DULU SUSAH KINI JASA PESAWAH NEGARA DIHARGAI

DULU SUSAH KINI JASA PESAWAH NEGARA DIHARGAI  | Assalamualaikum semua... Nasi, boleh dikatakan hari-hari kita makan nasi kan. Aku sendiri pun memang kuat makan nasi. Sehari tak makan mau menggeletar satu badan. Haha.. Dasarrr kuat makan. Tapi tu time mood makan datang la. Kalau time diet kadang-kadang tak habis pun makan, last-last buang ke tong sampah je. Tapi pernah tak kita terfikir bagaimana susahnya para pesawah membanting tulang di tengah panas demi memastikan bekalan makanan ruji kita ni sentiasa mencukupi. 

Dulu Susah Kini Jasa Pesawah Negara Dihargai
Pengalaman turun ke sawah padi

Iye, mungkin kerana aku bukan dilahirkan sebagai anak pesawah dan di tempat kelahiran aku tiada sawah padi menjadikan aku kurang arif tentang selok belok penghasilan beras. Tapi secara asasnya aku tau mereka juga mempunyai 1001 kisah, pahit getir dan juga pengalaman kehidupan sebagai pesawah. Cuma mungkin dengan adanya arus kemodenan, para pesawah ini juga turut mengalami transformasi yang lebih memberangsangkan sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Dulu Susah Kini Jasa Pesawah Negara Dihargai
Sawah padi atau dipanggil Bendang di Kedah

Baru-baru ni bila aku berpeluang ke Negeri Kedah yang kaya dengan pengeluaran padi, aku turut berpeluang mendekatkan diri dengan pesawah-pesawah yang ada di sana. Sepanjang berada di sana, cuaca amat panas dan tak ada tanda-tanda nak hujan. Bayangkan baru sekejap aja berada di sawah padi (kat Kedah depa panggil bendang), aku dah berpeluh-peluh. Ni kan pulak pesawah yang berpuluh-puluh tahun bergelumang dengan selut, kotor dan panas. Salute weii dengan para pesawah ni.

Dulu Susah Kini Jasa Pesawah Negara Dihargai
Tak tahan panas.. muka merah minta cendol la tu.. hehe

Masa di Kedah yang turut dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi ni aku dan rakan-rakan sempat singgah di beberapa buah rumah pesawah dan berbual dengan mereka untuk mengetahui lebih dekat kisah kehidupan pesawah dulu dan sekarang. Antara rumah yang kami singgah adalah rumah Pakcik Ahmad bin Mat Din salah seorang ketua unit yang mengusahakan sawah padi sejak umur 17 tahun. Banyak cerita yang dikongsikan oleh Pakcik Ahmad. Katanya dulu nak mengerjakan sawah padi ni susah dan memerlukan tenaga yang kuat. Masa tu belum ada lagi kemudahan mesin padi macam zaman sekarang. Mesin padi hanya ada pada sekitar tahun 60-an. So, dulu semuanya dibuat secara manual.  

Dulu Susah Kini Jasa Pesawah Negara Dihargai
Pakcik Ahmad bin Mat Din

Menurut Pakcik Ahmad lagi, dulu tiada bantuan untuk para pesawah jadi semua keperluan untuk tanaman padi menggunakan duit sendiri sampai kadang-kadang terpaksa meminjam dengan pesawah yang lain. Tu belum campur dengan keperluan seharian untuk keluarga. Sungguhpun dulu kos tak tinggi tapi pesawah tetap hadapi kesukaran kerana musim tuaian dahulu hanya setahun sekali. Uishhh.. jenuh tu nak tunggu hasil padi. 

Dulu Susah Kini Jasa Pesawah Negara Dihargai
Terima kasih Pakcik Ahmad bin Mat Din sudi melayan kami

Tak dapat bayagkan macam mana mereka mengharungi kehidupan selama setahun sebelum musim menuai. Tu belum lagi dengan gangguan tanaman seperti serangan penyakit bena perang iaitu sejenis serangga perosak yang mampu merosakkan tanaman padi, serangan siput gondang dan juga masalah padi angin. Semua ni mengakibatkan hasil tuaian padi merosot dan pendapatan pesawah akan berkurangan. Jadi mana cukup modal nak beli racun atau baja. 

Dulu Susah Kini Jasa Pesawah Negara Dihargai
Antara cabaran pesawah iaitu serangan Bena Perang

Ha, kata Pakcik Ahmad tu kisah dulu. Tapi kini zaman dah berubah dan semakin maju. Nasib para pesawah juga sudah terbela dan semakin terjamin dengan adanya bantuan insentif dan subsidi daripada kerajaan. Antaranya seperti subsidi baja dan racun, pengapuran, pembajakan dan juga insentif untuk penjualan padi. Semua bantuan ini disalurkan melalui MADA.

Dulu Susah Kini Jasa Pesawah Negara Dihargai
Booth MADA

Apa itu MADA ? Ha, untuk pengetahuan korang MADA atau nama penuhnya Lembaga Kemajuan Pertanian Muda merupakan satu badan berkanun Kerajaan Persekutuan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. MADA ditubuhkan pada tahun 1970 dan dirasmikan oleh Haji Tun Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Ke (2) dua bertujuan untuk membantu petani mempertingkatkan hasil tanaman bagi meningkatkan taraf ekonomi penduduk desa. Kesinambungan legasi penubuhan MADA diteruskan sehingga tahun 2018 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke (6) enam. Kini terdapat 56,000 orang petani di bawah MADA di kawasan MUDA dan berjaya menjadi antara penyumbang hasil padi kepada negara iaitu sebanyak 40%.

Dulu Susah Kini Jasa Pesawah Negara Dihargai
Majlis Bantuan Khas Pesawah Peringkat Kebangsaan di Sungai Korok, Alor Biak, Kedah

Ternyata dengan adanya MADA, para pesawah dapat keluar dari belenggu masalah kewangan di samping dapat mempertingkatkan hasil tuaian. Kalau dulu padi dituai setahun sekali sahaja tapi kini sudah mampu dituai 2 kali setahun. Selain itu para pesawah juga dapat menarik nafas lega bila Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Razak mengumumkan bantuan RM200 sebulan bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi sebagai tanda menghargai jasa pesawah pada kemajuan pertanian negara. Bantuan ini diberi secara 'one-off' kepada pesawah bermakna mereka boleh mendapat RM600 sekaligus untuk 3 bulan. So, dapat la meringankan beban kewangan pesawah sementara menunggu hasil tuaian padi masing-masing.

Dulu Susah Kini Jasa Pesawah Negara Dihargai
Bantuan Khas Pesawah bernilai RM150,000,000.00

Selain bantuan kewangan, pesawah juga diberi ilmu untuk menghasilkan tanaman yang lebih bermutu juga diberikan kepada para pesawah. Kami berjumpa pula dengan seorang lagi pesawah yang bernama Ahmad bin Abdul Rahman. Menurut Pakcik Ahmad yang merupakan Ketua Unit pida 4 Deli sering mengadakan perjumpaan dengan para pesawah bagi membantu mengenai pengetahuan tentang penggunaan racun dan baja. Ilmu ni penting jugak supaya pesawah tak tersilap memilih racun dan baja dan dapat mengelakkan peningkatan kos tanaman padi. Ye la, baja dan racun ada banyak jenis kot, so kena pilih yang betul dan perlu diajar cara penggunaannya.

Dulu Susah Kini Jasa Pesawah Negara Dihargai
Pakcik Ahmad bin Abdul Rahman

Pakcik Ahmad sudah berpengalaman menjadi seorang pesawah selama hampir 30 tahun. Beliau telah mula mengerjakan sawah sejak berumur belasan tahun lagi. Beliau turut berkongsi bagaimana susahnya pesawah zaman dahulu tanpa bantuan dari kerajaan. Kami juga sempat turun ke sawah milik Pakcik Ahmad untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman duduk di bawah panas terik mentari sambil mendengar cerita dari Pakcik Ahmad. Seronok dengar kisah suka duka menjadi pesawah ni tapi tak lama weii.. masing-masing tak tahan panas dan berpeluh-peluh..

Dulu Susah Kini Jasa Pesawah Negara Dihargai
Pakcik Ahmad berkongsi pengalaman hidup sebagai pesawah

Dulu Susah Kini Jasa Pesawah Negara Dihargai
Terima kasih Pakcik Ahmad sudi berkongsi cerita dengan kami

Sebagai kesimpulannya, rata-rata para pesawah yang kami temui memberitahu kehidupan mereka kini jauh lebih baik berbanding dulu. Dah banyak perubahan yang berlaku dengan adanya bantuan dari pihak kerajaan. So, dapat la mereka mengubah kehidupan dan membesarkan anak-anak hingga berjaya ke universiti dan mendapat pekerjaan yang bagus. Tapi tu la, pakcik-pakcik ni ada juga meluahkan sedikit perasaan kecewa tehadap anak muda zaman sekarang yang kurang menunjukkan minat untuk meneruskan warisan sawah bendang ni.

Dulu Susah Kini Jasa Pesawah Negara Dihargai
Wajah-wajah pesawah yang telah berbakti pada tanah

Jadi persoalannya adakah kita masih dapat merasai nasi pada masa akan datang? Diharap dengan adanya kesedaran dan bantuan yang berterusan dapat menarik minat anak-anak muda untuk meneruskan legasi pertanian dan juga pengusahaan sawah padi. Siapa kata jadi pesawah hidup susah? Pesawah sekarang pun mampu ada rumah besar tau.. hehe. Yang penting kena ada usaha. Tak rugi kalau berbakti pada tanah ni.

Dulu Susah Kini Jasa Pesawah Negara Dihargai
Penghargaan buat pesawah negara. Tanpa mereka kita tidak akan dapat makan nasi

So mari la kita sama-sama hargai jasa pesawah yang telah berusaha untuk memastikan kita tidak kelaparan. Caranya? Jangan membazir bila makan dan ingat kata pepatah, "sebutir nasi ibarat setitis peluh petani"  .. Adios...




Post a Comment

21 Comments

  1. wahhh mmg hobi kite dedulu kann feeling feeling amek gambar kat sawah padi..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Wah! Menarik juga ya sawah padi.
    apapun memang banyak bantuan yang kerjaan berikan bagi membantu golongan pesawah ini.
    semoga apa yang dilakukan kerjaan dapat meringankan beban para petani

    ReplyDelete
  3. tiba2 rasa insaf kejap bila tgk pakcik2 kat sini bersusah payah membanting tulang untuk menghasilkan beras....setiap butir nasi begitu besar maknanya....

    ReplyDelete
  4. Bestkan p sana ! hehehe rindu nak g main sawah. boleh tgk sawah menguning. Hehe memang pengalaman sgt jejalan kedai. tapi waktu kita p takda org rupanya semua org p event mada. sbb ada Pm yang disayangi. heheh

    ReplyDelete
  5. walaupun sha bukan anak pesawah tapi nenek sha pesawah. dari kecik sampai skrg memang nampak banyak sangat perbezaan. sebab nampak kesusahan tu la sha jarang takhabiskan nasi (eh) bestnya tengok sawah padi tu walaupun tiap dapat tengok :p

    ReplyDelete
  6. Hasil padi ni dalam setahun ada 2 kali. Kalau mengusahakan padi sendiri dapat lebihlah rezeki. Kalau dah berumur selalunya upah orang sahaja. Sawah ni tempat suami cari bermacam jenis ikan masa kecik2 dulu. Ala ala tempat permainan suami masa kecik2. Mana taknya rumah tepi sawah di Kedah.

    ReplyDelete
  7. Alhamdullilah jasa mereka di hargai. Kalau takdak depa ni, jenuh kita nak kena import beras dari luar.jadi mahai lagi.

    ReplyDelete
  8. fuyoooohh gi tengok padi. tak panas ke weh? hahaha tapi tanpa dorang takde la kite makan nasi kan

    ReplyDelete
  9. Ayah emi selalu marah kalau emi tak habiskan nasi dalam pinggan. Nanti dia jeling je. Yela, bukan mudah pesawah2 tu nak usahakan sawah padi. Berpanas terik.

    ReplyDelete
  10. Sebutir beras umpama setitik peluh petani - kata-kata itu sangat penting dan mendalam maksudnya untuk semua kan.

    ReplyDelete
  11. I know this is a tough job. When I small my parent move back to Kedah. I witnessed hard job but small earned. So people don't waste your rice.

    ReplyDelete
  12. Bagus dengan adanya MADA nasi para pesawah dah mula terbela. Kita suka makan nasi tapi kita tak tahu betapa susahnya hasil seorang petani bukan.

    ReplyDelete
  13. Ingatkan artikel apa ni. Pesawah, MADA pastu selang artikel ada iklan manifesto BN. hahaha. Sesuai la artikel begini waktu pilihan raya menghampiri. Mudah nak tengok apa yang sudah diterima sepanjang masa ni. Pesawah ni memang orang yang paling kuat. Tulang mereka kuat membanting. Teringat iklan sebutir nasi ibarat setitis peluh petani. Maka, tiada pembaziran sampai la sekarang. Iklan zaman dulu menusuk kalbu. Haha

    ReplyDelete
  14. I do respect the farmer in our country. I likes seeing the green paddy field and all the good effort from the farmer.

    ReplyDelete
  15. Saya pernah ke Sanak Bernam. Disana banyak sawan pun di Kedah. Syukur yah klo pesawa sudah bisa dihargai. Ini pantas sekali sebab dati jerih payahnya banyak orang mendapat suplay makanan terutama persediaan beras untuk semua orang. Ini makanan pokom kita.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas perkongsian. Bukan senang nak usahakan sawah padi. Dengan panas teriknya dan juga serangan serangga perosak lagi. Memang tabah lah pesawah ni. Sebab tu akak tak suka kalau anak-anak makan tak habis.

    ReplyDelete
  17. rasa sedih pulak bila dapat tahu ada yang bersusah payah seperti ni dalam hidup. moga hidup mereka lebih baik dengan adanya bantuan seperti ini.

    ReplyDelete
  18. Amboi dah macam wakil rakyat jer tajuk post ni hehehe nak berkempen ker hehehe tapi sekarang memang semua petani tak kira kat mana semua terbela bagus..

    ReplyDelete
  19. Pernah cuba bersawah, walau dalam 15 minit, sakit tu sampai ke esok hari terasa. Nasib baik sekarang ada jentera tolong.

    ReplyDelete
  20. I really feeling grateful to have them. Without them where can we have so much rice to have... It is really a very hard work from them.

    ReplyDelete
  21. Mujur ada MADA, harus ucapkan berbanyak terima kasih pada PM kita yang sangat prihatin ini bersusah payah membantu menaikkan taraf kehidupan pesawah di kampung :). Nasib baik korang semua tak rentung kepanasan

    Cheers
    Kak Tina

    ReplyDelete