COKLAT DAN BAKLAVA PREMIUM DI LAVAND CAFE | Assalamualaikum semua.. Sape sini suka makan coklat? Aku rasa boleh dikatakan majoriti suka coklat kan. Kalau ke Langkawi, ada yang sanggup shopping coklat beratus-ratus ringgit tau. Tak tau la sama ada orang kirim atau nak buat stok setahun. hehe. Tapi buat mereka yang betul-betul menggemari coklat, hari ni aku nak share dengan korang mengenai sebuah lokasi yang menjual coklat yang bermutu tinggi. Bukan tu aje, kat sini pun ada jual baklava premium yang diimport khas dari Lebanon.
Lokasi yang aku maksudkan adalah di Lavand Cafe yang terletak di Bukit Damansara. Telah beroperasi sejak 14 tahun yang lalu, Lavand cafe merupakan outlet yang pertama di Malaysia yang menjual Premium Baklava dan juga Homemade Chocolates. Aku dah pergi ke sini dan merasai keenakan kedua-dua manisan yang pastinya menjadi kegemaran ramai.
Korang tahu tak apa itu Baklava? Rasanya ramai yang tak tau kan. Baklava ni merupakan hidangan manisan dari Timur Tengah. Apa yang menarik mengenai baklava ni, dohnya digiling sehingga nipis dan dilapis sebanyak 40 lapisan. Intinya pula menggunakan kekacang dan di bakar di dalam ketuhar. Dari segi rasa bagi aku baklava ni memang agak manis sedikit tapi bila tergigit kekacang di tengahnya, kurang sikit rasa manis.
Kenapa digelar Baklava Premium? Ini adalah kerana baklava yang dihasilkan di Lavand Cafe memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Kalau dulu Sheerin mengimport baklava dari Lebanon tetapi atas permintaan yang tinggi, beliau mengambil keputusan untuk membawa chef yang pakar membuat baklava ke Malaysia. Jadi boleh la chef menghasilkan baklava yang lebih bermutu dan "fresh from oven". Lebih menarik, pelbagai inovasi telah dibuat terhadap baklava yang dihasilkan di Lavand untuk menarik selera pelanggan. Sebagai contoh, baklava yang aku pilih ni siap ada cebisan kelopak bunga ros tau. Specialkan..
Memandangkan ini pertama kali aku makan baklava dan ia bukanlah resepi orang Malaysia, maka teringin jugak nak tau cara membuat baklava. Macam tahu-tahu pulak owner Lavand ni bila Sheerin offer kitorang untuk masuk ke dapur dan melihat sendiri bagaimana baklava dimasak. Lagi best bila kami diberi peluang untuk mencuba sendiri cara-cara untuk menghasilkan baklava. Tak tau la lulus ke tak.. hehe
Ramai yang kata coklat memiliki effect magis dan juga lambang cinta dan kasih sayang. Tapi kalau dah coklat tu dicampur dengan pelbagai bahan lain, maka hilang la magis tersebut. Andai kata korang nak rasa keenakan sebenar coklat, maka datang la ke Lavand Cafe.
Bila coklat dikaitkan dengan cinta dan kasih sayang, apa kata kita kongsi bersama dengan orang yang tersayang. Betul tak? Ha.. di Lavand Cafe ni mereka juga menyediakan perkhidmatan hamper yang terdiri dari coklat buatan sendiri dan juga baklava premium. Menariknya, bekas yang digunakan untuk hamper ni setiap satunya adalah hasil buatan tangan para pelukis dari Timur Tengah. Siap ada signature diorang tau. Ada juga yang menggunakan bekas kraftangan dan berukir. Tapi yang pasti di Lavand setiap hamper mempunyai berlainan identiti. Specialkan.. Ha, sempena bulan ramadhan ni sesuai sangat pemberian hamper dari Lavand Cafe kepada rakan-rakan mahupun yang tersayang kerana ada coklat yang menggunakan kurma di dalamnya.
Jadi kalau korang berminat untuk merasai coklat yang sebenar serta keenakan baklava premium dari Timur Tengah, boleh la datang ke Lavand Cafe yang terletak di Bukit Damansara. Lagi 2 outlet pula terletak di BIG Damansara City Mall dan juga Jasons Food Hall Bangsar Shopping Centre. Coming soon katanya akan buka satu lagi di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur.
Di sini coklat yang dihasilkan mengikut peratusan kandungan coklat tulen. Ada 65%, 68% dan juga 74%. Setiap peratus mempunyai taste profile yang tersendiri. Setelah mencuba ketiga-tiganya, aku pilih 65% sahaja. Cannot go la yang lain sebab agak pahit. Tapi aku rasa kalau yang betul-betul pencinta coklat pasti akan pilih 74% tu. Kenapa tak 100%?? heyyy.. yang tu untuk masak ok la.. hehe
Jadi kalau korang berminat untuk merasai coklat yang sebenar serta keenakan baklava premium dari Timur Tengah, boleh la datang ke Lavand Cafe yang terletak di Bukit Damansara. Lagi 2 outlet pula terletak di BIG Damansara City Mall dan juga Jasons Food Hall Bangsar Shopping Centre. Coming soon katanya akan buka satu lagi di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur.
Lavand Cafe
No. 46, Medan Setia 2
Plaza Damansara
Buit Damansara
40490 Kuala Lumpur
Telefon:
03-2095 5154
012-3181922
Website :
Facebook :
Instagram
1 Comments
Best Baklava's in Malaysia fer sure!..yum
ReplyDelete