BUFFET RAMADHAN 2018 - THE WESTIN HOTEL KUALA LUMPUR | Assalamualaikum semua.. Pejam celik pejam celik, alhamdulillah kita dah melangkah ke separuh bulan ramadhan. Macam mana puasa tahun ni? Bagi aku agak sederhana sedikit puasa tahun ini kerana agak busy kerja. Jadi banyak undangan berbuka puasa yang tak dapat dipenuhi. Ampun tauuu..
Buffet Ramadhan 2018 di The Westin Hotel KL |
Tapi dalam pada sibuk-sibuk ni dapat jugak aku berbuka puasa di The Westin Hotel Kuala Lumpur. Bukan apa, tahun lepas aku dah pernah berbuka puasa di sini. Teringat-ingat keenakan buffet ramadhan yang disediakan oleh chef-chef di sini yang diketuai oleh Chef Rudy Junaidie. Tu yang sanggup drive all the way from office ke sana. Mujur sempat sampai sebelum berbuka.
The Living Room di The Westin Hotel KL |
Untuk Buffet Ramadhan 2018, bertempat di The Living Room, The Westin Hotel KL menyediakan hidangan berkonsepkan Juadah Iftar Kampung. Pelbagai juadah kampung boleh didapati di sini seperti Kari Daging Tetel, Ayam Sambal Hijau, Gulai Keting Kambing Keluak, Kupang Berlado, Ketam Masak Lemak Nenas, Udang Sambanl Petai, Labu Pucuk Manis Lemak Putih, Udang Sambal Petai, Ketam Masak Lemak Nenas dan banyak lagi. Perghhh.. kecur liur tengok semua lauk pauk.
Kari Daging Tetel |
Ayam Sambal Hijau |
Gulai Keting Kambing Keluak |
Kupang Berlado |
Ketam Masak Lemak Nenas |
Udang Sambal Petai |
Bukan takat lauk pauk tu je, ada lagi yang special kat The Westin Hotel KL ni di mana mereka ada menyediakan menu Assam Pedas Claypot (Fish with Spicy Tumeric Coconut). Yang bestnya, kita boleh pilih sendiri apa isi dalam Assam Pedas Claypot tu yang terdiri dari pelbagai jenis makanan laut yang segar. Lepas tu pilih jenis kuah pulak sama ada nak Assam Pedas Melaka, Assam Pedas Johor ataupun Assam Pedas Tempoyak. Kami hari tu ambil lain-lain kuah dan ternyata ketiga-tiganya pekat dan sedap. Seafood pun fresh.
Seafood fresh untuk Assam Pedas Claypot |
3 Pilihan Kuah Assam Pedas Claypot |
Menggoda betul assam pedas claypot ni |
Selain dari menu-menu kat atas ni, ada banyak lagi menu-menu sampingan yang disediakan di sini. Kambing of course la ada dan dihidangkan bersama Westin Briyani, Nasi air, Steamboat, Pelbagai jenis mee, roti jala, nasi ayam, satay, bubur lambuk, burger, roti john dan banyak lagi. Jangan lupa juga pelbagai seleksi manisan dan pencuci mulut.
Westin Briyani bersama Kambing Bakar |
Ayam Bakar Sambal Kelapa |
Rendang Ayam |
Kuah Lodeh |
Satay |
Burger |
Cheese Cake |
Pecan Nut Tart |
Mix Fruit Tartlet |
Kuih Muih Melayu |
Buah-Buahan |
Paling teruja datang berbuka di The Westin Hotel KL ni sebab ada Buffet Durian sekali.. Ha, tu sebab menggeletis nak datang sini. Mana taknya, dah lama sangat mengidam nak makan durian tapi mahal la harga sekarang. Tapi kat Buffet Durian The Westin Hotel KL ni hanya perlu tambah RM18 per pax je dah boleh makan puas-puas. Best ooo.. Untuk info lanjut sila rujuk di bawah :
Buffet Durian |
Nikmatnya durian |
Harga Buffet Ramadhan 2018 The Westin Hotel KL
RM158 nett dewasa
Tarikh buffet ramadhan : 19 May - 12 June 2018
All-You-Can-Eat Durian Feast
Ramadan buffet diner: Add RM18 nett per person
Non-Ramadan buffet diner: RM48 nett per person
Alamat :
THE WESTIN KUALA LUMPUR
199, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Malaysia
T +6 03.2731.8333
F +6 03.2731.8000
www.thewestinkualalumpur.com
199, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Malaysia
T +6 03.2731.8333
F +6 03.2731.8000
www.thewestinkualalumpur.com
Untuk tempahan boleh hubungi : 03-2773 8338
Discounts
✔ SPG, Marriott Rewards and The Ritz-Carlton Rewards members are
entitled to special discounts on the above restaurant promotions for
food only for up to 8 persons
✔ Beyond Dining and Club Marriott members are entitled to 20% discount
on the above restaurant promotions for food only for up to 10 persons
✔ Major bank cardholders are entitled to 20% discount on the above
restaurant promotions for food only
✔ Discounts are not applicable for All-You-Can-Eat Durian Feast
✔ Children 4 years and below dine for free
✔ Children aged 5 to 12 years receive 50% off
0 Comments