GALEEVEURS MEMPERKENALKAN INKUBATOR EKOSISTEM BERSEPADU F&B PERTAMA DI MALAYSIA | Assalamualaikum semua.. Kebiasaannya kalau kita tanya peniaga-peniaga makanan apa rahsia keenakan makanan mereka, mesti akan jawab "Resepi rahsia keluarga". Betul tak? Iya, kebanyakan peniaga-peniaga yang terlibat dalam perniagaan F&B ni adalah pewaris-pewaris yang meneruskan perniagaan yang diambil alih dari generasi terdahulu. Tapi kan, pernah tak terfikir jika tiada pewaris yang ingin menyambung legasi perniagaan F&B tu? Mesti akan terkubur macam tu je kan.
Jadi sebagai mengambil inisiatif kepada masalah sebegini, pihak Galeeveurs telah memperkenalkan Inkubator ekosistem bersepadu F&B yang pertama di Malaysia. Apa maksud Inkubator Ekosistem Bersepadu tu? Ha, Galeeveurs merupakan kumpulan pertama yang menawarkan servis secara khusus bagi industri makanan dan minuman bagi memastikan warisan makanan tempatan ini akan kekal untuk generasi akan datang.
"Sebagai generasi keempat pemilik salah satu jenama warisan, saya percaya makanan tempatan Malaysia mempunyai cara unik dalam menyatukan orang ramai, mengembalikan memori sewaktu kecil serta mempunyai potensi yang amat baik untuk diperkenalkan di peringkat global. Maka, ia merupakan perkara yang amat menyedihkan jika ia tiada lagi untuk dinikmati orang ramai"
- Dato' Henry Lee, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Galeevenurs -
Macam mana Inkubator Ekosistem Bersepadu ni berfungsi? Ok, cerita dia macam ni. Di bawah sistem ini Galeeveurs menawarkan enam (6) servis yang merangkumi strategi penjenamaan dan pemasaran, servis pengurusan, kilang produksi sentral, pendidikan mengenai makanan dan minuman, perkembangan IT serta bantuan kewangan. Jadi, ini dapat membantu para peniaga untuk memastikan sesuatu perniagaan makanan dan minuman yang bernaung di bawah kumpulan mereka akan dapat diteruskan di masa akan datang. Setakat ni dah ada beberapa jenama yang diuruskan oleh Galeeveurs seperti Kim Lian Kee, Ten Years dan Sunny Cha.
"Terdapat permintaan berterusan bagi makanan tempatan, terutamanya bagi yang popular. Walaubagaimanapun, kami lihat terdapat masalah bagi peniaga tempatan untuk meneruskan bisnes mereka kerana ketiadaan pengganti bagi meneruskan bisnes"
- En Victor Bong, Penolong Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Galeeveurs -
Baru-baru ini Galeevuers telah melancarkan perkongsian mereka bersama beberapa pertubuhan seperti Golden Pencil, Marks Food Solution, Andamiro, Big Hub Education dan Culturology yang akan memainkan peranan penting dalam membina, menyokong dan mengekalkan ekosistem inkubator. Dengan adanya perkongsian ini, Galeeveurs berharap dapat memperkuatkan dan dapat menarik lebih banyak jenama makanan dan minuman untuk menyertai mereka.
Oh ya, bagi mereka yang baru sahaja memulakan perniagaan (startup) juga dialu-alukan untuk menyertai platform ini. Ini kerana Galeeveurs bercadang untuk membina satu hab yang bukan sahaja berfungsi sebagai sistem inkubasi malah dapat menyelaraskan perkembangan sesuatu jenama. Hab ini akan menempatkan perkongsian tempat kerja yang disertakan dengan kemudahan dapur dan bar, ruang pelancaran dan pameran serta ruang untuk tujuan bengkel.
So, bagi mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai hab inkubator dan servis yang ditawarkan boleh menghubungi pihak Galeeveurs di joinus@galeeveurs.com
0 Comments