TERUJA TENGOK DINOSAUR DI ICE AGE ALIVE KL 2018 | Assalamualaikum semua... Teruja rasa bila berpeluang melihat dengan mata sendiri dinosaur yang wujud suatu ketika dahulu. Tapi persoalannya, benarkah haiwan-haiwan ini wujud?? Ha, part ni aku tak boleh jawab tapi berdasarkan hasil penemuan fossil memang ada. Namun begitu yang pasti kehadiran haiwan megafauna di Kuala Lumpur ni memang benar dan tak tipu punya. Bertempat di Lanai, Matic Kuala Lumpur, pameran Ice Age Alive KL 2018 telah membuka tirai kepada para pengunjung bermula 13 May 2018 yang lalu.
Sebagai salah seorang pengunjung yang pertama datang ke pameran Ice Age Alive KL 2018 ni dah tentu perasaan teruja tu lebih membuak-buak. Bayangkan la, sebelum ni dapat tengok kat TV je kan. Bila dapat tengok depan mata ni nak juga tau, betul ke haiwan ni besar-besar belaka?? Sama ke tidak rupanya macam dalam TV tu?? Makkk aiii, banyak betul persoalan di minda. eceeececece..
Betul ke haiwan megafauna ni wujud?? |
Tapak pameran Ice Age Alive KL 2018 di Lanai, Matic Jalan Ampang |
Melangkah masuk ke pameran Ice Age Alive KL 2018 ni, terasa suhu sejuk membelai kulit. Walaupun tidak la sesejuk zaman ais dulu tapi buat aku yang bertubuh Asia ni terasa jugak la gigil dia. Jadi disarankan buat korang yang nak datang ke sini pakai la pakaian yang bersesuaian ye. Kalau boleh bawa jaket skali.. hehe. Dah, jom tengok haiwan megafauna yang dipamerkan di sini.
Yeayy.. ni la dia spesis T-rex. Besar tu, siap boleh bergerak-gerak dan mengeluarkan bunyi |
Banyak lagi spesis megafauna kat belakang tu.. jangan lupa untuk baca info bagi setiap haiwan tau |
Comel tak?? nampaknya 2 haiwan ni pun nak tumpang enterprem.. hehe |
Eh, ada lagi satu persoalan, kenapa nama pameran ni Ice Age Alive ?? Bila dengar nama Ice Age ni teringat filem animasi luar negara yang menampilkan watak-watak haiwan zaman ais yang comel-comel tu.. Kat sini juga ada dipamerkan haiwan-haiwan yang terlibat dalam filem tu tapi bukan la dalam versi kartun sebaliknya dalam versi haiwan yang sebenar seperti :
Kalau nak tau, hari yang aku datang ini juga adalah hari Pelancaran Pameran Ice Age Alive KL 2018 ini. Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta beberapa tetamu yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian atau Agensi serta para media-media. Memang meriah dengan pelbagai acara tarian serta persembahan menarik dari Kaka Azraff. Turut kelihatan seekor T-rex juga telah tersesat di pentas. Jadi alang-alang ada tu kita bergambar la ekk.. hehe.
YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia |
Persembahan tarian |
Taklimat dari Pegawai Perhubungan Media Creative Alliance Sdn Bhd, eh ada T-rex sesat la.. hehe |
Bergambar kenang-kenangan |
Selain dari dapat melihat dan bergambar dengan haiwan-haiwan ini, terdapat jugak beberapa ruang dan juga aktiviti menarik yang dapat korang buat kat sini seperti :
✔ Jumping castles
✔ Ice skating rink
✔ Fossil digging & ice age crafts
✔ Games & amusement activities
✔ Merchandise
✔ Interactive entertainment & video documentaries
✔ Themed food & beverages
Meriah dinosaur dapat tengok kami.. ehh.. hehehe |
So, bagi korang yang berminat nak tengok pameran Ice Age Alive Kl 2018 ni jangan lupa datang ke Lanai, Matic di Jalan Ampang Kuala Lumpur. Jangan risau kalau takde masa nak pergi kerana pameran ni akan berlangsung dari bulan May hingga bulan Disember 2018. Ha, boleh la korang planning nak pergi bila kan. Untuk info harga dan pembelian tiket, boleh rujuk di bawah ni :
Jangan lupa ajak semua kenalan datang ke Ice Age Alive KL 2018 |
Website :
Harga Tiket :
kanak-kanak RM35.00
kanak-kanak RM19.50 (mycard holder)
dewasa RM45.00
dewasa RM29.50 (mycard holder)
Mycard Family Package RM85
untuk 2 Adult + 2 Children (mycard holder)
Hari :
Selasa hingga Sabtu
dan
Cuti Umum
Masa :
10.00am to 7.00pm
PERHATIAN 📣📣
**Sempena bulan Ramadan ini, tiket boleh di dapati dengan potongan harga 50%**
26 May 2018 hingga 14 June 2018
1pm hingga 10 pm
2 Comments
Assalamualikum..sy nk tnya..pemeran ni da lg ke??klu da sy nk prg tgok jgk..
ReplyDeletemaaf awak, pameran ni dah tak ada dah
Delete