BUFFET RAMADHAN 2018 - SUNWAY PUTRA HOTEL KL | Assalamualaikum semua.. Ha, tengok tajuk entri ni mesti ramai yang tahu bahawa tak lama lagi kita kan menyambut bulan puasa. Rasa macam baru je kita sambut raya kan. Cepat betul masa berlalu. Jadi, memandangkan tak lama lagi kita nak berpuasa, mesti ramai yang dah mula mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa dengan yang tersayang.
Buffet Ramadhan 2018 di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur |
Ok, untuk Buffet Ramadhan tahun 2018, lokasi berbuka puasa yang pertama aku nak kongsikan adalah di Coffee House, Level 9, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Kat sini ada lebih dari 100 jenis makanan dihidangkan mengikut citarasa kita tak kira la yang suka masakan melayu, Asian dan juga Western. Semua ada... Meh sis kongsikan apa menu yang ada kat sini. Boleh jadi rujukan korang kalau nak datang berbuka kat sini nanti kan.. hehe
Pelbagai jenis lauk pauk ada |
Sebagai permulaan, kita tengok dulu pembuka selera. Ada banyak menu yang pasti membangkitkan selera dihidangkan seperti Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Lala Pedas, Rojak buah, Tauhu Sumbat, Grilled Beef Mandarin Salad, Pecal, Ulam, Chilled Mayo Crabmeat With Corn Salad, Poached Fish with Pineapple dan Snow Peas Salad. Kalau sape yang suka makanan Jepun, Maki Sushi dan Sushi Rolls pun ada tau..
Ada banyak appetizer |
Macam-macam jenis kerabu |
Salad |
Pecal |
Pelbagai jenis Sushi |
Menggiurkan tak ? Tu baru appetizer belum main dishes lagi.. Jangan lupa untuk merasai keenakan makanan dari Chef Rossham yang akan menyediakan pelbagai jenis makanan seperti Gear Box Soup, Oriental Barbecued Lamb (Award Winning Dish Di Thailand Culinary Competition), Salmon Fish Head Curry, Laksa Utara, Udang Kalio dengan belimbing buloh, Daging Masak Lemak Cili Padi, Ikan Patin Masak Tempoyak dan macam-macam lagi..
Gear Box Soup |
Oriental Barbecued Lamb |
Salmon Fish Head Curry |
Udang Kalio dengan belimbing buloh |
Laksa Utara |
Untuk menu sampingan pulak, ada disediakan 12 action stalls yang menghidangkan pelbagai menu terbaik dari Sunway Putra Hotel. Ye la, mana tau ada yang tak makan nasi kan. So, ada banyak lagi pilihan untuk korang seperti Grilled Fish, Grilled Seafood, Chicken Chop With Mushroom Sauce, Chicken Shawarma, Cucur (Cucur Ikan Bilis, Cucur Udang, Cucur Kelapa & Cucur pisang), pelbagai jenis Kuih Talam dan banyak lagi.
Chicken Chop With Mushroom Sauce |
Fish Satay |
Pelbagai masakan dari sotong |
Tak lupa juga pemanis mulut yang dapat melegakan perut yang kenyang seperti Cendol, Ais kacang, Teh Tarik, Fresh Tropical Fruits serta pelbagai jenis kek dan desserts. Aku pasti korang akan rambang mata nak ambik mana satu. Tapi yang pasti aiskrim memang my favorite sepanjang masa.. hee
Pelbagai jenis kek |
Menggiurkan.. yummy |
Sebelum balik pekena aiskrim dulu |
So, sapa-sapa mencari tempat untuk berbuka puasa boleh pilih Buffet Ramadhan 2018 di Coffee House Sunway Putra hotel ni. Lokasinya sangat strategik dan mudah nak datang sini sebab dekat dengan stesen LRT. Ruang makan pun selesa dan boleh memuatkan sehingga 300 orang dalam satu-satu masa. Kalau nak tau info lanjut boleh rujuk di bawah :
Pelbagai hidangan enak di Sunway Putra Hotel |
Harga Buffet Ramadhan 2018 Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
RM128 nett dewasa
RM64 nett kanak-kanak & warga tua
(kanak-kanak bawah 6 tahun percuma)
Harga Berkumpulan :
RM108 nett
(minimum 30 orang)
Tarikh : 19 May - 4 June 2018
Alamat :
Coffee House, Level 9,
Sunway Putra Hotel,
100, Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur
Untuk tempahan boleh hubungi : 03-40409888 atau email spkl.ch@sunwayhotels.com
8 Comments
Wahh teruja dengan pelbagai jenis hidangan yang disediakan..
ReplyDeleteBaca post ni pun dah terliur.. Nice sharing Dikbee..
tq wakk.. ada byk lagi senarai buffet ramadhan bakal menyusul
Deletemenggoda semuanya. aiskrim tu cam best.
ReplyDeleteaiskrim tabur sendiri. tu yg buh byk2
DeletePuas makan ne nampak sedap jew semua tu ish
ReplyDeletekak bee, sy nk try iftar kt sunway putra mlm ni ..dah booking tmpt dh td ..kita nk try sedap ke tak menu kt cni ..selamat berbuka puasa
ReplyDeleteoh yeke..situ senang nak pi. Selamat berbuka puasa
DeleteStunning quest there. What happened after? Thanks!
ReplyDelete