BUFFET RAMADHAN 2018 - HOTEL DORSETT GRAND SUBANG | Assalamualaikum semua.. Seperti yang semua maklum, ramadhan kian menghampiri kita. Aku pasti ramai yang sudah mula membuat tempahan untuk berbuka puasa sama ada dengan rakan pejabat ataupun bersama keluarga tercinta. Ok, kali ni aku nak share satu lagi lokasi untuk berbuka puasa. Lokasi kali ni terletak di Negeri Selangor iaitu di Terazza Brasserie dan Melati Room, Hotel Dorsett Grand Subang.
Tahun 2018 ni, buffet dengan bertemakan Citarasa Ramadan, Hotel Dorsett Grand Subang bakal menyajikan makanan yang akan menggamit memori dan mengembalikan nostalgia seperti berbuka puasa di kampung. Aku pasti ramai yang rindukan masakan kampung kan. Tapi takde la semuanya makanan kampung, ada juga menu arab dan juga western. Nak tau apa menu yang ada? meh aku kongsikan dengan korang.
Kalau berbuka puasa di hotel, menu utama yang menjadi tumpuan mestilah Kambing Panggang kan. Di sini kita boleh menikmati hidangan Kambing Panggang yang diperap dengan rempah rahsia bersama dengan Mandy Rice, Nasi Briyani Gam Kambing, Ayam atau Daging, Aromatic Steamed Red Pomfret atau Seabass, dan juga Sup Gear Box bersama roti benggala.
Kambing Panggang |
Nasi Briyani Gam Kambing, Ayam atau Daging |
Sup Gear Box |
Roti Benggala dan bahan untuk Sup gearbox |
Untuk lauk pauk pulak ada banyak menu disediakan seperti Sambal Ikan Goreng, Sotong Percik, Kambing Tumis Bersama Halia, Masak Lemak Udang, Asam Pedas Tetel, dan macam-macam lagi.. Tak lengkap kalau makan lauk pauk takde pembuka selera kan. Jangan risau, ada banyak pilihan kerabu, ikan masin, telur masin, ulam-ulaman dan juga sambal belacan. Pergh.. meleleh air liur bila teringat semua lauk yang sedap-sedap tu.. Selain masakan melayu, masakan western pun ada.
Nasi Briyani Udang |
Fried Hokkien Noodles |
Deep Fried Boneless Chicken With Thai Mango Sauce |
Fried Fish Chilli Paste |
Chicken Fricasse |
Stuffed Squid Percik Sauce |
Seafood Aglio |
Baked Macaroni Pasta |
Vegetable Dhall With Mango |
Stir Fried Lamb Ginger |
Prawn With Spicy Coconut Milk |
Asam Pedas Tetel |
Pelbagai Jenis Kerabu |
Pelbagai jenis kudapan |
Ulam Ulaman |
Jangan lupa juga untuk menikmati hidangan panas dan bakar seperti Char Kuey Teow goreng yang digoreng panas-panas, seleksi ikan bakar, ayam dan ketam bakar serta satay ayam dan daging. Kalau ada yang suka makanan berkuah, boleh serbu ke Noodle Station. Eh, lupa.. kebab pun ada tau. Alahai, awat banyak sangat pilihan ni.. tu belum lagi tengok susunan udang dan kupang segar di atas ais. Perghh.. gemuk-gemuk tu isi kupang. Makan dengan salad best ooo..
Kuey Teow Goreng |
Ikan, Ayam dan Ketam bakar |
Satay Ayam dan Daging |
Daging Kebab |
Aneka jenis mee |
Seafood On Ice |
Dah kenyang?? oh, jangan dulu selagi belum rasa hidangan desserts yang pasti buat korang tak menolak. Sape yang tak tergoda dengan kek dan puding yang berwarna warni dan comel ni. Kenyang macam mana pun mesti ambik kan. Kalau yang sukakan kuih muih melayu ada juga di sini termasuk bubur, ada badak berendam untuk korang. Eh, bukan badak betul tau. Mana menu tu je. hehe
Kalau kanak-kanak, benda yang paling diorang suka mesti la aiskrim kan. Nah, ada banyak pilihan aiskrim, cedok je perisa apa yang nak. Tapi kalau nak adventure sikit, cuba la ambik aiskrim dari sorang abang berpakaian ala turkish ni. Ha, jenuh kaw nak menangkap aiskrim turkish yang didatangkan dengan 4 perisa ni. Paling best ada perisa durian tau, selebihnya perisa vanila, strawberry dan coklat.
Ha, macam mana? tergoda tak dengan menu-menu yang ada kat sini. Bayangkan suasana berbuka puasa yang meriah sambil diiringi dengan dendangan muzik dan alunan irama yang mengasyikkan dari kumpulan Sri Kenchana Ghazal. Fuh.. memang best. Jadi bagi korang yang berada di sekitar Subang Jaya, boleh la memilih Hotel Dorsett Grand Subang sebagai lokasi berbuka puasa nanti. Untuk info mengenai harga boleh rujuk di bawah.
Harga Buffet Ramadhan 2018 Hotel Dorsett Grand Subang
Terazza Brasserie :
RM165 nett dewasa
RM165 nett dewasa
RM83 nett kanak-kanak
RM132 nett warga tua
Melati Room :
RM155 nett dewasa
RM78 nett kanak-kanak
RM124 nett warga tua
RM132 nett warga tua
Melati Room :
RM155 nett dewasa
RM78 nett kanak-kanak
RM124 nett warga tua
Early Bird Booking :
25% off
(sehingga 16 Mei 2018)
Group Booking :
RM113 nett/adult
(30 pax & above)
Group Booking :
RM113 nett/adult
(30 pax & above)
Tarikh buffet ramadhan : 16 May - 14 June 2018
Alamat :
Dorsett Grand Subang
Jalan SS12/1
47500 Subang Jaya
Selangor
Selangor
Untuk tempahan boleh hubungi : 03-50316060 atau email bookfnb.subang@dorsetthotels.com
0 Comments