Sebut pasal percutian di Melaka, aku nak kongsikan satu lokasi penginapan yang best dan menarik iaitu di
The Settlement Hotel yang terletak di
Jalan Ujong Pasir. Hotel ini dahulunya merupakan sebuah bangunan pusat latihan kerajaan tetapi telah diubahsuai menjadi
boutique hotel bertaraf 4 bintang. Kenapa aku katakan hotel ni menarik kerana hanya mereka yang pernah menginap di sini sahaja yang dapat merasai keunikan hotel ni. Umpama khazanah yang tersembunyi,
The Settlement Hotel mengandungi pelbagai elemen sejarah yang unik dan masih terpelihara untuk tatapan pengunjungnya.
|
Penginapan kami di Melaka - The Settlement Hotel |
Pada bulan lepas aku sendiri telah berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di
The Settlement Hotel Melaka. Masa mula-mula sampai tu rasa macam bangunan biasa je tapi bila melangkah je masuk ke dalam, aku rasa macam berada di kawasan yang lain. Setiap sudut dalam bangunan ni mempunyai dekorasi yang cantik dan menarik. Ni kalau sesiapa yang suka
#OOTD banyak port best nak bergambar ni.. hehe
|
Tenang je duduk kat taman ni |
|
Buaian ni port wajib untuk bergambar |
|
Satu lagi port best kat roof top |
Di dalam kawasan hotel terdapat beberapa sudut dekorasi yang unik dan mempunyai cerita yang tersendiri. Sebagai contoh permukaan lantai di bahagian hadapan bangunan diperbuat dari
jubin lama yang berasal dari sebuah
Masjid Palembang di Sumatera. Menariknya jubin ini menggunakan warna asli dari tumbuhan dan bukannya menggunakan warna tiruan. Di sudut tepi menghala ke kaunter pula tersergam sebuah
katil antik yang cantik. Nak tau tak, usia katil ni
350 tahun tau. Perghh, lama tu tapi masih kukuh. Selain tu ada lagi beberapa dekorasi yang menarik. Korang boleh tengok kat bawah ni. Selain tu, di sekitar dalam bangunan hotel terdapat pelbagai
barangan antik dan perabot lama yang merupakan koleksi peribadi milik keluarga kepada pemilik
The Settlement Hotel Melaka. Nak tahu tak, kat sini pun ada sebuah
galeri lukisan yang mempamerkan hasil karya seorang seorang anak autisme bernama
Yeak Ping Lian.
|
Katil antik yang berusia 350 tahun |
|
Jubin lama yang mempunyai kisah tersendiri |
|
Perabot lama yang menjadi koleksi peribadi |
|
Antara koleksi barang-barang antik |
|
Galeri Seni Yeak Ping Lian |
|
Salinan asal lukisan Picasso |
|
Kayu selak pintu dijadikan arca dinding |
Teruja kan tengok dekorasi kat
The Settlement Hotel Melaka ni. Ni yang buat rasa tak sabar nak tengok bahagian bilik pulak. Bila settle je check in, kami pun menuju ke bilik. Sekali lagi aku teruja bila melangkah masuk ke bilik sebab disambut dengan
teddy bear yang comel. Alahaiiiii... sweetnya. Pandai tau ambil hati kita. Bilik pun cantik, kemas dan lengkap dengan kemudahan TV, peti ais mini, kelengkapan bancuh air dan juga air-con. Wifi pun laju tau dalam bilik.
|
Bilik kami Deluxe Room Twin |
|
Stay melebihi 2 malam akan dapat teddy bear yang comel ni |
Bilik air dia pulak siap ada
bathtub yang comel dan dinding cermin lutsinar. Ni boleh main cak cak sambil mandi ni... haha, jangan risau ada bidai sebenarnya. So, sebelum guna bilik air jangan lupa tutup bidai ye.. hehe. Oh ya, bilik yang aku duduk ni jenis
Deluxe Room Twin. Selain tu ada juga jenis
Deluxe Room Queen, Junior Suite King, Junior Suite Twin, dan
Settlement Suite.
|
Bilik ni ada bathroom yang comel dan seksi |
Setiap hotel mesti ada sekali dengan pakej breakfast kan. Ha, kat sini pun of course la ada. Kebetulan masa aku menginap kat sini ada menu istimewa nasi minyak dengan ayam masak merah. Uish.. sedap giler pepagi pekena nasi minyak.. dah macam pi kenduri dah.. hehe menarik kan. Rasanya ni first time makan nasi minyak kat hotel. Menu lain pun ada jugak. Semua best..
|
Breakfast |
|
Nasi Minyak bersama Ayam Masak Merah .. sedap |
Lepas makan kalau nak pi berendam pun boleh. Kat bahagian belakang ada sebuah kolam yang dipanggil
Dip Pool. Yang bestnya kolam ni siap ada pancuran. Tapi aku tak sempat pulak nak berendam. Yang sempat hanya buat massage kat tepi kolam tu je. Sebab kat tepi tu ada
SPA. Kengkawan suh buat massage full body tapi aku ni penggeli so massage tangan je la. Best wo, rasa ringan je tangan sebab dah penat drive jauh kan.
|
Kawasan kolam renang dan Spa yang bersih dan nyaman |
|
Rasa nak terjun je tapi baju tak sesuai. hehe |
Oh ya, bagi sesiapa yang nak buat private event atau pun nak celebrate birthday ke, aku suggest korang buat kat
Roof Top The Settlement Hotel. Siyes cantik tau dekorasi kat atas ni. Siap ada lampu berkelipan bagai bintang dan juga candle. Romantik gitu. Kebetulan masa aku pergi ritu siap ada shooting untuk drama melayu. So, dapat la tumpang fefeling
candle light dinner.. hehe
|
Roof Top |
|
Romantik tak candle light dinner i? hehe |
Sebenarnya ada satu lagi yang menarik kat
The Settlement Hotel ni. Clue dia
percutian berkonsep tradisional yang mewah. Tapi part tu nanti aku cerita kat dalam next entri. Tapi secara keseluruhannya aku memang berpuas hati dapat menginap di sini. Dah la banyak benda menarik kat hotel ni yang tak ada kat hotel lain, pastu jarak nak ke tempat-tempat menarik sekitar Melaka pun dekat. Siap ada
perkhidmatan shuttle percuma kalau nak ke
Dataran Pahlawan ataupun
Jonker Walk. Pastu kat area hotel ni pun dekat dengan beberapa tempat makan yang viral macam
Nasi Lemak Ujong Pasir.. sedap weii.. Korang kena rasa kalau mai sini..
|
Bestnya kalau dapat bercuti dengan yang tersayang |
|
Dapat pun rasa nasi lemak Ujong Pasir yang viral ni |
Next time kalau datang lagi ke Melaka boleh la stay kat sini lagi. Seronok sampai rasa tak nak balik. Korang pun kalau mencari lokasi penginapan di Melaka aku rekemen rasai la sendiri pengalaman menginap di
The Settlement Hotel Melaka ni tau. adiosss...
|
Memang puas hati stay kat The Settlement Hotel ni |
UPDATED :
TAHNIAH!!
The Settlement Hotel telah merangkul
Anugerah "Best Hotel Services : 4 Star (City)"
pada malam "Malaysia Tourism Award 2016/2017"
Harga dan promosi rujuk link di bawah :
The Settlement Hotel Melaka
No. 63, Jalan Ujong Pasir,
75050 Melaka,
Malaysia.
Telefon:
+60-62921133
Facebook :
Instagram :
2 Comments
Memang menarik dan tertarik..
ReplyDeleteMacam best pulak bila balik kampung nanti, sesaja rasa tido di sini..hehe..
aida org melaka, memang tak pernah stay sini, dikbee.
ReplyDeletelalu lalang aje :) hi hi hi...