebih excited macam aku pulak yang nak kahwin. Jadi kepada bakal pengantin yang nak cari wedding planner atau dewan dan pakej perkahwinan yang lengkap, maka Ambassador Putrajaya adalah pilihan yang tepat selain dari lokasinya yang strategik. Sebut aja apa tema wedding yang korang nak, tema tradisional ke, tema moden ke, tema garden ke, nak tema jawa pun boleh. Semuanya akan direalisasikan mengikut bajet yang dipersetujui. Semoga impian perkahwinan indah anda menjadi kenyataan bersama Hanana Group.

Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap Di Ambassador Putrajaya
Team Hanana Group yang mesra dan happening

Lokasi :

AMBASSADOR PUTRAJAYA
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya

Waze : Ambassador Putrajaya

Website :

Facebook :

Instagram :

Telefon :
Farah 016 - 6700 457
Hanis 016 - 6700 752
Rezza 016 - 6700 473
Liana 016-4318 434



Post a Comment

21 Comments

  1. kenapa dikbee tak pakai? why!! why!!why!!

    ReplyDelete
  2. Iyer ker tak ada calon? Insyaallah... Masa tu akan tiba jugak nanti. Cantik baju-baju pengantin ni. Dekorasi dewan pon menarik sangat. Pelamin pon cantik. Ehhh... Semua cantik lah. Rasa macam nak sanding lagi sekali jer ☺

    ReplyDelete
  3. Cantiknya! Banyaklah pilihan baju yang cantik. Bila jodoh I nak sampai nie! Pelamin pun lawa.

    ReplyDelete
  4. Oh wow the package is actually very affordable and they do cover all the bases for you as well without the hassle. Its nice to know that they provide wedding packages like these so you wouldn't have the headache of selecting through separately, plus the choices here for the designs are lovely as well.

    ReplyDelete
  5. dewan ambassador tu lawa sgt2 dan nampak grand. senang la macam ni sebab diorang cover semua benda. tak perlu pening kepala.

    ReplyDelete
  6. dikbee, best nyer la tgk gambo. cantik!
    utk wedding sendiri, tak la kot ha ha ha... da terlepas!
    one of the gambo tu is my dream wedding utk anak-anak dara. in shaa Allah...
    zaman sekarang ni byk pilihan. time aida dulu, hmmmm tak sgt, dikbee.
    itu aje. yg tu aje. tak byk pilihan!

    ReplyDelete
  7. Menarik betul pakej perkahwinan lengkap di sini. Semuanya cantik-cantik. Bolehlah buat perkahwinan ala-ala dreamy di sini

    ReplyDelete
  8. Mak aih! Cantiknya dewan dia! Nampak agak luas dan selesa sangat. Ekslusif pulak tu! Baju sanding pun banyak betul pilihan nampaknya. Akak tak mencuba ke? Hehe...

    ReplyDelete
  9. I keep hearing about this Ambassador Putrajaya...I will definitely recommend this to all future brides and grooms...and on a personal note...i super love pelamin decors like the second one...<3

    ReplyDelete
  10. Wah banyak betul blogger promote tempat ni..mentang2 la nak raya kan..lps raya mesti ramai buat kenduri kawen hehe..package kat sini sgt murah dan sape yg tercari2 tu mmg patut consider tempat ni..semua lengkap

    ReplyDelete
  11. Oo ni lah yang dorang dok pakai baju pengantin yg cantik2 tu ye. Lengkap ye semua disediakan. Ada pelamin, baju, dewan semua. Senang kerja keluarga dan bakal pengantin.

    ReplyDelete
  12. Semua all in one. Senang dan murah. Paling penting pakaian yang disediakan semuanya happening

    ReplyDelete
  13. Zaman sekarang macam-macam pakej perkahwinan ada. Rasa macam nak je sanding sekali lagi. Lelawa dress dia.

    ReplyDelete
  14. hahaha ada juga orang sama macam kita bertanya kenapa DIK BEE tak pakai dress dress kahwin tu ? yang dah kahwin pula yang pakai hahaha patut yang single mingle macam dik beeee yang pakai ! hahahahhaha apa pun dress semuanya nampak awesome sangat suka kak atie punya dress sebab kembang semangkuk ! hehehehehhehe rekomen untuk pasangan pengantin usha hanana group ni kalau dorang nak kahwin nanti :)

    ReplyDelete
  15. Dewan Ambassador is so pretty, I love that paticular design but overall they were all very classy and up to standard. Besoides that, the packages are really eye catchy and affordable as well, I bet all the newly weds enjoy themself at Ambassador Putrajaya.

    ReplyDelete
  16. Wah lovely sgt deco nya. Rasa mcm nak buat majlis lg sekali. Haha bagus ya pakej mcm ni. Senang n xperlu pening2 dah sebab semua dah lengkap.

    ReplyDelete
  17. looks like a beautiful wedding venue, so big and well decorated. It's great that all services is provided in the package!

    ReplyDelete
  18. Is a good package whereby it cater from choosing wedding gown, hall decoration, food and etc. Is like one stop place for new bride to plan according to their budget. The wedding gown also look trendy.

    ReplyDelete
  19. Tahniah sis. Eh. hahaha. btw, dewan dia nampak kelas dan selesa. Memang sesuai buat wedding kat situ. Harga tu pon okay lah, kena dengan service yang ditawarkan. :)

    ReplyDelete
  20. when i see this, i really wanna try it so much. as a Malaysian, for sure we will want to feel the difference right? this place really have a lot beautiful gowns

    Racheal

    ReplyDelete
  21. Dengan pakej macam ini boleh kurang stress pasangan pengantin untuk persiapan perkahwinan. All in one hub and handle by 1 company lagi senang tak payah nak cordinate dengan ramai supplier. The dewan also very classy and comfortable plus the wedding clothes also look stunning.

    ReplyDelete